Bab 39

Fanfiction Completed 8760

(BAB39)

Berpusu anak anak muda itu ke arah seorang lelaki lingkungan 40-an berpakaian khas . Taehyung yang semakin berpeluh memerhatikan wajah lelaki bername tag 'Dr. Junghan' itu .

Dr. Junghan menanggalkan mask kain berwarna biru muda lalu digenggamnya . matanya meliar memandang satu persatu wajah yang berkumpul di hadapannya sekarang .

" Macam mana keadaan kawan kami , doktor ? " Seokjin bertanya bagi pihak mereka .

" Kamu semua ni kawan dia ? " tanya Dr Junghan ramah .

semua mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan doktor itu . sesekali mereka pelik apabila doktor itu menjengukkan kepalanya ke kiri dan kanan sebelum mata lelaki itu kembali pada mereka semula .

" appa dan ommanya ada ? " pertanyaan Dr Junghan membuatkan semua garu kepala . macam mana nak bagitahu pada doktor ini ?

" tak ada . appa dia di Malaysia dan ommanya .. omma dia dah tak ada ." balas Jungkook . perlahan sahaja suaranya menjawab . Taehyung mengangguk angguk kepalanya tanda mengiyakan jawapan yang diberi Jungkook .

" Oh kawan kamu namanya Park Jimin kan ? sebenarnya , Jimin mengalami pendarahan yang teruk dari luka lukanya . kami dah cuba yang terbaik . " kata Dr Junghan membuatkan Taehyung berdebar kuat . ayat akhir tu ..

" Tuhan masih sayangkan dia dan beri dia kesempatan untuk tinggal di bumi ni lagi . Jimin memang kuat orangnya . " kata kata Dr Junghan memberi sinar harapan pada mereka . semua mengeluh lega .

" Terima kasih , doktor . boleh kami masuk tengok dia ? " Pinta Hoseok sambil melemparkan senyuman harapan . dia betul betul mahu terjah bilik ICU itu dan memeluk Jimin .

" Buat sementara waktu ni , kami tak benarkan lagi . waktu lawatan pada pukul 9 ; 00 pagi nanti , kamu semua dibenarkan untuk melawatnya . sekarang kami akan pindahkan Jimin ke wad yang sesuai dengan keadaanya . " Dr Junghan berkata . mereka agak kecewa namun arahan doktor itu perlu dipatuhi .

" Baiklah . kami balik dulu . pukul 9 kami datang balik ." pamit Jungkook dan Dr Junghan mengangguk . dia berlalu ke sesuatu arah yang tidak dipedulikan mereka . mereka melangkah ke pintu utama hospital .

" Aku tak nak balik lah . " Seokjin merungut . Tangan Namjoon dipautnya kerana lelaki itu masih lemah dan sugul akibat masih teringat kesalahannya .

" sama lah . aku cadangkan kita tidur aje dalam kereta . bukan lama pun nak pukul 9 ni . " cadang Jungkook membuatkan mereka mengangguk laju . mereka menuju ke kereta sebelum serentak berhenti apabila mendengar satu suara .

" Woozi nak cari Suga hyung sekejap . " mereka hanya menghantar tubuh Woozi dengan pandangan mata sehingga tubuh kecil Woozi hilang di balik pintu .

" biarlah . dia sayang hyung dia . "

Woozi melangkah masuk ke klinik 24 jam yang tersedia di hospital itu . tubuh Suga masih belum kelihatan . dia berasa gelisah lalu melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan . tiba tiba bahunya disentuh dari belakang . cepat cepat dia bangun dan memandang ke arah itu .

" Hyung !"

Suga tersenyum . dia yang baru keluar dari salah satu bilik rawatan di klinik itu terlihat Woozi yang membelakanginya . terharu juga kerana Woozi masih menunggunya dan mencarinya .

" Mana yang lain ?" Suga menyoal dan melangkah keluar dari klinik lenggang itu bersama Woozi .

" Diorang tunggu dalam kereta . oh ya ! untuk pengetahuan hyung , Jimin hyung dah selamat !" Woozi menyampaikan berita gembira itu dan jelas sekali riak Suga berubah gembira .

" Wah ! hyung tahu dia mesti kuat hadap semua ni ." bahu Woozi dipeluknya mesra . mereka melangkah ke arah kereta yang dinaiki tadi dan terus menerobos masuk ke dalam kereta itu .

" Lah , ingatkan dah tidur tadi . " ngomel Suga dan semua mata tertumpu ke arahnya .

" Habis tak nampak muka comel kau . " Jungkook menyentuh pipi Yoongi yang sudah dibalut dengan kain balut luka . masih terlihat kesan darah di balutan itu mungkin faktor luka itu agak dalam .

" aku tetap comel. " Suga meng'wink'kan matanya .

" Eee tergodanya aii . " Seokjin meletakkan kedua belah tangannya ke bahu dan matanya dijuling ke atas . tanda 'tergoda' sangat dengan wink Suga .

" betul Jimin dah selamat ? kenapa korang tak pergi tengok dia ? " Suga menyoal . kepalanya dilentokkan ke bahu Woozi . payah nak baring berhimpit di dalam kereta .

" Ya . Doktor tu cakap kita tak boleh lawat dia lagi . pukul 9 pagi nanti baru boleh . " Taehyung menjawab . Suga terangguk angguk tanda faham . pipinya yang berbalut dipegang .

" sakit ke ?" Hoseok bertanya .

" taklah . Geli ." Suga menjeling . memanglah sakit ! boleh pulak dia tanya.

" korang tak nak tidur ke ? "

" tak nak. "

Suga mengangguk angguk lagi . pandangan matanya terjatuh pada wajah Namjoon yang tampak sedih . nampaknya , Namjoon tidak dapat memaafkan dirinya atas kesilapan yang dilakukan . Suga mengangkat bahu . bingung .

" tak sabar nak jumpa Jimin esok . " Jungkook menyuarakan ketidaksabaranya .

" aku pun . aku rindu muka cute dia . " Taehyung tersenyum . hatinya masih bersyukur kerana mimpi peliknya tidak menjadi kenyataan .

" kita tunggu sama sama . "

semua tersenyum . tunggu Jimin ! kami datang !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience