Tepat jam lapan malam seperti yang telah diberitahu, malam esoknya Zayden sudah menunggu Eira di dalam kereta hadapan pintu pagar rumah gadis itu. Eira hanya mengenakan kemeja lengan pendek tuck in dalam high waist Jean menampakkan bentuk kakinya yang panjang.
Zayden di dalam kereta perhatikan langkah anggun wanita itu di seat pemandu dengan renungan ternanti-nanti. Disebabkan keadaan gelap, mungkin Eira tidak perasan akan dirinya perhatikan gadis itu. Terbit satu perasaan yang tidak asing pernah dia rasakan.
Pada masa pintu kereta terbuka, suara Eira turut kedengaran. "Sorry Kak Angela, tadi tertidur sampai tak ingat. Nasib baik mommy-" Kata-kata Eira mati di situ. Dia terkejut melihat Zayden yang berada di tempat duduk pemandu sebaik dia tunduk ke dalam kereta Angela itu. "Err.. You ke Zayden?" lelaki itu nampak kemas dengan kemeja lengan pendek hitam serta jeans hanya tersenyum. Masakan tidak, kebetulannya mereka berdua mengenakan pakaian sedondon warna dan stail.
"Yup, sorry jugak sebab Angela tak dapat nak temankan you malam ni. So dia hantar I sebagai wakilnya."
"Huh?You?"Eira terkebil-kebil.
"What's wrong with me? Tak suka ke I yang temankan you?"
Eira diam. Zayden tersengih dan terus memandu tanpa memberi sebarang penjelasan kepada gadis itu kenapa Angela tidak dapat pergi. Sepanjang pemanduan itu Eira hanya membisu. Di dalam kepalanya asyik terngiang-ngiang akan bentakan Zayden selama.
Zayden di sebelah mendiam untuk seketika sebelum mencuri kerling ke sampingnya beberapa kali. "You marah dekat I lagi ke?"tanya dia selepas menyedari Eira sepertinya tidak selesa dengannya sejak masuk kereta tadi.
"Tak ada la. Okay je."jawab Eira pendek sambil melihat keluar kereta.
Jawapan itu buatkan Zayden untuk tidak memanjangkan perbualannya.
Mereka terus membisu sepanjang perjalanan itu.
DEWAN PERSEMBAHAN sudah dipenuhi oleh penonton semasa Zayden dan Eira tiba di disitu. Kebanyakan kerusi sudah dipenuhi dengan orang ramai. Hanya berbaki beberapa minit sahaja sebelum persembahan dimulakan.
Zayden membantu Eira melalui lorong kecil barisan kerusi di situ supaya tidak tersandung memandangkan ada penonton lain yang sudah duduk sebelum mereka.
Duduk sahaja Eira di situ, dia menyelesaikan diri sementara Zayden ambil tempat di sebelahnya. Seusai mereka duduk di situ, Eira hanya menyibukkan diri dengan membaca butiran dalam pamplet yang diedarkan oleh staf tadi.
Kebisuan Eira itu membuatkan Zayden berasa tidak senang duduk. Ianya seakan ada yang tertinggal apabila Eira berkelakuan seperti itu padanya.
"You marah dekat I pasal semalam tu kan?" soalnya memandang ke tengah pentas.
Eira berpaling ke sisi. Memandang tepi wajah tampan itu, memangnya kalau dia marah pada Zayden kenapa lelaki ini kisah tentangnya? Lagipun tiada sebab untuk dia terasa hati dengan Zayden.
Terkejut tu ya, tapi marah tu tidak. Sebab bukan itu isunya sekarang ini. Eira lebih fokus tentang apa yang sebenarnya berlaku di antara daddynya dan wanita misteri itu. Sehingga sekarang dia tidak habis fikir. Hatinya tidak tenang dan gelisah sepanjang masa.
"I tahu I tak sepatutnya tinggikan suara dekat you macam tu. I cuma"-"
" Kan I kata, tak ada."
" Dah kenapa you diam aje sejak tadi?"
"Aik, takkan la nak suruh I bercakap aje? Nanti you jugak yang fed up."
"Iya la tu."
"Betul. I tak marahkan you. I cuma nak senyap aje."
Mereka mendiam seketika namun tidak lama kemudian, Zayden memusing kan badan menghadap Eira. Riak wajahnya seperti kekesalan.
"Memangnya kenapa dengan you? Kenapa you suka sangat main lintas aje jalan? Tak boleh ke pandang-pandang dulu sebelum melintas tu?" sindir Zayden.
"Apa maksud you?" berkerut kening Eira.
"Tak adalah. Masa tu pun sama jugak. Masa I hampir langgar you. You pun main lintas aje jalan. Mujur la I tak langgar you."sengih Zayden yang teringatkan akan peristiwa tidak lama hari itu.
Eira berkerut fikir. "Bila masanya pulak?"
Tidak mahu menjelaskan ya, Zayden menjungkit bahu tanda tidak tahu. Difikirkannya terimbas akan peristiwa dimana seorang gadis cantik sedang berdiri di hadapan keretanya yang sedang meluncur laju sambil bersilang tangan ke dada. Wajah cemberut Eira ketika benar-benar buatkan dia tertarik untuk beberapa saat. Namun suara Elena yang memekik buatkan dia ambil keputusan untuk memandu pergi dari situ dengan segera.
"Ah..ya tak ya. Baru I teringat. You la lelaki yang jerit dekat I dengan bahasa kasar you tu kan?"
Giliran Zayden pula yang berkerut kening. "Hah? I jerit dekat You? Bila? Apa yang I jeritkan dekat you?"
"Dah hilang akal sangat agaknya!" ajuk Eira siap dengan gayanya.
Zayden terus tertawa. Dia teringat semula kejadian itu. "Iya ke I cakap macam tu?"
Eira mengangguk. "Geramnya I masa tu. Kalau I kenal you masa tu-"
"Kenapa? Apa yang you nak buat?" Zayden menarik sengih meleret sakatnya.
Eira tidak menjawab. Dia sekadar membalas senyuman Zayden yang sesekali mengerling ke arahnya. Mereka terus menumpukan perhatian pada persembahan teater.
Share this novel
teruskan ye tinta,kami tunggu tak kisah brp lama yg penting cerita still sambung?
jgn stop..teruskan saja..semua karya tinta terbaik..
teruskn please.. srnok sgt bca9