TASJ 11

Romance Series 41308

"Kau okey tak hari ni?"tanya Tuan Musa sambil memerhati raut wajah Tuan Dennis agak lama. Semenjak kebelakangan ini, mereka tidak sempat berbual panjang dek tuntutan kerja dan urusan masing-masing. Kebetulan hari ini mereka bertemu untuk berbincang serba sedikit tentang perkembangan syarikat.

"So far so good. Cuma hari ni aku pening sikit. Oh ya, isteri kau macam mana?Doktor cakap apa-apa tentang sakitnya tu?"soal Tuan Dennis.

"Macam tu la. Aku cuma mampu berharap semuanya baik-baik aje dan berusaha apa yang patut."Tuan Musa beritahu dengan kelihan kecil kerana mengenang akan isterinya.

Tuan Dennis terangguk-angguk. Faham sangat akan maksud kata-kata Tuan Musa itu. Bukannnya dia tidak tahu tentang penyakit yang pernah dihidapi oleh Puan Amber. Ada masanya dia bersimpati pada sahabatnya yang bersusah payah mencari cara untuk menyembuhkan sakit Puan Amber.

"Oh ya, sebelum-sebelum ni aku ada bertembung dengan kawan lama aku. Aku ingat nak jadikan dia sebagai doktor peribadi Amber. Tapi aku belum discuss dengan anak dan isteri aku lagi. Ranya mereka takkan kisah sebab yalah. Tak adalah Amber perlu ke hulu dan hilir untuk check up setiap minggu semata untuk rawatan yang ringkas. Biar aje doktor yang datang kat rumah."

Tuan Dennis mengangguk lagi. Dia terbayangkan raut wajah anak-anak Tuan Musa. Hendak dibandingkan kehidupannya, Tuan Musa diduga dengan perkara yang menyedihkan tetapi lelaki itu dikurniakan sebuah keluarga yang lengkap dimana Tuan Musa sendiri dapat menjaga dan anak-anak dari kecil hinggalah dewasa tanpa berpisah. Sedangkan dirinya?

Betapa ruginya dia menjadi ayah kerana tidak mampu untuk membesarkan anak kanduynga dengan tangan tangannya sendiri. Tuan Dennis menyesal kerana hanya anak perempuan sulungnya sahaja yang dijaga sejak kecil olehnya. Manakala Aeron dan Zayden dibesarkan oleh ibu bapanya, Tuan Bahrin dan Puan Rossa.

Mereka yang telah membesarkan Aeron dan Zayden sebaik-baiknya sebagai cucu. Itu yang membuatkan Tuan Dennis berterima kasih sangat. Cuma dia kecewa yang niatnya untuk mengecapi kasih sayang anak hanya selepas mereka menginjak dewasa. Itupun salah seorang dari kembarnya itu masih lagi bersikap acuh tak acuh padanya.

"Zayden dah bercakap dengan kau?"Tuan Musa mula mengubah topik perbualan. Dia tiba-tiba teringatkan anak bongsu rakan baiknya itu. Dia tahu banyak kisah dan cerita tentang keluarga Tuan Dennis. Persahabat mereka ini sudah lama. Sejak mereka bujang sehingga la sekarang.

Tuan Dennis mengerling ke Tuan Musa dengan perasaan serba tidak kena. Pertanyaan rakaannya itu membuatkan dia teringat kembali sikap Zayden semenjak balik beberapa minggu yang lalu. Sehingga sekarang anak lelakinya itu enggan beramah mesra dengannya. Bertemu di rumah atau bertembung di pejabat, Zayden berkelakuan seakan tidak melihat dirinya. Berbeza dengan Aeron yang sentiasa menghormatinya dalam semua hal.

Sebagai ayah, dia tahu yang Zadyen masih terasa hati kerana dibiarkan dirinya membesar bersama nenek dan datuk mereka. Sesungguhnya bukan niat dia untuk memisahkan kasih sayang anak-anak.

Sebabnya ada kejadian yang telah Tuan Dennis rahsiakan dari pengetahuan dua orang anak lelakinya itu. Kalau turutkan keinginan hati, memang sudah lama dia memberitahu hal tersebut kepada anak-anaknya, tetapi isterinya menegah keras akan niatnya itu supaya kisah lampau itu tidak diungkit semula.

"Aku tengok, Zayden tu budak yang baik. Berkerja pun bersemangat. Kau bagi la dia masa lagi. Nanti lama-lama dia tahu la kenapa Aeron dengan Zayden kena tinggal berjauhan dengan kau."

Tuan Dennis mengangguk kepala. Fikirannya menerawang yang tadi ke masa lampau kembali ke dunia nyata.

"Buat masa sekarang aku taknak ungkit hal lepas. Isteri aku pun dah pesan. Apa yang dah berlaku tu biar aje la lepas. Tak perlu di ungkit-ungkit. Aeron dengan Zayden pun dah dewasa. Tapi kalau keadaan mendesak, baru aku bukak cerita lama tu."

Tuan Musa akur. Dia sudah mengenali Zayden. Memang ada banyak perbezaan antara pasangan kembar itu. Biarpun kembar, Zayden seorang yang berdikari  sementara Aeron lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Apapun Tuan Musa lega kerana hubungannya dengan anak-anak baik-baik sahaja terutama sekali dengan Eira. Disebabkan itu juga, dia telah merancang masa depan untuk anak bongsunya itu.

Ada masanya dia kasihan pada Eira. Anak bongsunya itu telah banyak berkorban untuk memenuhi kehendaknnya. Namun dia berbuat kerana untuk memastikan kelangsungan dalam legasinya tidak terhenti di tengah jalan begitu saja. Elissa dan Eirina sudah membuat keputusan masing-masing. Hanya Eira sahaja yang mengalah demi menunaikan keinginannya.

"Eira tu bila nak kahwin ya?Takkan la sampai sekarang belum ada yang memikat anak bongsu kau tu?"tidak semena soalan itu diajukan oleh Tuan Dennis.

Yang mana membuatkan Tuan Musa berdengus kecil. Berasa lucu dengan soalan itu.

"Yang memikat tu belum ada la. Tapi kalau bertanya-tanya tu ada aje. Entah la. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tak tahu la apa yang Eira nak tunggukan lagi. Umur dah 28 tahun."

"Hahaha...kau risaukan Eira. Ini...aku pulak tiga-tiga anak ada kekasih masing-masing. Tapi bila ditanya nak kahwin bila, memasing mengelat."

"Biasalah, nama pun budak-budak zaman sekarang."

Tuan Dennis sekadar mengangguk setuju dengan kenyataan Tuan Musa itu.

"Eira tu dah membesar depan mata aku Musa. Kalau ikutkan hati aku, memang aku dah jodohkan dia dengan mana-mana anak kembar aku tu.."

Tuan Musa melepaskan keluhan kecil. Dia pandang wajah Tuan Dennis seketika.

"Dulu masa Eira kecil, dia rajin datang rumah aku. Bila anak perempuan sulung aku balik asrama, Eira la yang jadi peneman kami berdua. Pernah la jugak terlintas dekat fikiran aku nak menantukan Eira tu dengan Aeron atau Zayden."

"Hisy, kau ni. Biar betul. Siapa la aku ni nak berbesankan kau."

"La, kenapa pulak. Apa bezanya kau dengan aku. Kita sama-sama manusia jugak. Apa yang nak pentingnya semua tu?"

Tuan Musa hanya mendiam.

"Latar belakang dan jawatan bukan apa-apa untuk aku, Musa. Apa yang penting hubungan kita akan berterusan dan takkan terhenti. Tapi itu la. Nak bagaimanakan lagi. Kalau Aeron dan Zayden tu balik ke sini sejak kecil lagi, boleh la aku aturkan perjodohan mereka. Sekarang mereka sendiri dah ada pasangan dan pilihan sendiri."

Tuan Musa sekadar menarik senyuyman nipis. Dia tidak berani hendak membincang soal jodoh anak gadisnya itu. Sebab biar saja la. Jika sudah tiba masanya Eira berkahwin, maka berkahwin la anaknya itu. Sekiranya tidak, biar la Eira memenuhi kehendaknya di King Ventur Development dulu. Dia enggan mahu memaksa Eira berkorban lebih dari itu.

Setiap novel yang menggunakan genre yang sama mesti akan ada jalan cerita yang sama. Apa yang membezakan cerita tu adalah karakter dan background story tu.... Like this novel...there's a lot of similarity in it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience