(BAB16)
" Thankseu for the foodeu! " Jerit Hoseok lalu bangun dari meja makan.
" Thanks Jinnie muah muah. " Giliran Namjoon pula yang bangun.
" Kau dah boleh kahwin lah. Masakan kau semua sedap. " Puji Jungkook membuatkan lelaki bernama Seokjin itu kembang semacam. Nasib tidak terapung sahaja lagi.
" Kau pandai masak, wifeu kau pun kena pandai masak. Kalau tak, itu maknanya kau ada husband, bukan wifeu. Sebab kerja wifeu semua kau buat. " Tegur Suga pula.
" Iyalah lampu pudina. Aku ingat. "
Lalu Suga mengembangkan hidungnya pada lelaki itu.
" Aku masuk bilik dulu. Jalja. " Pamit Jimin lalu melangkah ke biliknya setelah membasuh pinggan.
" Awalnya budak Jim ni. "
Suga terus menghabiskan suapannya yang terakhir. Boleh lah dia terjah bilik Jimin untuk seketika.
" Uhuk! " Suga terbatuk akibat tercekik.
" Ohoi! Lampu suluh hijau ni tercekik pulak! Bagi air bagi air nuh! " Kalut Seokjin melihat keadaan itu. Jug air dihulurnya.
Suga terus meneguk air dari jag tersebut hingga habis.
" Merah dah kulit kau. Ish. Dah jadi tomato aku tengok. Eloklah rambut pun hijau daun. " Rungut Seokjin lagi.
" Jinnie, kau marah dia pulak. Suga, okay tak? " Jungkook bertanya.
" Okay je. Hehe. " Suga tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
" Dah. Pergi basuh pinggan tu. " Arah Taehyung pula.
Suga mengangguk. Pinggan diangkatnya dan dibawa ke sinki.
" Aku masuk bilik dulu. " Suga terus ke bilik Jimin di tingkat atas, bukan biliknya.
Pintu bilik lelaki itu diketuk. Bunyi sesuatu dari dalam menandakan pintu akan dibuka.
" Suga? Nak apa? " Jimin agak terkejut dengan kehadiran Suga.
" Nak masuk boleh? " Suga membulatkan matanya lalu jari telunjuknya diletakkan di bibirnya yang sudah dimuncungnya.
" Aku nak tumbuk kau sebab mengada macam ni tak sanggup pulak. Hah masuk lah. " Suga terus terkedek kedek masuk ke dalam bilik Jimin.
" Kau datang ni mesti nak cakap pasal kat pejabat tadi kan? " Jimin mengagak.
Suga lantas mengangguk. Dia menyertai Jimin duduk di birai katil lelaki itu.
" Ya pasal omma kau. "
" Maaflah Suga. Sebenarnya aku tak berkenan lah nak ambik tahu pasal omma aku. Biarlah dia nak-- "
" Penting, Jimin! Aku kena cakap juga. Kau kena kesiankan omm-- "
" Aku tak nak dengar! " Tengking Jimin lalu berdiri.
Suga terperanjat. Tak sangka dia akan ditengking seteruk itu pula.
" Jimin, aku-- " Suga mahu menenangkan keadaan.
" Kau tak faham perasaan aku! Aku tak suka pada omma aku! Dia jahat! Dia tinggalkan aku! Seksa hati appa ak-- "
" Appa kau yang jahat! " Suga menengking kerana sudah tidak tahan setelah mendengar Jimin menyalahkan orang yang tidak bersalah.
" Kau! Tak guna! " Jimin menengking pula lalu meluru ke arah Suga lalu wajah itu ditumbuknya sekuat hati.
Suga terdorong laju ke belakang. Terasa ada sesuatu mengalir dari celah bibirnya. Dia tahu apa itu.
" Jimin! Suga! Kenapa ni?! " Jerit Jungkook lalu mendapatkan Suga yang masih terduduk di atas lantai.
Semua meluru ke atas setelah terdengar bunyi bising di tingkat atas yang telah dilakukan oleh dua makhluk itu.
" Kenapa ni?! " Giliran Taehyung pula bertanya.
" Lelaki tak guna! Kau siapa nak cakap appa aku jahat! Kau ingat kau tu siapa?! Kau tak kenal appa aku! Kenapa kau menangkan perempuan tak guna tu hah! " Tengking Jimin lagi. Sekali lagi dia meluru ke arah Suga tapi cepat cepat ditahan oleh Namjoon dan Hoseok.
" Tak apa tak apa! Kalau budak dua ekor ni luka, aku ada. " Seokjin seloroh di waktu yang tidak sesuai.
" Ni bukan masa nak promote khidmat kau lah! " Marah Hoseok.
" Jimin! Omma kau tak salah! Appa kau yang-- " Belum sempat Suga menghabiskan ayatnya, mukanya ditumbuk lagi oleh Jimin yang berjaya melepaskan diri dari cengkaman Namjoon dan Hoseok.
" Jimin! " Jungkook lantas menampar pipi Jimin.
" Suga! Apa cerita ni? Kau dah kenapa? Adik kau tengah tidur kat bawah tu. Jangan lah buat bising! " Taehyung menengking perlahan.
" Jimin! kau--" Suga masih belum mahu melepaskan peluang. Biarlah mukanya dipenuhi darah sekalipun.
" Ah! Lantak lah perempuan tu. Dia hidup senang! Dia ikut laki lain. Dia tinggal appa dan aku! Kau tak tahu lah! " Jimin berkata. Air matanya deras turun di pipi.
" Omma kau dah tak ada! Dia dah pergi tinggalkan bumi ni! "
Jimin agak tersentak. Dia diam sejenak.
" Baguslah. Tinggal lagi aku dan appa. Rasakan. " Jimin tersenyum sinis.
" Jimin! Appa kau yang tinggalkan omma kau! Kau dah kena tipu dengan appa kau sendiri. " Kata Suga pula. Sakit pula hatinya mendengar Jimin berkata sedemikian.
" Tak guna! " Jimin sekali lagi mahu menumbuk Suga namun sempat ditahan.
" Suga! Apa kau mengarut ni?! " Seokjin mencekak kolar baju Suga.
" Aku tak mengarut. Aku cuma nak tolong dia. " Suga berkata.
" Ni tolong ke namanya?! " Jungkook bertanya dengan nada tinggi.
" Aku-- "
Kata kata Suga terhenti. Dia ternampak seseorang di belakang mereka. Wanita itu.
" Jimin. Tu omma kau datang. Dia cuma nak tengok kau aja. " Suga bersuara membuatkan semua berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Suga.
" Alahai~ " Seokjin , Namjoon dan Hoseok terus keluar dari bilik Jimin.
Jimin memandang wanita itu dengan pandangan terkejut.
" Jimin.. anak.. "
" Omma datang.. " suara wanita itu mendayu dayu. Air mata darahnya turun lagi.
Jimin hanya sempat melihat wanita itu terbang mendekatinya sebelum penglihatannya gelap.
Jimin jatuh pengsan!
Share this novel