(BAB40)
Katil yang menempatkan seorang lelaki bernama Park Jimin dikelilingi beberapa orang lelaki yang lain . wajah Jimin yang tampak bersih walaupun dibalut lukanya ditatap mereka .
" kau bernafas .. tapi kenapa kau tak bukak mata kau ? " Jungkook menyoal walaupun dia tahu Jimin tidak akan dapat menjawab soalannya itu .
" Jimin ah , cepatlah bangun . aku tak sabar nak berbual dengan kau . " Hoseok mengusap usap tangan Jimin yang dipenuhi luka luka kecil . sesungguhnya dia seorang lelaki yang lemah sedikit , jadi , air matanya selalu turun apabila dia memandang ke arah Jimin .
" harap kau kuat , Jimin ah . kau perlu sedar . aku akan belanja kau ayam panggang . kita pergi dua je , jangan bagitahu orang lain. okay ?" Suga berkata .
" kami dah dengar . jangan bagitahu orang lain apanya ." Seokjin membidas membuatkan Suga tersipu sipu .
" Korang tak nak mandi ke ? kalau korang nak bersihkan badan dulu , pergilah . aku akan tengok tengokkan Jimin . kalau dia sedar , aku call korang secepat yang mungkin . " Suga memberi cadangan dan matanya berselang seli ke wajah rakan rakannya .
" bagus jugak idea tu . amacam ?" Taehyung bangun dari duduknya .
yang lain bersetuju . mereka turut bangun dari duduk mereka .
" Suga ah , janji kau akan call kami secepat mungkin kalau Jimin dah sedar ?" Jungkook menayangkan jari telunjuknya ke arah wajah Suga . tanda ingin lelaki berambut hijau pudina itu berjanji .
" Ya sayang , ai janji . " Suga meng'wink'kan matanya .
" eee eeuw . luruh bulu roma aku !" Jungkook menggosok tengkuknya yang tiba tiba meremang selepas mendengar ayat 'sweet' dari Yoongi .
Suga hanya tersengih . Woozi yang mulanya ingin duduk bersama Suga , turut dipaksa untuk balik . Woozi hanya menurut arahannya itu dan lantas mengikuti yang lain . kini tinggal seorang lelaki bernama Suga duduk menongkat dagu di sisi Park Jimin .
" Jimin ah , aku nak cakap sesuatu . "
wajah Jimin direnung dahulu . mata lelaki itu masih tertutup rapat . Suga mengeluh .
" Omma kau minta maaf . tolong jangan bencikan dia ya ? dia cuma omma yang terlampau sayangkan anak dia . " kata Suga seolah olah Jimin sedar dihadapannya .
" kau bangun cepat ya ? kami rindukan muka comel kau , merajuk kau , marah kau , kelam kabut kau ke pejabat , aish sungguk kami rindu pasal kau . jadi kau kena bangun ya ."
" aku nak tidur lah . ah ngantuk . " Suga meletakkan kepalanya di sisi katil sebaik sahaja menghabiskan ayatnya . dalam beberapa saat sejurus dia meletakkan kepala , Suga terus lena dibuai mimpi .
skip.
kepalanya terasa disentuh . perkara itu membuatkan Suga terjaga dari lenanya . dia menggosok gosok matanya sambil memandang sekeliling . dia masih di bilik hospital .
wajah Jimin dipandang dan mata Suga terus membulat apabila mendapati lelaki itu akhirnya membuka mata . Suga menarik nafas lega dan perlahan lahan merapati Jimin dan tangan lelaki itu digenggamnya .
" Jimin ah , kau.. kau okey ? kau dah sedar ? jap aku panggilkan doktor . " genggaman dilepaskan dan dengan pantas Suga berlari keluar dan menuju ke kaunter yang menempatkan beberapa orang misi wanita .
beberapa minit kemudian , Dr Junghan muncul dan masuk ke dalam wad yang menempatkan Jimin . Suga yang masih gembira dengan hal itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor salah seorang daripada mereka .
" Hoseok ah ! Jimin dah sedar ! korang cepatlah ke sini !"
" mwo ? betul ke ?! kami dalam perjalanan ni ! gais , Jimin dah sedar !" terdengar suara Hoseok di corong telefon . suara teruja Hoseok tadi diganti pula dengan bunyi beberapa jeritan yang membuatkan Suga menarik muka pelik .
" gais! korang okay ?! " tanya Suga cemas .
" jumpa sana , Suga ah ! Seokjin menggila ! " talian diputuskan . Suga faham apa yang dimaksudkan lelaki itu . semestinya Seokjin sudah memandu kereta bagaikan di litar lumba lagaknya .
dalam beberapa minit selepas itu , Suga terlihat dari jauh enam orang berlari ke arahnya . lajunya Seokjin ni !
" mana Jimin ?! " tanya Jungkook termengah mengah .
" ada kat dalam lah . doktor tengah check dia tu ." beritahu Suga . yang lain mengangguk faham . pintu wad terbuka dan muncul Dr Junghan disitu .
" badannya masih lemah dan jangan terlalu membuat bising atau membuat perkara yang bolej jejaskan badan dia . kamu semua boleh masuk tengok . " Dr Junghan berlalu ke biliknya dan mereka terus meluru masuk ke dalam bilik wad Jimin .
" Jimin ah ! rindunya kami ! " semua memeluk Jimin dan beberapa saat selepas itu , pelukan dileraikan .
semua tersenyum gembira melihatkan wajah Jimin yang nampak pelik .
" Jimin ? " Jimin bertanya . semua mula cuak . senyuman mereka mati !
" Siapa Jimin ? "
" Dan korang ni siapa ? "
Namjoon sudah terjelepok ke lantai . air mata Hoseok bergenang semula . apa ni ?!
Share this novel