TASJ 53

Romance Series 56635

Zayden bagaikan orang sasau. Bibirnya seolah-olah terkunci. Perlukah dia berkongsi segala cerita dengan Aeron? Dia masih ragu-ragu.

Kelopak mata Zayden masih terkedip-kedip. Sejuk penghawa dingin mula mencengkam seluruh kulitnya. Bagaimana dia hendak mulakan bicaranya? Pokok pangkalnya dari mana harus dia memulakan?

"Kau sebut pasal Eira ni, aku nak tanya. Kenapa satu hari ni aku tak nampak dia dalam ofis? Dia ada call kau tak?" soal Aeron ingin tahu. Dia berharap Zayden dapat memberikan jawapan.

Kehilangan Eira sejak petang semalam masih menjadi tanda tanya. Malah sejak dari balik bilik mesyuarat semalam, sikap gadis itu berbeza dari selalu. Fikiran gadis itu seperti melayang ke mana-mana. Aeron perasan. Teringat bagaimana Eira tergesa-gesa keluar. Bagai sedang melarikan diri dari sesuatu.

Kini sikap Eira itu seakan-akan sudah berjangkit kepada adiknya. Sudahlah begitu, semalam Zayden juga tiba-tiba meminta diri selepas Eira keluar dari bilik mesyuarat. Entah-entah mereka sedang hadapi masalah yang sama.

"Mana la aku tahu..."

Fikiran Aeron kembali pada zahir.

"Sebenarnya aku pun tengah cari dia." Kata-kata yang pendek tetapi penuh dengan makna tersendiri. Makna yang hanya Zayden yang mengerti.

"Aik...kau pun tak tahu Eira ke mana?" tangan Aeron pantas mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja. Lalu punat 'ON' ditekan ya. Televisyen terpasang. Ditekan-tekan lagi alat itu untuk mencari siaran yang menarik.

"Semalam apa yang kau buat kat ofis sampai ke pagi?"

Zayden menarik nafas dalam. "Aku tak buat apa-apa." ujarnya selepas itu.

"Tak buat apa-apa? Dah tu kenapa kau orang stay back kat ofis semalam? Untuk apa kalau tak buat apa-apa?"

Terdengar sahaja bicara Aeron itu, mata Zayden teralih ke wajah itu. Dia hairan. Apa yang Aeron maksudkan? Kau orang? Memangnya siapa lagi yang Aeron maksudkan selain dia?

" Semalam, mama risau bila kamu tak balik sampai ke pagi, Zayn."tiba-tiba mama dua kembar itu munculkan diri.

Zayden menoleh. Begitu juga dengan Aeron. Kelihatan mama mereka menghampiri ke kerusi di situ.

"Kenapa tak calla beritahu yang kamu balik lewat semalam? Kesian Mama tengok Aunt Amber tu. Risau betul dia semalam masa tunggu Eira tak balik-balik sampai ke subuh." sambung wanita itu kemudian.

Mamanya sudah siap berpakaian baju tidur mungkin sebentar lagi wanita itu akan berlalu ke biliknya.

"Nasib baik Aunt Amber call Eira dan Eira beritahu dia ada kerja dengan Zayn kat ois tu. Hisy, kamu pun satu la. Kalau nak bincang pasal kerja pun tak payahlah sampai ke pagi. Kesian kat Aunt Amber tu dia bukannya sihat sangat. Eira aje yang jadi tekan dia. "

Semakin terkebil-kebil bingung Zayden. Eira balik lewat? Setahunya, Eira keluar petang semalam dan tidak pulang ke pejabat lepas tu. Jadi ke mana pulak Eira pergi.

Zayden membetulkan tubuh. Dari berbaring. Dia duduk menegak di atas sofa berangkai tiga. Benaknya mula di palu dengan tanya soal. Semuanya perihal kehilangan Eira sejak semalam sehingga ke hari ini. Pasti ada kaitan dengan luahan hatinya itu. Tapi kenapa Eira harus berbohong kepada mommynya? Kenapa Eira kata dia juga ada di pejabat? Memangnya apa yang Eira cuba sembunyikan?

"Kamu ni apa pulak masalahnya?" mamanya menegur. Perhatiannya sudah di alih pada Zayden.

Aeron segera mengerling ke arah Zayden. Hati kecilnya sendiri masih keliru dengan tingkah adiknya itu. Zayden masih membatu. Fikirannya melayang. Dalam khayalan itu hanya raut Eira yang berlegar-legar.

"Zayden."suara mama mereka memanggil lebih kuat.

Sikap pelik Zayden mula mencetuskan rasa ingin tahu yang menggunung di dalam minda ya. Memang benar kata Aeron. Zayden kelihatan seperti sedang menanggung masalah. Malah Angela juga ada memberitahu yang perangai, Zayden agak menghairankan apabila dengan tiba-tiba mahu bertukar bilik sejak seminggu yang lalu. Mengapa?

"Err, mama panggil Zayn ke?" Zayden terpinga-pinga.

Mata Mama Zayden merenung wajah anaknya dengan perasaan hairan. "Aeron cakao Zayn macam ada yang tak kena aje. Kakak kamu pun cakap macam tu kat maka. Kamu tak sihat ke?" tanya dia dengan dengan risau. Zayden memang ayak berlainan sikapnya sejak akhir-akhir ni. Melibatkan Elena ke?

"Eh, tak adalah mama. Okay je."jawab Zayden cuba berlagak tenang.

"Cakap betul-betul Zayn..."

"Iya, betul. Serius, Zayn okay je mama."

"Habis tu dah kenapa kamu tetiba mintak tukar bilik dengan kakak kamu? Ada masalah dengan bilik kamu tu ke?"

"Saja, Zayn nak tukar suasana bilik..." ada gelisah yang menyulam benaknya.

"Jangan nak berahsia dengan mama ya."

"Mana ada... Hisy mama ni, fikir ke situ pulak."Zayden tersenyum. Tetapi senyuman itu terpaksa. Aeron dapat merasakannya." Zayn okay je. Mama tak payahlah risau. Cuma dua tiga hari ni ada banyak kerja."

"Betul ni?"

Zayden mengangguk. Pandangannya empat terarah pada Aeron. Dia kaget seketika. Aeron seolah-olah faham dengan kepura-puraannya ketika itu. Biarpun begitu l, abangnya hanya bertindak mendiamkan diri. Seolah-olah membiarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience