TASJ 41

Romance Series 41308

"Hai, boleh join?" satu suara asing tiba-tiba menyampuk. Membuatkan Eira dan Aeron serentak menoleh.

Seorang jejaka yang tidak dikenali berdiri di hadapan mereka. Seorang lelaki berkulit sawo matang. Rambutnya pendek kemas beralun. Eira kehairanan sendiri siapakah lelaki itu. Tapi adalah juga dia perasan akan kehadiran lelaki ini di dalam dewan tadi. Pandangan yang terarah padanya sejak tadi buatkan Eira panas punggung tidak semena.

"Sure, why not." Aeron mempelawa.

Elaki itu terus menghampiri. Tanpa di suruh dia duduk di samping Eira yang kebingungan.

"Kenalkan ini Brian. Sepupu I. Brian kenalkan ini Eira. Jiran sebelah rumah dan rakan sekerja aku."Aeron memperkenalkan mereka berdua.

Tanda tanya Eira akhirnya terjawab. Patutlah lelaki ni nampak sibuk aje ke hulu hilir. Sepupu Aeron dan Zayden rupanya.

"Hi, gembira dapat jumpa awak."Brian menghulurkan tangan untuk berjabat.

Eira menyambut tangan itu. Sekuntum senyuman terukir di bibir tanda sapaan."Saya pun."lepas sahaja dia menuturkan ucapan itu, kepalanya terlentok sedikit kerana tersedar akan sesuatu. Kenapa muka Brian ni familiar? Mereka pernah berjumpa ke?

"You ni friendly la. Selesa buat kawan. Beruntung I dapat kenal dengan you."komen Brian itu membuatkan Eira menoleh ke sebelahnya.

"Mana ada. Tak ada la peramah sangat. Kalau I rasa selesa dengan orang tu, I okay je.

Brian dilihat melontar pandangan ke arah pemandangan taman di laman dewan itu. Eira pun apalagi, dia sama-sama ikut memandang ke arah tersebut.

Waktu itu Aeron sudahpun beransur masuk ke dalam dewan selepas dipanggil parents lelaki itu. Katanya ada kerja yang perlu di buat. Hairan pulak Eira memerhatikan sikap Aeron tu. Sekejap Frust menonggeng fikirkan Hannah. Tiba-tiba kembali ceria seperti sediakala pulak.

"Memangnya dah lama ke you berkawan dengan Aeron?"Brian masih cuba hendak berbual dengan Eira. Sejak tadi Eira nampaknya senang mendiamkan diri.

"Tak ada la lama mana. 5 tahun macam tu."

Eira mengangkat kepala. Brian yang memerhati terpikat dengan tingkah laku Eira yang sopan santun. Terasa seperti pernah dilihat gadis itu. Tetapi tidak ingat pula di mana dan bila.

"Lima tahun? Lama la jugak tu. So you kerja dengan Aeron dekat company yang sama la ya?"

Eira mengangguk.

"Daddy I dengan Papa Aeron kawan baik sejak mereka muda lagi. Jadi secara automatik I dengan Aeron berkawan."

"Oh...i dengar jugak. Yang daddy you dengan uncle I berjumpa berkaitan dengan peristiwa lepas."

Eira hanya mampu mengetap garis nipis di bibir. Mendengar perkataan 'daddy' itu buatkan hatinya tertampar rasa kesal.

HAMLIR SEPANJANG HARI Eira menghabiskan masanya di dalam majlis pertunangan Angela. Membantu apa yang patut selama majlis berlangsung. Setelah beberapa jam, akhirnya selesai juga majlis tersebut. Kebanyakan para tetamu sudahpun beransur pulih. Yang tersisa hanya ahli kaum kerabat terdekat yang masih berbual-bual. Tuan Musa dan Tuan Dennis turut ada bersama.

Eira hanya buat-buat tidak perasan setiap kali daddynya cuba memandang atau mencari perhatiannya. Dia enggan mengambil peduli. Hatinya sudah pecah berderai dalam diam. Biarlah apa yang dia tahu tersimpan rapi dalam hatinya. Selagi mommynya masih sihat, sebaik mungkin Eira mahu melihat mommynya gembira. Cukuplah hanya dia seorang sahaja yang tahu tentang hal sebenar.

"Kalau dah penat balik la awal. Dari tadi aunt tengok kamu dah terkedip-kedip mengantuk macam tu." tegur mama kepada Angela.

"Mana Kak Angela?"tanya Eira.

Eira hanya ternampak Angela semasa majlis menyarung cincin beangsung. Setelah itu, Angela sudah sibuk dengan para tetamu yang hadir. Sementara Eira sibuk dengan Aeron dan Brian di pondok gazebo tadi. Kalau dia tidak minta diri untuk masuk, mungkin sampai ke sudah Brian tidak berhenti dari merenung dia. Buat dia panik aje.

Memikirkan lelaki itu, Eira menjadi tidak sedap hati. Baru dia tersedar mengenai pertembungan dia dengan Elena bersama lelaki itu tidak lama hari tu. Dia yakin memang Brian lelaki sama yang bersama dengan Elena.

"Angela ada dengan Uncle Dennis."

"Kalau macam tu kami nak minta diri dulu la ya...nanti makan dulu sebelum balik ya Meen." Puan Amber beritahu.

"Okay mommy." sambut Eira.

Sempat Mama Angela mengerling ke Puan Amber yang tersenyum. Sememangnya dia begitu menyenangi kehadiran Eira. Gadis itu membesar di hadapan matanya. Kasih sayangnya sama rata dengan anak-anaknya dengan Eira. Lagipun dia pernah hampir kehilangan dua orang anak dalam sekelip mata. Hanya kepada Eira dia dapat melepaskan rindu tatkala Angela balik ke universiti.

Tetapi kini Eira sudahpun jarang ke situ. Mungkin kerana menyedari Aeron dan Zayden sudahpun pulang ke rumah mereka. Kan bagus sekiranya Eira dapat menjadi sebahagian dari ahli keluarganya. Detik hatinya tidak semena.

"Kalau kamu nak makan, ajak Zayden sekali nanti Meen. Mommy rasa dia belum makan lagi." beritahu Puan Amber.

Mama Angela yang baru tersedar dari Menungnya sekadar memandang ke arah Eira. "Ya tak ya kan, Meen tak nampak pulak Zayden dari tadi. Mana Zayden?" tanya Eira sambil memandang Mama Angela.

Wanita yang sedang termenung tadi hanya mendiamkan diri. "Tadi ada la nampak. Lepas tu hilang terus. Sampai sekarang tak nampak. Aeron pun sama. Sekejap nampak. Sekejap tak ada."

Eira terdiam seketika. Dah kenapa pula dua orang tu? Ada masalah lagi ke? Teringat tak memasal akan perbualannya dengan Zayden beberapa hari sebelum ni. Takkan la lelaki tu nak terasa hati dengan dia lagi?

Mama Angela sempat mengerling ke arah Eira yang sedang mendiam. Hatinya tiba-tiba diserbu sesuatu. Serentak dia terpandang kan Puan Amber yang pada masa yang sama sedang memandang ke arahnya. Masing-masing mengunci kan bibir sambil memandang Eira.

Share this novel

mama lieza
2024-12-23 10:33:04 

ala...sikitnya update this chapter...next please...


NovelPlus Premium

The best ads free experience