Hari berganti minggu. Minggu bertukar bulan. Sekelip mata sahaja masa berlalu begitu sahaja seperti angin lalu. Peristiwa di kafe tempoh hari telah hampir dilupakan. Eira telah berserah dengan pertembungan itu. Eira juga sudah akur dengan nekad Zayden yang cuba membicarakan tentang kisah hidupnya. Bukannya dia tidak mahu bercerita, cuma Eira merasakan tiada kepentingan untuk Zayden tahu.
Namun begitu hubungan Eira bersama Zayden terus berjalan lancar. Lelaki itu kerap menghabiskan masa bersama Eira di pejabat. Eira senang, Zayden apatah lagi. Malah semenjak dua menjak ini kehidupan harian Zayden diseeika dengan kebahagiaan yang tersendiri. Kehadiran Eira di sampingnya membuatkan Zayden gembira. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Elena lenyap tidak berjejak tanpa sedarnya. Sampaikan Zayden terlupa terus akan gadis itu. Bukannya dia tidak setia, tetapi dia sudah bosan hendak menunggu sesuatu yang dia sendiri tidak pasti akan menjadi miliknya atau tidak.
Biarlah Elena dengan dunia gadis itu sekiranya itu buatkan Elena mahukan dan buatkan gadis itu bahagia. Zayden enggan lagi terus berharap. Sekiranya Elena masih mahu memberinya peluang untuk meneruskan perhubungan mereka pun, Zayden mungkin akan pertimbangkan ya semula kerana kasih dan cintanya untuk gadis itu masih tersisa. Cuma hanya akan tergantung tanpa jawapan.
Semalam sewaktu berbual dengan keluarganya Aneglea ada menyatakan yang kekasih kakak sulungnya sudah mengusulkan perkahwinan pada Angela. Yang mana Angela telahpun menerima lamaran itu.
Zayden tersenyum. Dia senang mendengar berita itu. Melihat kakaknya bahagia, Zayden ikut tumpat bahagia. Apatah lagi apabila pada masa yang sama Aeron turut menyatakan Hasrat yang sama untuk melamar Hannah sebagai isteri tidak lama lagi. Semua berita itu disambut dengan gembira.
"Kau bila lagi Zayn?" soalan mamanya menyentak perhatiannya dari berbual dengan Kakaknya.
Tiga pasang mata terarah padanya. Aeron, Angela dan mamanya. Ayahnya tiada. Entah ke mana. Dia tidak susahkan diri untuk ambil tahu.
Zayden hanya menarik senyuman nipis di bibir." Belum lagi la. Biar la Angela dengan Aeron yang lepas dulu. Zayn belum terfikir pasal kahwin ni.."bersahaja jawapan yang di balas.
"Kau dengan Elena macam mana? Takkan macam tu aje?"Angela mencelah.
Zayden mengerling ke kakaknya tidak selesa. Entah kenapa dia berasa trigger setiap kali nama Elena di ungkit. Bukan kerana tidak suka, tetapi bagi Zayden Elena itu sudah menjadi kenangan buat dia. Untuk apa lagi dia fikirkan soal gadis itu lagi.
"Kemudian aje la kita bincang pasal ni. Kau dengan Aeron nak kahwin ke nak tunang ke takkan la nak tunggu aku jugak?"
Angela menjeling tajam. Mamanya dan Aeron sudah ketawa. Pada masa itu di benak Zayden bermain satu wajah. Wajah yang sedang tersenyum. Terdetik muncul tanpa dia minta. Keadaan itu buatkan dada Zayden sesak. Dia hairan kenapa wajah gadis itu pula yang bermain dalam fikirannya sejak semalam sehingga ke hari ini pun sama juga. Senyuman di raut wajah gadis itu buatkan dadanya berbunga suka. Seakan terbuai dek kerananya. Kenapa dia berasa begini? Soal Zayden sendiri.
ZAYDEN MELEPASKAN HELA NAFAS Panjang. Tersedar dari menungnya. Dia melemparkan pandangan ke arah cermin kaca pejabat di sebelah pintu. Cermin yang di bahagian luar di tinted hitam membolehkan Zayden memerhatikan para pekerjanya yang sibuk menghadap kerja masing-masing.
Lantas matanya tertancap pada kelibat kurus Eira yang sedang berborak dengan Andrea. Ada masanya dia melihat gadis itu tersenyum. Lalu muncul seorang lagi staf wanita mencelah perbualan mereka. Ketawa Eira semakin galak. Ceria sungguh. Kemudian Dante pula turut sama dalam perbualan itu. Kadang-kadang timbul rasa cemburu tatkala melihat Eira berbual dengan Dante. Gadis itu terlalu ramah dan mudah rapat dengan riang. Sesungguhnya Eira bukan sahaja di gemar oleh para pekerja malah menarik perhati sesiapa saja yang menemuinya.
Zayden bersandar dan bagai memikirkan sesuatu. Dia termenung memikirkan perasaan asing yang saban hari mulai menghurung perasaannya. Persoalan demi persoalan timbul tetapi tiada jawapan untuk menghilangkan rasa tidak tenangnya ini.
Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran.
"Hey, ganggu ke?" Eira yang tiba-tiba menjenguk di muka pintu. Menyentak Zayden dari menungnya.
Lelaki itu terus duduk tegak dan mengalihkan pandangan ke arah muka pintu kelihatan Eira tersenyum di situ.
"Lama dah I ketuk pintu You. Kenapa you tak menyahut?"
Zayden terdiam seketika. Cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tidak mahu Eira perasan dengan perubahan tingkah dia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Terutama sekali sekiranya Eira tahu semua itu berpunca daripada Eira.
"You menuangkan apa? Ingat kat I ke?" sakat Eira sambil jalan mendekati meja Zayden.
Zayden tertawa kecil. "Macam tahu-tahu je."
"Hah?Betul ke?" membulat mata Eira memandang Zayden.
"Habis la rahsia I." ujar Zayden. Debaran di dada kian berombak laju. Namun disembunyikan dengan lagak tenang bersahajanya.
Eira ketawa.
"Kalau betul pun apa salahnya kan?"tambah Zayden.
"Untung la I kalau ada ya gering at. Siapa aje yang baik sangat tu sampai nak ingat I kan?" balas Eira dengan senyuman nipis di bibir. Gadis itu duduk di hadapan Zayden tanpa tunggu di pelawa.
Kemesraan yang terjalan saban hari membuatkan mereka selesa di antara satu sama Lin. Walaupun ada masanya Eira gelisah dengan tatapan dalam Zayden, dia cepat-cepat menepis perasaannya. Masakan Zayden hendak tertarik padanya sedangkan lelaki itu sudahpun mempunyai kekasih.
"Ada apa you cari I ni?"
"You taknak lunch ke? Ramai dah keluar. Aeron ada appointment dekat luar."kata Eid sambil melihat-lihat fail yang ada di atas meja Zayden.
"You dah makan belum?" tanya Zayden pula.
Eira menggeleng.
"Kalau you taknak lunch, I pun taknak lunch la kalau macam tu."jawab Zayden selamba.
Berkerut kening Eira pun begitu, kerutan itu tidak mengeruhkan raut wajah Eira yang memikat. Hari ini Eira kelihatan anggun dengan solekan yang nipis. Dengan calitan gincu berwarna brandy rum dan secalit lip gloss yang menarik. Keadaan itu membuatkan Zayden ralit menilik wajah cantik itu.
"Kenapa you nak ikut I pulak? Perut orang lapar mana boleh ikut perut orang yang tak lapar."
"I tak cakap pun lapar."ujar Zayden lagi. Masih bersahaja.
Eira terus tersenyum. Lesung pipit ya terlekuk di pipi kanan. Mata Zayden mengamatinya dengan dalam.
"Lagipun kejap lagi I nak balik dah pun."terang gadis itu pula.
"Awalnya?Ada apa?"
"Nak hantar mommy pergi check up. Ada follow up check up Dengan doktor.Nak suruh pergi sendiri tak sampai hati pulak."
"Daddy you tak ada ke?"
Keruh serta merta riak wajahEir
"Setahu I Uncle Musa tak sibuk hari ni. Tak boleh ke daddy you yang hantarkan?"
"Tak apa. I boleh uruskan hal Mommy sendiri."
"Eira, jangan campur urusan peribadi dengan urusan kerja. I tak suka."
"Kalau macam tu I pun harap you tak cuba masuk campur urusan peribadi I." Eira bangun. Wajahnya tidak lagi ceria seperti tadi.
"Eira."panggil Zayden.
Eira berhenti di situ.
"Business is business. Personal is personal. You sendiri tahu tu kan?" Zayden mendekati Eira. Tidak mahu Eira pergi dari situ dengan perasaan tidak tenteram.
"Jadi berhenti sibuk tentang hal I."
"I cuma risaukan you."
Eira menatap wajah Zayden. Tidak tersenyum. Kening mencerlung . Sejak akhir ini pantang sungguh dia setiap kali daddynya di ungkit. Buat panas hati aje mendengarnya.
"I taknak you bertindak melulu. Tu aje."
Eira mendiam.
"You nak I tolong ke? I boleh hantarkan mommy you pergi hospital. Kita pergi sama-sama."
"It's okay. I boleh pergi sendiri. Thanks. I pergi dulu."
Zayden mengalah pada akhirnya. Dia memerhatikan Eira melangkah keluar.. Tiada senyuman yang terukir di bibir gadis itu. Yang mana membuatkan Zayden mengeluh panjang.
Share this novel