TASJ 8

Romance Series 41308

"EIRA, ARE YOU still there?"

Lamun Eira mati apabila suara kedengaran melalui interkom di sebelah komputer. Aeron menegur dalam interkom itu. Sekarang dia boleh membezakan antara dua kembar ini dengan hanya mendengar cara mereka bercakap. Baik dari segi penampilan dan pertuturan, kedua-duanya mempunyai karakter tersendiri. Aeron lebih tegas dan mesra. Zayden pula lebih easy going dan matang.

"Eira.?"

"Yes. I'm here."

"Boleh datang ke ofis I sekejap. Ada hal yang I nak discuss dengan you."

Beberapa minit kemudian, Eira sudah menghadap Aeron dalam pejabat lelaki itu. Mereka hanya berdua. Zayden yang sepatutnya ikut berada di situ tidak kelihatan dimana-mana. Entah ke mana aje lelaki tu menghilang dia tidak ambil tahu.

" You tahu tentang isu Blue Lagoon tu? Pihak pemaju taknak beri kerjasama. Tender dah dapat. Kontraktor pun dah ada. Kontrak dah sign. Tiba-tiba aje pihak pemaju tarik diri last minute. Mereka Mata projek kita akan mempengaruhi kawasan tadahan air." riak bercelaru jelas terpancar jelas di wajah bersih Aeron.

" You dah maklumkannya pada orang tua kita? "tanya Eira.

Aeron mengangguk." Mereka suruh I handle isu ni dengan you dan Zayden. Tapi entah la dekat mana aje Zayden sekarang. "

Eira cuba memikirkan masalah yang disampaikan oleh Aeron tadi. Dia ada baca dan dengar banyak isu yang sama kerap diterbitkan dalam artikel dan berita. Memang ada banyak kes berkenaan kesan pembangunan terhadap alam sekitar.

" Maybe sebab sekarang dah jadi isu biasa. Itu yang dia orang jadikan alasan supaya boleh letakkan salah dekat kita." Eira menyuarakan pendapatnya.

"Kan... I pun rasa macam tu jugak." jawab Aeron.

"Mana boleh macam ni. Kan projek Blue Lagoon tak melibatkan Alam sekitar. Kita nak bangunkan hartanah dekat kawasan laut. Kita tak sentuh pun kawasan hutan apalagi kawasan tadahan air yang mereka claim kan tu." Eira menyatakan alasan tidak munasabah pihak pemaju enggan beri kerjasama kepada mereka.

Sebelum memulakan projek itu, terlebih dahulu lagi Eira menjalankan kajiannya. Dari tapak projek, Kawasan geografi serta persekitaran kawasan yang terlibat. Segala jenis kajian telah dijalankan secara terperinci. Apa yang pihak pemaju claim kan tu langsung tak dapat diterima! Memangnya sengaja apa nak bagi masalah dekat mereka?

"I dah schedule kan meeting dengan mereka esok untuk selesaikan masalah ni. Tapi I ada urusan lain. Jadi you kena gantikan tempat I. Zayden pun akan join you esok."maklum Aeron.

Eira menelan liur dengan kesat. Bersama  dengan Zayden?Sekali lagi?

" Boleh kan? " soal Aeron.

Setelah beberapa ketika membuat pertimbangan, akhirnya Eira akur.  Persetujuan itu di sambut dengan anggukan Aeron.

"All right. Kalau macam tu, setakat itu aje discussion kita hari ni. Kalau nak tunggu Zayden memang lambat la nak settle discussion ni."

"You tahu Zayden ke mana?"

"Entah la. I sendiri pun tak tahu ke mana aje perginya Zayden tu. Dia tu mana la nak beritahu kalau nak ke mana-mana. Tapi I perhatikan macam ada problem aje." ujar Aeron. Dia memandang Eira ketika wanita itu sedang tunduk mencatat sesuatu dalam bindernya. Memang Aeron akui bahawa Eira seorang wanita yang menarik. Tapi itu tak bermaksud yang dia akan jatuh cinta apa lagi suka kepada Eira seperti mana yang sering di tuduh oleh Hannah kepadanya. Entah la, dia sendiri tak tahu nak cakap bagaimana lagi mengenai sikap cemburu buta Ha nah yang semakin lama semakin menjadi-jadi. Sampaikan dia sendiri mati akal hendak menjelaskan perkara sama berulang kali kepada kekasihnya itu.

"Oh... Iya ke?" soal Eira pendek. Dahinya berlapis. Masalah dengan Elena ke tu? Fikirannya di acah dengan soalan itu. Dia bangkit dan menyusun fail yang dibawa ke pejabat Aeron tadi.

"Lepas ni you nak balik terus ke?" soal Aeron.

Segera Eira mengangguk. "Dah lapar sangat ni. Tak boleh nak tunggu lagi."

"Kalau macam tu ikut la I dinner sekali. I pun dah lapar. Sejak tengah hari tadi I tak sempat nak makan sebab busy dengan meeting pihak pemaju ni." pelawa Aeron.

"Eh , tak perlu la. I makan dekat rumah aje nanti. Kalau nak I temankan boleh aje." jawab Eira berasa tidak pasti dengan keputusannya itu.

"Tak apa la kalau macam tu." tolak Aeron pula. Dia sudah faham dengan penolakan itu. Biarpun sikap bersahaja Eira ada masanya menyenangkan, tapi gadis itu jarang sekali menerima pelawaannya untuk keluar bersama. Melainkan kalau ada sebab tugas atau bersama orang lain, baru Eira terima.

Pernah sekali itu Aeron menawarkan supaya Eira naik satu kereta bersamanya untuk ke tempat kerja memandangkan mereka pun duduk bersebelahan rumah sahaja. Namun pelawaannya itu juga di tolak mentah-mentah dengan Eira. Kata Eira kononnya enggan menimbulkan khabar angin mengenai mereka berdua kelak. Katanya lagi biar ayah mereka berdua sahaja yang berkongsi kereta. Eira lebih gemar untuk memandu sendiri.

Aeron juga berasa serba salah pada Eira. Gadis itu terlalu baik dengan Hannah. Tapi hanya kerana satu salah faham yang Aeron sendiri tidak tahu apakah ia, Hannah terus membenci Eira.

"You pun nak balik terus la ni?" soal Eira.

"Tak. I tunggu Zayden. Dia guna kereta I sebab kereta dia masih ada dekat pusat servis."

Eira sudah membuka mulut hendak berkata. Namun ditutup kembali. Dia mahu mengajak Aeron untuk carpool bersamanya. Tapi bila difikirkan nanti kalau mereka terserempak dengan Hannah, jadi masalah la pula. Tapi kalau tak pelawa rasa macam tidak berperasaan pula kan.

"You tumpang I aje la kalau-" Eira baru sahaja menarik pintu ke dalam ketika ekor matanya terperasan akan kelibat sedang berdiri di hadapan pintu itu. Bila dia pandang, Eira terus menjadi kejung. Manakala Aeron membuntang mata kaget dek kehadiran Hannah di situ.

" Hannah... "Sapa Aeron.

" Why do you want to give him a ride, Eira? "tanpa tegur tanpa sapa, Hannah terus membentak. Berdesing telinga Eira dan Aeron dibuatnya.

Mujurlah tiada siapa-siapa di luar ketika itu. Kalau tidak mahunya diperhatikan ramai mata. Eira berkerut kening Kepada Hannah. Hannah mencerlung kening ke Aeron. Dan Aeron memandang tidak percaya akan Hannah.

"Lagipun, apa yang kau orang berdua dalam bilik tadi hah?" Hannah mencekak pinggang pula.   Kesabarannya menipis sewaktu nampak akan riak Eira yang keriangan sewaktu berbual dengan Aeron tadi. Darahnya berderau keberangan.

"Mana ada kami buat apa-apa. Discuss pasal kerja aje tadi."jawab Aeron cuba menenangkan suasana tegang di situ.

" I balik dulu la ya. "pamit Eira mengatur langkahnya meninggalkan tempat itu. Kalau dia lama lama berada di hadapan Hannah, ianya hanya akan menambahkan lagi amarah Hannah. Dia tak sanggup hendak mendengar tuduhan yang sering dilemparkan kepadanya. Seolah-olah dia mahu merampas Aeron dari Hannah.

"EIRA!"jerit Hannah masih belum selesai lagi.

Eira kaku di situ.

" Kau, jangan berani-berani nak rampas Aeron dari aku. "

" Hannah, apa kena dengan  you ni! "marah Aeron tidak semena.

" Betul la kan. Eira goda you! Dia nak rampas you dari I, Aeron! "

" Berapa kali nak I beritahu. Kami tak ada apa-apa. You aje yang selalu fikir buruk macam tu. "

" I? You nak kata I salah la ni? Ha! Jangan nak bergurau. Kalau bukan, kenapa setiap kali I jumpa you , you mesti end up bersama dengan perempuan ni!? Mesti you berdua-duaan dengan you . Mana I tak hangin satu badan! "

" Hannah, kita orang hanya bincang tentang kerja aje. Tak ada isu siapa goda siapa. " Eira cuba hendak menjelaskan situasi sebenar.

" Kau diam! Aku taknak dengar apa-apa dari mulut penipu macam kau ni! "

Kelancangan Hannah itu menyentap hati Eira. Keningnya mulai berkerut dan merona kemerahan.

" It's okay. Eira, you pergi aje dulu."minta Aeron mahu meleraikan pertengkaran itu dari terus menjadi parah. Dia runsing dek sikap cemburu Hannah itu. Namun begitu, Aeron enggan mengambil langkah yang salah. Sekali dia buat Hannah merajuk, berminggu dirinya dihukum. Cukuplah sekali dia menderita setelah Hannah sengaja memulaukan dirinya selama tiga minggu tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesejnya. Dia enggan lalui kejadian yang sama lagi.

"Hei! I belum habis cakap lagi dengan dia!" teriak Hannah dengan berang. Aeron berjalan masuk ke dalam pejabat.

Eira mengatur langkahnya dengan hati yang hiba. Tidak terkata perasaannya menerima tomahan dan bentakan Hannah tadi. Dan dalam perjalanan hendak ke biliknya, ketika itu la Eira bertembung dengan Zayden. Tanpa menegur lelaki itu, dia terus masuk ke biliknya.

Sementara Zayden yang melihat Eira kehairanan. Dia pelik setelah melihat reaksi Eira sewaktu bertembung dengannya tadi. Dia hendak menegur tetapi entah kenapa bibirnya terkunci tidak bersuara. Mungkin kerana selepas melihat riak mendung Eira yang sepertinya sedang kesedihan. Tapi, apa yang dah berlaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience