TASJ 27

Romance Series 41308

SELESAI meeting dengan Tuan Musa, Eira, Aeron, Zayden dan beberapa orang pengurus segera keluar dari bilik mesyuarat. Eira pantas menuju ke pejabatnya, namun Andrea memaklumkan kepadanya bahawa Tuan Musa ingin berjumpa.

Mahu tak mahu Eira terpaksa berpatah balik ke tingkat enam di pejabat Tuan Musa dengan perasan jengkel.

Seribanya Eira si pejabat itu, Tuan Musa sedang menunggu I soda panjang. Raut wajah lelaki kelihatan berbeza.

"Daddy nak apa ni panggil Eira?"

"Duduk la dulu."

"Bukan main sibuk ya daddy lately? Susah sungguh nak tengok muka daddy. Sibukkan apa?"

"Sejak dua menjak ni daddy memang banyak urusan. Sampaikan jarang dah keluar makan dengan Meen."Tuan Musa berterus terang. Wajah cemberut anak gadisnya itu di tenung dalam.

"Kamu okay tak?"

Eira memandang wajah Tuan Musa untuk seketika sebelum berdengus kecil. "Kenapa daddy tanya macam tu?"

"Kamu marah dekat daddy ke?"Tuan Musa cuba mengorek isi hati Eira apabila gadis itu kelihatan dingin dengannya dari biasa.

"Apa daddy ni?"Eira memandang lucu yang dibuat-buat kerana soalan itu. "Mana ada Meen marah daddy."dia sekadar menafikannya. Dia masih terkesan lagi dengan kenyataan dimana daddynya terlalu sibuk hingga mengabaikan mommynya. Padahal lelaki itu ada masa untuk diluangkan bersama dengan perempuan lain.

"Hari ni balik sama-sama dengan daddy. Kita ajak mommy sekali makan dekat luar."aju Tuan Musa.

"Sorry. Tapi Meen dah pelan dengan mommy nak pergi rumah kak Eirina nanti petang. Itupun kalau tak sibuk la hari ni."Eira beritahu acuh tak acuh.

"Nak ke rumah Eirina? Kenapa mommy kamu tak beritahu dekat daddy) Daddy tak tahu pun pasal tu." Tuan Musa cuba mengingatkan semula perbualan dengan isterinya. Sefaham dia memang tiada satu pun hal yang mengungkit hendak melawat anak keduanya itu. "Mommy tak cakap apa pun?"

"Mommy tak beritahu ke?"

"Yalah...."

Dengan riak tidak kisahnya Eira menjawab. "Mana taknya Mommy nak beritahu daddy, kalau daddy tu nak jumpa dekat rumah pun payah.Sampaikan nak temankan Mommy ke hospital pun daddy tak boleh. Inikan lagi nak ajak berborak, memang tak menyempat la jawabnya."

Tuan Musa tersentak dengan kenyataan Eira itu. Dia teringat semula panggilan Eira petang semalam supaya menjemput isterinya di hospital. Oleh kerana terlalu sibuk Tuan Musa terpaksa menyuruh isterinya itu untuk pulang menaiki Grab. Tidak sangka pula yang kesibukkannya itu mengundang tidak puas hati pada Eira. Adakah isterinya juga merajuk?

"Daddy sendiri tahu mommy tu baru baik dari sakitnya. Patutnya daddy cuba untuk beri perhatian dekat mommy. Walaupun doktor cakap sel kanser dah tak ada, still kita kena pantau sebab badan Mommy masih lemah sebab kesan kemoterapi dia tu.."

Tuan Musa menyandar ke belakang." Bukan daddy saja-saja. Kalau daddy tak sibuk memang daddy dah jemput mommy kamu tu."beritahunya berada kesal.

Eira sudah memandang berserah. Dia speechless dengan riak tidak bersalah daddynya. Bagaimana ya lelaki ini boleh bersikap tenang begini? "Dah lah daddy. Tak payah nak buat alasan segala bagai. Kalau tak nak jaga Mommy cakap aje tak nak. Tak perlu la nak guna alasan sibuk semua tu. Nak kata sibuk Meen pun sama sibuk jugak. At least ada la masa nak bertanya khabar Mommy. Daddy ada tak?" Eira masih cuba mahu melampiaskan rasa geram yang berbuka di dalam dadanya sejak beberapa hari ini.

"Apa kamu cakapkan ni Meen? Kamu nak kata daddy tipu la ni?"

Keadaan menyepi agak lama. Eira kemudiannya bangun dari situ. "Tak tahu la. Pandai-pandai la daddy fikir sendiri. Meen ada kerja nak buat. Kita borak kemudian aje nanti."

"Eira Jasmeen."

"Meen minta diri dulu."tunduk Eira mempamit diri sebelum meninggalkan pejabat Tuan Musa dengan perasaan kecewa.

Tuan Musa sekadar memandang dengan renungan terkilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience