Bunyi daun pintu dibuka, membuatkan Eira lekas memalingkan kepalanya. Beberapa saat kemudian wajah Aeron kelihatan. Ada senyuman yang menghias wajah segak itu. Namun Eira dapat mengesan riak tanda tanya yang terpancar di tatapan mata lelaki itu.
"Boleh I masuk?" kata Aeron.
Eira hanya mengetap bibir sambil mengangguk. Dia memandang sekilas imbas susuk lampai Aeron yang sudah bertapak di dalam bilik itu. Dia segera menegakkan tubuh. Hatinya diserbu gelisah. Sejak ditinggalkan Zayden tadi, dia tidak henti-henti mengeluh. Sejujurnya dia masih belum menerima kenyataan bahawa Zayden sudah jatuh cinta padanya.
"Apa yang you tengah buat?Busy ya?" Aerin mendekati gadis itu.
Eira diam. Memerhatikan tingkah Eira itu, Aeron hanya tersenyum. Dia duduk tanpa dipelawa. Eira tidak tahu hendak beri reaksi apa.
"Ada apa ni? Lain macam aje mood You? Ada problem ke?" tanya Aerin lembut. Dia cuba berbasa basi untuk mulakan perbualan.
Eira sekadar menggeleng.
"Kalau ada problem, cerita la. I boleh je jadi pendengar setia you."
Eira menggeleng lagi tanpa memandang Aeron.
"So betul la ada masalah ni? Biasanya You ada aje yang nak dibotakkan. Kalau dah diam tu maknanya ya la tu kan."
"Mana ada."Eira tiada mood hendak bercakap.
"You tahu, tak elok tau pendam perasaan. Tak sihat untuk fikiran You."ujar Aeron semasa duduk menyelesakan diri di kerusi. Menghadap Eira di meja kerja gadis tersebut. Dia masih bertegas hendak mengetahui masalah apa yang menganggu fikiran Eira ketika itu.
" I cuma nak berehat aje sekarang. Tak ada apa-apa pun."
"Tadi masa dekat meeting I perhati You macam tak Okay je."
Dalam diam Eira mendengus. Ini lagi satu lelaki yang memeningkan kepalanya sejak kebelakangan ni. Pantang nampak dia ada masa lapang, ada sahaja yang ingin Aeron mahu lakukan bersamanya. Ajak keluar la. Ajak makan la. Ke situ la. Ke sini la. Apa isu kembar dua ni sebenarnya?
"You tak sihat? Nak pergi klinik? I hantarkan?"
Eira menggeleng. "Tak apa. I okay je. Please..berhenti tanya lagi boleh?"
Aeron merenung ke arah Eira. Renungan dalam yang penuh makna. Eira cuba menganggap renungan itu seperti satu tatapan yang pernah dia lihat dari seorang lelaki biasa yang bernama Aeron Dennis. Tetapi dia naik bingung apabila sinar mata yang di panah kan Aeron itu seolah-olah bernyawa di dadanya.
"Habis tu kenapa pulak dengan Zayden? I nampak dia kelam kabut keluar lepas You minta diri keluar dari bilik meeting tadi? You dengan Zayden ada apa-"
"Aeron, I ada banyak kerja nak siapkan. I harap you faham." pintas Eira seolah-olah dapat mengagak yang Aeron cuba mencari tahu tentang sesuatu. Dia mencapai salah satu fail di atas mejanya dan berpura-pura memfokuskan perhatiannya di situ. Aeron terdiam. Dia merenung wajah Eira tanpa berkedip dengan perasaan hairan.
SEJURUS selepas Aeron berlalu, Eira tidak menunggu lama di biliknya. Dia mencapai beg tanya dan kunci kereta lalu keluar dari situ. Keretanya dipandu dengan kelajuan sederhana. Arah tujuannya entah ke mana. Fikiran Eira kosong. Jiwanya tertekan dengan apa yang berlaku beberapa hari ini.
Dia merasakan per jalannya agak jauh. Entah di ceruk mana dia telah memandu, sedar-sedar dia sudah berada di lereng bukit yang menghadap kota. Eira menghentikan keretanya di tepi jalan raya.
Deringan telefon yang sejak tadi menjerit minta dijawab tidak langsung dihiraukan. Dia malas mahu ambil tahu siapa yang menghubunginya sejak tadi. Memang sejak dia keluar tadi telefonnya tidak henti-henti berbunyi. Rimas dibuatnya.
Eira kemudian mencapai telefon itu. Ditenungnya sejenak. Nama Zayden tertera di skrin. Baru sekejap tadi nama Aeron yang terpancar di situ.
Eira menarik nafas dalam-dalam. Dia belum bersedia untuk menjawab mana-mana panggilan dari dua orang lelaki itu. Perlahan-lahan telefonnya dicampak ke seat sebelah selepas dia mematikan telefon itu. Dia menapak keluar dari kereta dan berdiri sandar tubuh di kereta sambil menyilang tangan ke dada.
Bersama tatapan termenungnya, Eira tatap langit yang kian menggelap. Burung-burung yang terbang sekawan sudah mula berkurangan di kaki langit. Sebentar lagi malam akan melabuhkan tirai. Maka berlalulah siang memberi giliran pada sang malam.
Iera melepaskan hela nafas panjang yang berat sejak perasaan gelisahnya menghuni dada sepanjang hari ini. Berharap kekusutan yang melanda fikirannya dapat berkurang. Sejak peristiwa di malam itu bersama Zayden, Eira dapati dirinya tidak lagi tenteram. Fikirannya sentiasa di hurung dengan tanda tanya. Perlakuan Zayden, kata-katanya dan nada suara sudah cukup memberikan pelbagai persoalan yang berasak-asak di minda. Sehinggalah segala-galanya terbongkar tadi.
Zayden sudah mengakuinya. Jelas dan terang. Kini perangai Aeron pula dirasakan semakin berbeza. Malam kian berlagu sepi. Keheningan angin mula mengundang kedinginan dalam diri. Dia mula menghalau segala lamunan. Dia ingin pulang. Pasti uniknya sedang risau menunggunya.
Share this novel
tq Tinta update but I want more...please sikit sgt update ni