Bab 2

Fanfiction Completed 8760

(BAB2)

Malam menjelma. Keenam enam mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbual. Selalunya mereka akan adakan aktiviti seperti ini.

"Jap ni aku nak tanya.."

Seokjin bersuara memecah kesunyian yang dari tadi bertamu. Semua mata memandang ke arah Seokjin.

"Apa? Kau nak tanya apa? Tanya siapa?" Namjoon bertanya terlebih dahulu.

"Tak ni aku nak tanya budak tiga ekor ni. Kenapa aku balik tadi korang lain macam? Korang bergaduh kat dapur sampai terbalik meja pastu ada sesi marilah berbaik semula kat sofa ruang tamu?" Jari Seokjin bergilir mengarah ke arah Jungkook, Jimin dan Taehyung.

"Kitorang.." Jimin cuba menjawab bagi pihak mereka bertiga.

"Kitorang.."

"Kitorang kena.." Jimin menjadi serba salah.

"Kena apa!!" Seokjin mengagah.

"Kena ganggu lah alahai kena ganggu ~" Jimin menjawab laju. Dia terkejut dengan agahan Seokjin tadi.

"Kena ganggu? Macam mana tu? Kalau tak nak pelempang sulung dengan selipar tidur made in India aku ni baik korang cerita." Seokjin menayang selipar pinknya.

"Macam ni, aku buat air pastu kan~~ bla bla bla pot pet pot pet." Panjang berjela Jimin bercerita kejadian petang tadi. Jungkook dan Taehyung terangguk angguk.

"Entah entah hyungnim tak?" Hoseok bersuara dan satu tamparan yang cukup tidak hebat tepat mengena perutnya.

"Apa kejadah hyungnim nak tolak meja? Dia kalau muncul pun ucap annyeong je. Pastu dia balik. Tak ada lah sampai kes tolak meja bagai." Taehyung berkata.

"Mian." Ucap Hoseok pendek.

Suasana diam semula. Masing-masing tidak tahu mahu berbual topik apa. Tidak semena mena kedengaran suara seorang lelaki menjerit sakit.

"Kau kenapa Tae?" Jungkook cemas melihat Taehyung yang sudah mencengkam pergelangan kakinya sendiri.

"Sakit! Sakit." Taehyung merintih. Lama kelamaan tompokan darah mula muncul di area lebam dan mencemarkan seluar Taehyung.

"Macam mana boleh keluar darah pulak?" Namjoon mencapai tisu diatas meja kopi dan segera menutup lebam di kaki Taehyung.

"Aduh." Taehyung mengerang.

"Woi doktor tak bertauliah. Boleh kau tengok je? Kau tak nak bagi pertolongan ke?" Bebel Hoseok tiba tiba.

"Aku tengah pikir lah ni nak buat apa!" Seokjin bersuara dengan nada serabut.

"Doktor pun nak pikir dulu nak buat apa? Kau ni doktor ke, nurse kaunter ubat?" Jungkook turut mengambil bahagian dalam sesi mari membebel bebel.

"Shh. Meh sini aku tengok lebam ni." Kaki Taehyung diangkat ke atas membuatkan lelaki itu lebih kuat merintih. Jahatnya doktor itu.

"Siapa gigit kau ni, wahai Tae? Kau kena gigit ni." Seokjin bertanya cemas. Lebam Taehyung diamati lagi.

"Mana lah aku nak tahu siapa gigit. Kalau aku tahu dah lama aku gigit dia balik.. syaitonn~" Taehyung merengus. Dahinya berkerut menahan sakit.

Syaiton dia panggil aku? Seokjin membebel dalam hati sebelum beraksi seakan akan mahu menggigit kaki kiri Taehyung pula.

"Woi woi bawak mengucap(?) doktor tak bertauliah!" Jimin menolak kepala Seokjin menjauhi kaki Taehyung.

"Dia boleh panggil aku syaiton? Mana taknya aku nak gigit kaki dia." Seokjin melunaskan marah. Alah marah gitu gitu je.

"Seokjin.." Namjoon memanggil.

"Ya unta." Seokjin menyahut laju. Lantas dia menekup mulut kerana terlepas cakap.

"Okay ni aku tak dapat terima. Unta kau panggil aku. Ni unta kau." Namjoon memulas telinga Seokjin sekuat hatinya.

"Sakit! Aku tak mau telinga aku besar sebelah woi!" Beberapa saat kemudian, Namjoon melepaskan pulasan super powernya.

"Korang laki bini jangan nak gaduh kat sini. Baik korang tengok Tae yang macam nak nazak dah ni." Jimin memintas.

"Ni kau punya laki bini." Jari Seokjin dan Namjoon serentak menjentik dahi Jimin yang agak luas.

"Gais. Aku tengah sakit ni. Karang tak pasal pasal aku gigit korang gais. Lahai bersabar je lah aku ni gais." Taehyung merintih perlahan menahan sakit yang mencucuk cucuk.

"Ya ya. Mianhae mianhae hajima. Naega chorahae jijanha~" Jimin menyanyikan lagu favouritenya khas ditujukan untuk makhluk bernama Taehyung.

"Sekarang aku nak tido lah. Tolong angkat aku jap. Aku rasa tak boleh nak jalan ni." Taehyung meminta dan yang lain mengangguk.

Mereka akhirnya tidur di bilik masing masing pada pukul 2 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience