Bab 36

Fanfiction Completed 8760

(BAB36)

erlahan lahan Jungkook baring di atas katilnya . Hari kian larut malam . Jam yang terletak di meja kecil sebelah katilnya iti dipandang . 1:00 pagi . Tetapi matanya masih belum mahu tidur .

Jam tangan pemberian Jimin ditanggalkan dan diletakkan objek itu di sebelah bantalnya . Sejak kehilangan Jimin , Jungkook tidak boleh berenggang dengan objel tersebut yang baginya sangat berharga .

Perut yang lapar diendahkan . Dia tidak punya selera walaupun tidak makan seharian . Tambahan lagi makanan tidak ada di dapur . Bukannya Seokjin tidak mahu masak tapi apa yang dilakukan semua tak menjadi . Namjoon pernah bagitahu supaya Seokjin tak perlu masak kerana yang lain seperti tidak mahu makan .

Jungkook tidak kisah akan hal itu kerana dia pun tidak mahu makan . Ingatannya lebih mengingati kawan baiknya sendiri . Ke mana Jimin pergi ?

" Hello ? Anyone ? Jungkook , kau dah tidur ke ? "

Telinga Jungkook tiba tiba menangkap bunyi suara seseorang dari luar biliknya . Kelam kabut dia terjun dari katil dan membuka pintu .

" Suga ah, apesal ?" Soal Jungkook bingung . Wajah Suga yang pucat membuatkan dia bertambah pelik . Suga ni jarang takut . Ni apa kes boleh takut sampai pucat ni ?

Suga menerobos masuk ke dalam bilik Jungkook lalu melabuhkan duduk di atas katil . Jungkook menutup pintu biliknya kembali dan duduk berhadapn lelaki berkulit putih melepak itu .

" Kau kenapa Suga ? Jarang kau nak takut ? dan apesal kau boleh datang bilik aku ni? " soal Jungkook lagi . Suga masih menggosok gosok lengannya kerana bulu romanya meremang . Seluruh bilik Jungkook dipandangnya .

" aku dah ketuk bilik semua . Semua tidur mati tapi tak mati lagi lah. A-aaku mim- Mimpi !" Suga membulatkan matanya ke arah Jungkook .

" Huish tengok gaya macam teruk sangat mimpi kau tu ." Jungkook membetulkan duduknya . Suga yang berpeluh ditenung lama (maaf tak ada efek love love keluar terbang kat kepala Jungkook ya ).

" teruk ! Aku mimpi aku dah mati ! Tapi aku nampak lain bila aku dah mati ! Rambut aku beruban dan baju aku bertukar ! " cerita Suga bersungguh sungguh .

" Uban ? Baju bertukar ? " tanya Jungkook . Dia mula teringatkan seseorang . Adakah Hyung telah menganggu mimpi budak lampu suluh ni ?

" Ya ya! Baju aku bertukar . Dulu aku bercita cita nak jadi pilot . Dah takdir aku jadi polis . Sebelum nyawa aku berakhir , kemungkinan aku sempat jadi pilot ! Huaaaaa aku takut !" Jerit Suga tetapi masih perlahan

Jungkook tersenyum . Betullah Hyung dah masuk mimpi dia . Tapi apa yang Hyung cuba buat ?

" apa pulak Yoongi hyung nak buat ? "
Soal Jungkook pada diri sendiri .

" hah ? Hape ? Hape kau cakap ?" Suga memandang Jungkook pelik . Dia yakin Jungkook ada cakapkan sesuatu .

" Hyung cuma nak sampaikan dia sesuatu ."

Muncul satu suara yang membuatkan kepala Jungkook dan Suga berpaling ke arah yang sama . Kelihatan Yoongi berdiri segak di penjuru dinding .

" Hyung! "

" hah? Ha! Dia lah aku yang dah mati ! Huaaa Jungkook! Aku jumpa aku yang dah mati dalam alam realiti ! Adakah ini bermakna aku akan pergi, Jungkook ?! " Suga menjerit histeria sehinggakan member member yang lain terjaga dan meluru masuk ke bilik Jungkook .

" Wake up, man ! Infires ! Ni hyung aku lah . Kau pernah dengar kan aku ada hyung yang sama mukanya dengan kau ? " Jungkook menampar bahu Suga berkali kali .

" Uh ? Annyeonghaseyo , Hyungnim . " Suga berlagak biasa secepat mungkin dan menundukkan tubuhnya tanda hormat .

" Hyungnim.. " sapa Seokjin, Taehyung, Namjoon, Hoseok dan Woozi .

" Sesuatu tu apa, Hyung ?" Tanya Jungkook pada Yoongi .

" Hyung dapat tahu yang Suga ni pernah nampak roh wanita ataupun lebih tepat, omma pada Jimin . Jadi Hyung cuba nak berinteraksi dengan dia, tapi dia lari lintang pukang naik tingkat atas . Mungkin faktor muka kami sama . " terang Yoongi dan memandang Suga yang bulat matanya melihatnya .

" Kau pehal gila ? Dah lah menjerit sampai aku terjaga ." Bebel Seokjin .

" Tak, tak . Aku terpegun gila tengok muka hyung kau, Jungkook . Handsome .. macam aku . " ujar Suga serius .

" Hyung memang handsome, Suga ah . Walaupun muka kita sama, Hyung tetap terhandsome . " Yoongi berseloroh . Sempat lagi nak bertarung muka siapa lagi handsome dengan Suga .

" Tak apalah, muka kita berdua terhandsome . Saya lelaki bernama Suga, akan menjaga wajah handsome kita dan menjaga reputasi wajah ini ."

Puk, kepalanya dicepuk Jungkook .

Suga tersengih lalu menghi-five Yoongi .

" Hyungnim nak bagitahu apa ?" Tanya Taehyung dengam keadaan mamai .

" erm, Hyung cuma nak cakap dekat mana Jimin sebenarnya berada . Sekarang roh omma Jimin dah kaburkan pandangan korang semua dari terlihat pintu stor di belakang rumah . Jimin.. Jimin ada dalam tu . Berperang dengan maut . Tolong cepat selamatkan dia . Hyung tak boleh bantu . Hanya Suga . Dia ada keistimewaan yang tersendiri . " ujar Yoongi membuatkan mereka terkejut besar .

" Apa yang perlu saya buat ? " Suga menyoal . Dalam masa yang sama dia bangga kerana rupanya dia ada keistimewaan yang lain .

" pergi ke belakang dan fokus . Fokus sefokus fokusnya dan berlawanlah dengan roh omma Jimin dari terus menyembunyikan anaknya . Korang akan nampak pintu tu . Lepas sahaja jumpa Jimin , bawa terus ke hospital . "

" Saya faham hyung yang handsome tak macam adiknya . Saya akan cuba yang terbaik ." Balas Suga dan Puk, kepalanya dicepuk sekali lagi .

" Pergi sekarang !"

Semua berpusu turun ke bawah dan berlarian ke belakang .

Dasi run run run ~ Jimin, Dont tell us bye bye .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience