TASJ 47

Romance Series 56635

"So apa pendapat kamu Eira?"

Eira tersentak. Dia mula menyedari yang ketika ini dia berada di dalam bilik mesyuarat. Semua mata terarah padanya. Di celah kumpulan staf bahagian pengurusan Royal Venture yang sedang bermesyuarat itu, Eira tidak tahu apa-apa.

Dah kenapa dengan dia ni? Eira mengedipkan mata.

"Eira, you kenapa?" bisik Aeron di telinganya.

Eira terpinga-pinga. Sempat dia mengerling ke Tuan Eddie yang masih menunggu jawapan darinya. Wajah Tuan Musa uga kelihatan lain. Pertanyaan Aeron tadi dibiarkan spei tanpa jawapan.

Eira mengalihkan pandangan dari satu wajah ke wajah yang lain. Dan pada masa itu la mata Eira terkunci pada seraut wajah yang juga sedang menatapnya. Seraya itu fikiran Eira mula berpinar-pinar. Peristiwa lewat pagi yang penuh misteri kembali menghentak ruang fikiran.

Jiwa Eira mula memberontak. Duduknya semakin tidak tenang. Lelaki dihadapannya itu seolah-olah dapat membaca apa yang tertulis di wajahnya ketika ini.

"You okay ke tak ni?" suara Aeron di sisi masih berbisik perlahan. Hairan sungguh kelakuan Eira ni.

Tanpa disedari, Aeron melemparkan pandangannya ke arah Zayden pula. Dia nampak adiknya sedang merenung ke arah Eira. Seketika kemudian, Zayden tunduk memandang helaian kertas yang sedang dipegang atas meja itu.

Dalam diam, Aeron berkerut kening tidak faham. Dia tertanya-tanya tentang kelakuan adiknya itu dengan Eira. Memangnya ada sesuatu yang dah berlaku antara mereka ke?

Aeron tidak dapat melupakan peristiwa yang dia nampak beberapa minggu yang lalu. Ketika itu dia memandu hendak menuju ke rumah, pada masa dia melewati kediaman keluarga Tuan Musa, dia ternampak kelibat Zayden mendukung Eira masuk ke dalam rumah itu. Sehingga ke hari ini dia sentiasa memikirkan perkara itu.

"Sorry, I need to leave."Eira bangun dan terus berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Sempat dia mendengar suara bisikan halus ahli mesyuarat yang pasti sedang berbicara tentang dirinya. Dia mengatur langkah ke bilik air untuk membasahkan wajahnya.

Eira merenung pantulan wajahnya dari cermin di sinki. Meneliti setiap inci wajahnya. Kelihatan lesu dan tidak bermaya. Dia tidak sepatutnya membiarkan masalah peribadi menganggu fokus ketika dia bekerja. Detiknya di dalam hati. Dia kena bijak dalam mengatasi masalah emosinya. Kalau dia biarkan hal remeh seperti ini menganggu kerjanya, nampak sangat la dia tidak profesional. Marahnya sendiri.

Setelah agak lama berada di dalam tandas, baru la Eira melangkah. Dia berjalan longlai menuju ke pejabatnya. Tidak langsung berniat hendak kembali ke bilik mesyuarat semula.

"Mm.. Cik Eira. Meeting dah habis ke?"tegur Andrea. Hairan melihat Eira yang tiba-tiba muncul di situ.

"Belum, saya tak berapa sihat. Nak rehat sekejap." jawabnya hendak berdalih.

"Oh-okay. Tapi kan-"

"Kalau ada sesiapa cari saya, cakap aje saya tak ada dekat office. Tinggalkan pesanan untuk semua panggilan yang masuk okay?"pinta Eira.

Andrea kelihatan terkebil-kebil. Tidak sempat dia hendak menghabiskan kata-katanya, Eira sudahpun berlalu masuk ke dalam.

KETIKA daun pintu dikuak, Eira benar-benar terkejut apabila terpandang Zayden yang sedang duduk bersahaja di kerusi tetamu di dalam pejabatnya. Lelaki itu kelihatan selamba sahaja. Riak di wajah itu juga tenang seperti biasa.

"Apa yang you buat kat sini?" soalnya bernada terkejut. Langkahnya di atur lambat-lambat. Nak tak nak, Eira terpaksa masuk jugak. Patutlah Andrea nampak tadi seakan mahu memberitahu dia sesuatu sebelum masuk tadi. Rupa-rupanya ada tetamu yang tak di duga.

" Jumpa you la. Takkan la nak jumpa Aeron pulak kalau dalam ofis you ni."

Eira berlagak tenang. Dia bergerak ke belakang meja kerja dan terus duduk di kerusinya. "Jumpa I? Ada hal apa? Meeting dah habis ke?"

"Belum lagi, tapi ada sesuatu yang I nak discuss dengan you."ujar Zayden bersahaja. Tiada riak gelisah sepertimana yang sedang dialami oleh Eira.

" Pasal apa? Kalau you nak dicuss pasal projek vila hari tu, i belum sempat review report project tu. Sebab I sibuk dengan laporan projek lain. So i tak-"

" Bukan. Ada perkara lain yang I nak cakapkan."pintas Zayden. Sebetulnya memang ada hal yang penting dia masuk bicarakan dengan Eira. Mahu atau tidak ia perlu dibincangkan secepat mungkin. Jika di biarkan lebih lama, Zayden risau penyakit ganjil yang sedang menyerangnya akan melarat dan tidak dapat diubati lagi. Cukuplah penderitaan yang ditanggung semenjak kebelakangan ini. Dia tidak mampu menahan dan menanggungnya lebih lama lagi.

Eira tertanya-tanya. Apa yang penting sangat sampaikan Zayden begitu terdesak hendak menemuinya hingga menyusup keluar ketika mesyuarat belum tamat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience