Eira mulai tertanya-tanya. Apakah tujuan Zayden ingin bertemu dengannya? Mesyuarat belum tamat, bagaimana pula Zayden menyusup keluar dari bilik mesyuarat dan kini berada di pejabatnya?
Perlahan-lahan Eira bangun dan berjalan ke arah rak yang menempatkan pelbagai fail dan dokumen syarikat yang berkaitan dengan projek serta maklumat klien yang pernah mengikat agreement dengan mereka. Dicapainya satu dan di lihat. Entah apa yang dia sedang carikan pada masa itu Eira tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia enggan duduk dan memandang Zayden membuatkan lelaki itu menyedari keresahan yang melanda dirinya.
Secara tiba-tiba satu keluhan kedengaran datang dari arah belakang. Eira kejung. Dia belum bersedia hendak berhadapan dengan lelaki itu.
"I nak tahu, apa pe-"
Fail di tangan Eira terjatuh ke lantai. Eira melompat terkejut. Kata-kata Zayden ikut mati di situ. Cepat-cepat Eira mencapai fail itu semula. Suasana menjadi hening untuk seketika. Eira masih berdiri membelakangi Zayden. Gelisah dia menunggu Zayden menghabiskan kata-katanya yang tidak sempat dihabiskan.
"Apa yang you nak cakap tadi? Kalau you nak bincang hal penting, baik You beritahu I terus. I ada banyak benda nak buat sekarang ni."Eira sengaja buat-buat sibuk.
Zayden sudah berdiri tegak di hadapan meja. Eira sedikit terperanjat tetapi masih dikawal.
"Habis tu bila lagi nak bincang? You ada waktu lain ke yang boleh kita gunakan untuk bincang hal yang bukan melibatkan hal kerja?"Zayden cepat-cepat membalas.
Eira terdiam. Dia menatap tepat ke dasar wajah lelaki itu. Serius. Bilik yang sedia dingin itu terasa hangat dan berbahang tidak semena. Eira perhatikan Zayden menarik kerusi di hadapannya lalu duduk tanpa menunggu di pelawa.
"Tak kira. I tetap nak discuss dengan you sekarang jugak. Sama ada you busy atau tak." tegas Zayden.
"Tapi I betul-betul sibuk."
"Ya la sibuk. Sibuk yang dibuat-buat."
Kening Eira mencerlung. Dah kenapa? Zayden ni seakan akan mahu mencari gaduh dengannya. Eira mulai kejengkelan.
"Mana ada I saja-saja sibuk."
"Tak?kalau tak sibuk kenapa sampai pegang fail pun terbalik?"
Eira tunduk memandang fail di tangan serta merta. Alamak! Memang terbalik la. Wajahnya terus meronda merah kerana malu.
"Tak bermakna yang I tak sibuk. Kan tadi fail ni jatuh."jawab Eira tanpa menghiraukan Zayden yang sedang tersengih di hadapannya.
"Jangan nak tipu. I tahu you cuba mengelak dari I."Zayden terus bersandar ke belakang. Tangannya bersilang di dada.
"You jangan nak buat anggapan sendiri ya. Dah kenapa pulak I nak buat macam tu?" Eira pura-pura ketawa. Selebihnya dia semakin gelisah. Jantung di dalam dada bergendang bagai nak gila.Perutnya pula memulas aneh.
"Kalau macam tu pandang I sekarang."pinta Zayden. Tiba-tiba dia jadi marah dengan reaksi Eira.
Namun Eira hanya kaku di situ. Matanya tidak beralih dari melihat fail.
"Eira Jasmeen, I said look at me now!" bentak Zayden.
Tersentak kerananya, Eira menggigit bawah bibir sambil memejamkan mata sebelum berpusing ke arah Zayden. Tatkala matanya dibuka, mereka terus bertentang mata. Ada rasa yang berbungkal di dalam dada. Lama mereka begitu tanpa mengatakan apa-apa.
Namun Eira yang terlebih dahulu mengalihkan pandangan ke arah lain.
"I nak tahu apa jawapan you." tanpa apa-apa usul, Zayden dengan tiba-tiba mengajukan pertanyaan itu.
Eira jadi pelik. Dia pandang hairan ke Zayden dengan reaksi ingin tahu dengan kenyataan Zayden sebentar tadi. Soalan pun tak di tanya. Jawapan apa pulak tiba-tiba ni?
" I nak tahu kenapa dengan you lately ni?" Zayden akhirnya menyatakan apa yang tersimpan di dalam benaknya.
Riak Eira nampak bersahaja. Tetapi jauh di sudut mata gadis itu, Zayden dapat merasai ada sesuatu yang Eira sembunyikan. Tingkah laku, nada suara dan riak renung Eira memang jelas gadis itu sedang mengelak diri darinya. Ingat dia ni dungu sangat ke sampai tak boleh nak perasan?
"Apa maksud you? I okay je. Mana ada apa-apa."
"You tak payah nak mengelak lagi. I tahu you pun rasa perasaan yang sama macam apa yang I rasakan sekarang ni. I rasa you sendiri boleh tahu apa yang I nak dari you tanpa tunggu I beritahu sendiri."
Sesak nafas Eira sehingga dia kehilangan kata-kata. Rasa seperti tercekik pun ada. Hendak menelan air liur pun rasa tersekat.
" Jawab la, kenapa diam? "kata-kata itu disertai dengan tumbukan kuat di meja Eira.
Melompat terkejut gadis itu. Nafas Zayden sudah mula naik turun.
"Yang you ni dah kenapa, kalau kut ya pun cakap tu cakap aje la. Tak payah nak pukul meja bagai."kekesalan dengan sikap Zayden, Dihya bergerak keluar dari meja itu.
"You nak ke mana, I belum habis cakap dengan You lagi."Zayden ikut bangun dari situ. Dia berpusing ke arah sama dimana Eira berlalu.
"Nak cakap apa lagi?"Eira berpusing semula ke Zayden. Yang mana hanya buatkan lelaki itu menghampirinya lalu berdiri rapat di hadapannya ketika itu.
Zayden berdiri melangit di hadapan Eira. Dia tunduk memandang wajah yang sedang berkerut kening kepadanya bersama dada berombak menahan sabar. Kenapa Eira berdegil hendak menafikan apa yang dia maksudkan tadi? Susah sangat ke nak jawab terus terang.
"I tengah tanya tentang sikap You. You acting up sepanjang masa ni sebab you rasa apa yang I rasakan jugak kan. Jujur dengan I."
"Semuanya tak ada kena mengena dengan You. Sikap I suka hati I la nak macam mana kan..."
"Betul ni?"
Eira diam. Tidak dapat memberikan jawapan untuk itu. Yalah, nak jawab macam mana lagi kalau dia sendiri pun tak tahu dah kenapa dengan dirinya ini. Dia sendiri bingung.
"Dah.I taknak cakap apa-apalagi. I nak siapkan kerja I."setelah agak lama mendiam Eira akhirnya bersuara. Dia dah berserah. Peduli la situ.
"I sayangkan you, Eira."
Eira kaku memandang Zayden di situ.
Perlahan-lahan Zayden mencengkam belakang siku kanan Eira lalu berkata. "I dah jatuh cinta dekat you. I tak tahu bila dan macam mana. Apa yang I tahu, I dah mula sayangkan you."
"Apa yang you cakapkan ni?"
"Ya Eira. You tak salah dengar. I sayangkan you." semakin laju ayat itu keluar dari bibir Zayden. Sesak nafas Eira semakin memuncak.
"Dah cukup. I taknak dengar apa-apa lagi. Keluar dari sini sekarang." tegas Eira.
"Eira..."
Eira menekup kedua belah telinga lalu bergerak ke tepi Zayden dan mendekati ke arah pintu dengan rasa yang berkecamuk. Dia benar-benar tidak percaya apa yang baru dia dengarkan tadi. Macam tu aje Zayden luahkan perasaan kepadanya. Senang sangat ke jatuh cinta kepadanya? Zayden baru sahaja berpisah dengan Elena dan lelaki itu sudah berani meluahkan perasaan suka kepadanya?
"No! I takkan keluar dari sini sampai I tak dengar apa-apa dari you."
"Zayden, please. Bukan sekarang. Keluar I cakap." Eira membuka pintunya. Memberi isyarat kepada Zayden agar keluar dari situ.
"Eira, you tak boleh buat I macam ni."
"I beg you. Please leave me alone. Just get out."kali ini Eira pula yang bertegas dengan keras.
Sini dah main lead dah confess... Novel bawah bila main lead nak confess pulak?
Share this novel