TASJ 15

Romance Series 18102

Isi kandungan fail yang berada di atas meja diselaknya sekali imbas. Selesai satu fail dibelek, dia mengambil fail lain. Disepak-selak tidak berminat kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat. Setiap butiran yang dibaca sama sekali tidak diingati. Hatinya gusar. Perasaannya gundah sentiasa.

Semalam,, dia baru sahaja selesai berbincang dengan Zayden tentang projek Blue Lagoon. Pembinaan lot-lot kedai di taman itu sudahpun mencapai tahap 40 peratus siap. Mereka mulai sibuk menyediakan kertas kerja berkenaan penjualan lot-lot tersebut. Selain itu mereka juga berbincang tentang langkah dan penetapan harga jualan yang sesuai dengan harga pasaran terkini.

"You tolong siapkan draf advertisement tu. Lepas tu hantarkan dekat PrintBanner untuk print out semua draft tu. Kalau boleh nak siap hari ni ya. Esok I nak check semua report after print Dan hany dihantar untuk attestations by board of directors. Satu Lagi taip report dan hantar pada saya. "

Terpinga-pinga Eira dengan segala arahan yang diberikan Zayden pagi semalam. Tiga tugas sekali lump sum dalam satu hari untuk diselesaikan. Sempat ke dia selesaikan semua tu?

"NingNing tak ada ke? Kenapa I yang kena siapkan semua tu? I sendiri pun ada kerja yang nak dibuat. Lagipun kerja siapkan laporan ni bukan tugas I." bantah Eira. Kalau dia tak sibuk tak apa juga. Ini tidak, kerjanya bertimbun dalam pejabatnya itu. Nak menghadap kerja yang bukan tanggungjawab dia lagi memang tak terbuat la kerja-kerjanya itu nanti.

"NingNing sibuk hari ni, I dah suruh dia siapkan separuh. Cuma yang ni aje yang NingNing tak dapat nak cover. I rasa you boleh siapkan sendiri."

Serta merta Eira mengerling ke arah NingNing. Gadis itu sedang membuat kerja sambil berbual-bual dengan dua orang lagi staf di mejanya. Gaya seperti orang tidak sibuk pun.

"Kalau macam tu biar I sendiri yang cakap dengan NingNing atau Andrea aje nanti."ujar Eira cuba menyibukkan diri.

"I nak you yang buat kerja tu. Bukan NingNing bukan Andrea."

Eira terkedu.

"It's urgent. Jadi siapkan jugak hari ni." tegas Zayden dn beredar pergi dari situ dengan riak serius.

Memang sepanjang hari itu Eira terperuk di dalam pejabat menghabiskan Kerja-kerja yang diberikan. Langsung tidak ada masa hendak memejam kan mata apalagi berehat. Kemudian bila tidak habis, dia terpaksa membawa kerjanya balik ke rumah. Disiapkan di rumah jugak. Tepat jam 2 pagi barulah Eira dapat tidur. Itupun tidurnya tidak nyenyak.

Tambahan pula fikirannya asyik dihantui dengan persoalan mengapa Zayden tidak bersikap seperti kebiasaannya. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibir itu dan gurauan mesra lelaki itu untuknya. Lelaki itu sepertinya mahu membencikan dia. Takkan la hanya kerana dia perempuan di kafe hari tu?

Eira sedar dirinya sudah diibaratkan seteru lelaki itu. Pasti Zayden mula tidak menyukai ya setelah mengetahui hal sebenar yang Eira cuba sembunyikan. Masih segar di ingatannya pada malam kelmarin. Zayden membentak dia. Sehingga ke hari ini dia masih ingat akan suara lantang menakutkan itu.

"ZAYDEN, I boleh jelaskan dekat you-" Eira terngiang-ngiang semula perbualannya bersama Zayden.

Zayden betul-betul terkejut setelah mengetahui bahawa Eira adalah perempuan yang menyebabkan keretakan hubungannya dengan Elena. Perubahan air muka Zayden benar-benar merisaukan. Tika itu suasana sekeliling malam terasa dingin semacam. Bagaikan mengerti perasaan Eira. Pada awal dia memang mahu menceritakan hal sebenar kepada Zayden yang dia salah faham, sekali tu Zayden yang terlebih dahulu telah mendapat tahu lebih awal.

"You tipu I, Eira."agak lama mendiam Zayden akhirnya bersuara. Ucapannya itu cukup tajam menusuk ke kalbu Eira. Adakah Zayden juga akan membencikan dirinya seperti mana Hannah lakukan?

" I percayakan you . I anggap you kawan yang I boleh kongsikan semua cerita tapi you..you sanggup ya tipu I?"

"Tak Zayden, I memang salah orang."

"Alasan tu dah tak guna Eira. Apa yang I harapkan you jujur. I tak kisah kalau you salah orang ke salah faham ke. Yang masalahnya sekarang You tak mengaku yang You dan buatkan Elena bencikan I. I rasa you dah kenal siapa I masa Aeron kenalkan kita berdua kan? "

Eira terdiam. Dia mengaku yang dia salah. Dia faham sekiranya Zayden memarahi dirinya kerana keputusan salahnya itu.

"Jadi sebab itu la you nampak takut bila first time kita berjumpa hari tu. Sebab masa tu jugak You larikan diri sejak kita bertemu dalam bilik Aeron."tambah Zayden lagi.

"Zayden, I minta maaf."

"Seriously?Maaf?"

"I tak berniat nak tipu you... I-"

"Senang aje kan you cakap. Minta maaf. You ingat dengan maaf you tu boleh pulihkan semula keadaan ke? You ingat I nak maafkan you!?"

Eira menunduk. Ucapan Zayden menyebabkan hatinya terguris. Memang dia bersalah pada Zayden, maka Zayden berhak memarahinya.

"I takkan maafkan you selagi you tak pulihkan semula keadaan jadi sedia kala. I tak peduli apa you nak buat asalkan hubungan I dengan Elena berbaik semula macam dulu."

Zayden terus berlalu meninggalkan Eira yang benar-benar terkilan. Sehingga la ke hari ini Zayden tidak lagi berbual-bual dengannya. Setiap kali mereka terserempak Zayden hanya buat tidak endah dengan kehadirannya. Memandang sebelah mata pun tidak. Sedih Eira mengenangkan perkara itu.

RASA NGILU yang berdenyut-denyut sakit di pangkal dahi membuatkan Eira kembali ke dunia nyata. Jari runcing ya terus memikat lembut bahagian yang sakit. Dia juga dapat merasakan kehangatan luar biasa di tubuhnya.

Demam ke dia ni?Detik hatinya.

Baru sahaja dia mahu merehatkan kepalanya di bahu kerusi bunyi telefon berdering menghentikan dia.

"Hello?"

"Eira, you dah siapkan belum kerja yang I bagi dekat you tu?" nada suara Zayden kedengaran melenting.

"Dah."Eira menjawab sambil mengerling akan tumpukan kertas setebal kamu Oxford yang telah selesai dicetak. Kerja tersebut baru pagi tadi Zayden berikan kepada dia. Sedangkan penat semalam masih tersisa, Eira di bebankan dengan tugas baru. Hai apalah nasib.

"Hantar dekat bilik sekarang. Lepas tu ada lagi kerja yang I nak you settle kan petang nanti."

Demi mendengarkan kata-kata Zayden itu, Eira terasa semakin menjadi-jadi sakit di kepalanya tika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience