(BAB49)
" oi nenek ko bako dapur aku hangus kain pelikat jatuh londeh londeh !"
Jimin yang baru pulang ke rumah itu terkejut apabila mendengar suara seseorang menjerit . cepat cepat dia masuk ke dalam rumah dan matanya membulat apabila melihat dapur rumah dipenuhi asap .
" apa dah jadi ni ?" Jimin lantas menyoal sambil tangannya berkibas kibas menghalau asap . dia hanya menjadi penonton dengan melihat Jungkook yang sedang memanjat kerusi untuk mencapai kipas , Taehyung yang sedang memegang frying pan bocor , Seokjin yang sedang memakai semula kain pelikatnya, Hoseok yang sedang mengibas asap dengan pinggan plastik dan Suga yang sedang melihatnya . eh melihatnya ?
" apesal kau tengok aku macam tu ?"
" lah Jimin ke ? aku ingat hantu mana lah tadi munculkan diri waktu asap berkepul tadi . tu yang aku perati aje tu . mian! " Suga berkali kali menundukkan tubuhnya meminta maaf .
" tak apa . tapi , apa yang dah berlaku ni ?" Jimin merapati Suga dan mereka sama sama memerhati Jungkook yang sedang cuba mengambil sesuatu di atas kipas .
" ni ha , budak Tae ni . abis dapur tomey sayang mucuk aku . dia goreng telur macam tengah goreng bom nuklear ! meletup frying pan. mujur aku laju lari ke dapur walaupun kain pelikat aku londeh. " Seokjin membebel dengan semangat waja . jarinya lurus menghala ke arah Taehyung yang masih memeluk frying pan bocor itu .
" jadi telur goreng atas kipas ?" Jimin menyoal seraya mendongak memandang kipas .
" nampaknya begitulah . " Suga bersuara sewaktu Jungkook sudah turun dengan telur goreng hitam di tangan .
" gaji kau bulan ni, aku nak kau beli frying pan baru untuk aku . kalau tak , memang aku libas kepala kau dengan kain pelikat made in Kedah ni . kau ingat tu. " Seokjin memberi amaran . Taehyung yang mendengar itu , terangguk angguk .
" mian. "
mereka bergerak ke ruang tamu bersama . masing masing mengambil tempat di atas sofa .
" bahaya tau Tae . lain kali kalau nak masak, panggil lah sesiapa temankan . ni tak , masa bila kau turun tadi pun kami tak sedar , tiba tiba dapur meletup. " Jungkook membebel sambil menghulurkan tisu pada Taehyung supaya kesan kesan kotor yang ada pada wajahnya dilap .
" ehe mian . lain kali aku buat lagi. "
" kau nak buat lagi?! aku potong tangan kau buat model sains atas meja kerja aku! tengoklah! " wajah Seokjin menyinga .
" amboi garangnya . omma aku tak garang macam kau . Tae gurau aje tu ." tegur Hoseok lalu memeluk teddybear berwarna ungu .
" dah dah , Jimin ah, kau kemana ? malam baru balik? " Soal Jungkook dan sekarang topiknya kepada Jimin .
" jumpa seseorang ."
" appa kau ?" Jungkook meneka .
agak lama masa yang diambil untuk Jimin mengangguk , mengiyakan soalan Jungkook tadi .
" siapa yang jumpa appa aku minggu lalu ?" Jimin memandang setiap wajah rakannya .
" aku. " Jungkook tersenyum .
" macam mana.. "
" oh kau tahu kan kerja aku apa? em, sebenarnya kes appa kau , kawan aku yang handle. kau ingat Mark ? dialah . masa tu kami pergi lunch and sewaktu nak balik , Mark dipanggil ke penjara Seoul untuk jalankan tugas di sana . jadi tak sempat nak hantar aku dulu , dia bawa aku sekali . dan waktu tu lah aku jumpa appa kau ." terang Jungkook .
Jimin tersenyum mendengar penerangan Jungkook tadi .
" siapa nak ramen? kita makan ramen sambil tengok movie ? amacam? " cadang Hoseok dan dia lantas bangun dari duduknya .
semua mengangguk dan membuat muka mintak kaki .
" ya aku akan masak disebabkan kecomelan korang yang berisiko dicop tapak kaki aku . Suga, jom tolong aku ." baru ke beberapa langkah , Hoseok berhenti apabila Suga bersuara .
" i can't hear youuuuuu ."
" SUGA! "
" UUUUUUUUUUUUUUUUUUUU ~" dengan malas Suga bangun mengekori Hoseok ke dapur .
skip,
Hoseok mengambil tisu dan mengelap air matanya yang turun sebelum menyambung menghirup kuah ramen .
" movie ni , urh wanjeon daebak ." Jungkook turut mengelap air mata .
scene yang menunjukkan seorang ibu yang sedang bertaruh dengan nyawa sendiri demi melahirkan satu lagi nyawa ke dunia menyentuh hati enam orang lelaki itu .
" uii susah sangat ke nak lahirkan baby ?" soal Suga, dungu .
semua anak mata beralih ke arah Suga . nampak macam kepala Suga akan dicepuk secara berjemaah . terutamanya Seokjin , mungkin kerana dia seorang doktor .
" kau ingat melahirkan ni senang macam kau buang air besar ?" Seokjin membulatkan matanya pada Suga . yang lain mengiyakan kata kata DR Seokjin itu .
Suga agak terkejut dengan kata kata itu .
" uish Seokjin, kau ni nama aje doktor . sampai hati kau boleh samakan baby yang comel dengan tahi ?"
serta merta mulut Seokjin ternganga luas .
" dah Seokjin , jangan layan budak tu, dia tengah gila sebab Woozi-- "
" jangan sebut nama dia! " cepat cepat Jungkook menekup mulut Taehyung sebelum dia menghabiskan ayatnya kerana perkataan 'Woozi' boleh ,..
" UWAAAA! " Suga menangis dengan mulut ternganga sebelum tercebik cebik menahan tangis .
" aku dah kata jangan sebut nama adik dia! "
" aku lupa! "Taehyung mengangkat tangan lagak sudah mengalah .
" shh shh . adik kau baik baik aje . Namjoon kan ada dengan dia. " Jimin segera memeluk bahu Suga menenangkan lelaki itu .
dan bergema lah tangisan yang dihasilkan oleh dua orang jejaka di dalam rumah itu . tangisan Hoseok yang sedih apabila melihat seorang wanita yang telah selamat melahirkan anaknya tiba tiba digigit semut di tangan dan tangisan rindu oleh Suga yang merindui si budak Woozi .
Share this novel