TASJ 42

Romance Series 41308

Hampir jam 11 malam barulah segalanya reda. Eira lega tatkala semua urusan majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Dah pergi makan sana. Cepat makan cepat kita balik." suruh Puan Amber yang baru muncul dari pintu tandas sebelah dewan itu.

Tika itu Mama Zayden da Aerin masih duduk di meja situ. Pelik juga tadi. Sebab kedua-dua wanita itu duduk berbual bersama dengan dia sekali tu menghilang berdua meninggalkan dirinya. Eira malas hendak ambil tahu. Mungkin bersembang mengenai perkara yang dia tidak perlu tahu.

Ruang dewan itu sudah lama sepi. Semua tetamu yang ada tadi sudah pulang. Tiada suara yang kedengaran.

"Jangan lupa ajak Zayden dengan Aeron makan sekali."pesan Puan Amber.

Fikiran Eira tidak jadi termenung. Dia cuba mencari kelibat Zayden. Tetapi langsung tidak kelihatan.

"Aunt ada nampak Zayden? Tanya Eira semasa wanita itu jalan melintasinya.

"Ada...tadi aunt nampak dia kat hujung koridor tadi. Cuba kamu cari dekat area situ..." ujar wanita itu.

Zayden dekat luar? Dia akhirnya mengatur langkah keluar dari situ. Ke mana pula la lelaki tu bertapak? Eira menuju ke arah salah satu pintu. Dia menjengah ke dalam, tetapi tiada sesiapa di situ.

"Hello?ada orang tak? Zayden? Aeron?" Eira memanggil. Ketika dia mahu berpaling, tidak semena telinganya menangkap suara orang berdehem tidak jauh dari arah pintu. Dia nampak susuk lampai yang sedang berdiri menghadap jendela.

Eira mengatur langkah ke arah lelaki itu. Asyik betul bersendirian. Entah apa yang difikirkan agaknya. Eira berasa hairan kerana kehadirannya langsung tidak disedari.

"Apa kena dengan orang rumah ni agaknya? Masing-masing dah kena penyakit termenung ke apa ni?" tingkah Eira tatkala perasan lelaki itu sedang termenung.

Zayden tersentak mendengar suara Eira. Tubuh langsing Eira yang berbaju biru menerjah pandangannya. Serentak Zayden berdiri tegak.

" Apa yang you buat sensorang dekat sini? " Eira meneliti wajah Zayden. D dia nampak riak Zayden seolah-olah sedang bergelut mengenai sesuatu. Sehari suntuk tidak bertemu dengan Zayden, bila bersua begini buatkan dia merasa aneh melihat sikap lelaki itu. Memangnya Zayden terasa hati dengan dia ke?

Zayden menjarakkan sedikit dirinya dari Eira dek debaran yang bertandang kerana kehadiran gadis itu di sisinya.

"Ada apa pulak kali ni? Sehari suntuk I tak nampak kelibat you dalam majlis. Memangnya you ada masalah ke?"tanya Eira risau apabila tegurannya tidak mendapat sebarang respon dari Zayden.

Dari siang tadi Eira tercari-cari kelibat Zayden. Tetapi tidak terpacul di bibirnya untuk bertanya pada orang. Kehilangan Zayden sepanjang hari tidak dijadikan sebab untuknya mengambil tahu.

"Tak ada apa-apa."balas Zayden.

"Ke you ada problem macam Aeron jugak?"

"Dah kenapa dengan Aeron?"

Tercetus tawa kecil di bibir Eira. Lucu pula dia rasakan melihat reaksi bingung Zayden begitu. "Nama pun dah kembar kan..."

"Kenapa pulak?" Zayden makin pelik.

"Macam dah janji an pulak you berdua ni. Aeron masalah dia dengan Hannah, you pulak mesti masalah dengan Elena, kan?"Eira membuat andaian.

Tiada jawapan dari Zayden. Kali ini dia melemparkan pandangan ke langit malam. Suasana sepi di situ menghuni mereka.

"Siapa cakap I ada masalah dengan Elena."tiba-tiba Zayden bersuara. Mencerlung tengah kening itu. Hatinya gundah bukan kerana Elena. Ada perkara lain yang membuatkan hatinya tidak tenteram.

" Kalau macam tu kenapa dengan you ni?" Eira tertanya-tanya.

"Entah."hendak tak hendak aje Zayden menjawab.

"Entah? "Eira kebingungan.

"Tak ada apa-apa la."jawab Zayden dengan tenang.

"I tak percaya. Obviously ada something yang menganggu fikiran you."

"Betul la. Memang tak ada apa-apa."

"Tipu.."

"Suka hati you la nak percaya ke tak."

Eira yakin yang Zayden sedang merahsiakan sesuatu yang lelaki itu tidak mahu dia tahu. Lagipun apa la luaknya kalau ceritakan hal tu pada dia. Bukannya dia ni jenis suka buka pekung dada orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience