TASJ 18

Romance Series 41308

Pintu pejabat Eira terbuka sekali lagi setelah tidak lama ia tertutup. Kelihatan Dante berdiri di muka pintu sambil tersenyum. Eira membetulkan duduknya. Dia turut membalas senyuman itu bagi menyembunyikan hatinya yang keruh.

"Hai, sorry ganggu. You okay tak ni?"

"Masuk la." ujar Eira perlahan.

"You okay tak ni?" tanya Dante serba tak kena.

Sebelum itu, beberapa minit kemudian Dante datang ke situ sebenarnya. Dia mahu menemui Eira untuk meminta maklumat tentang kos projek Blue Lagoon mereka. Namun apabila dia tiba di hadapan pejabat itu, Dante menyaksikan kejadian tegang yang terjadi di antara Aeron dan teman wanita lelaki itu kerana bilik Eira hanya dipisahkan oleh dinding cermin jernih di situ. Jadi Dante dengar dan lihat segalanya yang terjadi dari awal hingga Hannah keluar dari situ.

"You nampak apa yang berlaku tengah hari tadi ke?" tanya Eira ingin tahu. Walaupun dia memang perasan NingNing dan Andrea tidak keluar makan tengah hari tadi. Dia dah tak perasan apa yang berlaku di kanan dan kirinya bila Hannah naik angin tadi. Kejadian pun berlaku secara tiba-tiba dan mengejut. Dia pun tak ingat siapa lagi yang ada semasa Hannah menamparnya tadi.

Dante mengangguk. Eira terus mendiamkan diri.

"Don't worry. I tak cakap apa-apa."

Eira menarik senyuman nipis. Hatinya sedikit tenang kerana mempunyai rakan yang prihatin seperti Dante.

Lelaki itu mengambil tempat di kerusi hadapan meja Eira. "I risau kalau-kalau you belum okay lagi. You dah okay kan?"

"Tak ada hal la. Apa yang berlaku tadi tu cuma salah faham aje. I dah okay pun. You janganlah risau."

"I bukan apa tau, walaupun I tak ada kaitan dalam hal you, still apa yang perempuan tadi buat memang dah melampaui batas."

"Betul tu. Saya pun tak suka dengan Cik Hannah tu, Cik Eira. Entah apa la yang Encik Aeron hadapkan sangat dekat perempuan tak betul macam tu." tiba-tiba Andrea muncul di biliknya. NingNing ikut turut serta.

"Hei, dah la tu. Jangan cerita pasal tu lagi. Benda nak jadi..." beritahu Eira enggan memburukkan lagi imej Hannah yang sudah sedia memburuk.

"Lagipun, apa masalah Cik Hannah tu. Ikut suka keluar masuk kawasan syarikat macam tempat ni dia yang punya? Lepas tu tak reti ke nak bezakan apa itu profesionalism dan urusan peribadi. Dia tu patutnya faham. Encik Aeron dan Cik Eira ni bekerja dalam satu syarikat. Di bawah satu bumbung. Dah jelas-jelas la kalian akan bertembung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Itupun tak boleh nak fikir ke? "Andrea menyampaikan pendapatnya. Nampak sungguh tak puas hatinya.

"Saya setuju kata Andrea tu, Cik Eira."sokong NingNing.

Eira hanya mampu tersenyum. Dante pun begitu.

" Yang kamu berdua ni, dah nak balik ke sampai berdua ke sini? "Eira pandang NingNing dan Andrea.

Dengan serentak kedua-dua itu menggeleng kepala.

Eira cuba hendak menutup perbualan mereka mengenai Hannah. Dia tidak mahu peribahl rakannya itu di keruh-keruhkan lagi oleh para pekerja. Walaupun hatinya sering terguris kerana sikap kasar Hannah, gadis itu tetap dianggap sebagai sahabat baiknya. Bagi dia Hannah adalah orang yang banyak mengajar dia apa itu erti persahabatan.

"You pulak, Dante?"

"I memang dah habis kerja, teringatkan you, itu yang I ke sini."

"Kalau macam tu biar I aje la yang balik awal."

"Tak apalah kalau Cik Eira nak balik awal. Boleh berehat awal."NingNing menyambung.

"Betul tu. Lupakan aje la masalah Cik Hannah tadi tu."ujar Andrea pula.

Dante di situ sekadar mengangguk setuju dengan cadangan mereka itu.

FOKUS ZAYDEN TERARAH pada skrin monitor yang terpasang di atas mejanya tadi terhenti. Perlahan-lahan dia menyandarkan badan ke belakang. Fikirannya terus menerawang pada kejadian yang dilihatnya sebentar tadi.

Betapa tidak terkatanya dia dengan apa yang telah terjadi. Sekiranya dahulu dia tertanya-tanya ingin tahu akan sikap dingin Hannah terhadap Eira, maka segala-galanya telah terjawab sebentar tadi. Hannah telah menampar Eira.

Zayden menyaksikan kekecohan itu dengan riak terkejut dari pintu pejabatnya. Dia juga ternampak Aeron masuk ke pejabat gadis itu tidak lama selepas Hannah keluar dari situ. Agak lama. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka, Zayden pun tak tahu. Tapi, apa yang dia boleh sangkakan adalah pasti Aeron memohon maaf kepada Eira di atas apa yang berlaku bagi pihak teman wanita lelaki itu.

Apa yang menghairankan ialah kenapa Hannah begitu membencikan Eira? Memang benarkah Eira tu ada niat tidak baik seperti yang dituduh oleh Hannah tadi?

Zayden mengetap bibir sewaktu melepaskan hela nafas panjang. Kali pertama mereka berjumpa pun Eira jelas kelihatan tidak menyukai dirinya kerana keluar bersama Elena. Sebab Eira beranggapan dia adalah Aeron dan dia telah mencurangi Hannah, rakan karib Eira. Tak ke reaksi Eira tu dah cukup membuktikan yang Eira begitu menghargai Hannah?

"Zayden..."

Panggilan itu membuatkan Zayden menjengah leher ke arah pintu. Dia ternampak Dante sedang terjegul muka di situ. Dia terus melambai panggil lelaki itu supaya masuk.

"Ini menungkan apa pulak ni? Tak balik-balik lagi ke?" ketika itu Dante mengerling ke jam dinding.

"Ada kerja sikit yang aku nak settle kan."

"Iya ke kerja? Dari tadi yang aku nampak kau berangan ada la. Kerja apanya?"

Zayden tersengih. Dia menekan butang save pada dokumen yang sedang ditaip tadi. Selepas menutup komputer, dia menekan suis di hujung kaki mejanya.

"Aku perhati entah kenapa sejak semalam lagi kau dengan Eira tu macam ada problem je?Kau orang okay ke tak?"

Zayden terkedu. Dia menatap wajah Dante. Pertanyaan lelaki itu membuatkan dia kelu.

"Kalau betul ada masalah, jangan la kau campur adukkan urusan peribadi dengan hal kerja. Hal kerja buat cara bekerja. Hal peribadi uruskan di luar waktu kerja. Jangan di samakan. Kalau tidak nanti satu kerja pun takkan settle."

Zayden tidak memberi sebarang komen mengenainya malas dia mahu mahu memikirkan hal yang diisukan oleh Dante itu. Hanya keluhan panjang sahaja yang lepas di bibir tatkala wajah terluka Eira tadi berlegar-legar dalam fikirannya.

"Kau nampakkan apa yang berlaku dekat Eira tadi?"

Perlahan-lahan Zayden mengangguk.

"Apa pendapat kau?"

"Dah kenapa kau tanya aku. Itu hal dia orang kan. Buat apa aku ambik kisah?"

"Iya ke kau tak kisah?"

"Betullah."

"Iya-ya la tu. Tadi aku nampak kau bukan main lagi beria tengok Eira bila kena marah dengan girlfriend Aeron tu."

"Tak bermakna aku kena komen pasal tu."

Dante menjungkit bahu, dia berserah. Ya sudah kalau tak kisah.

"Aku nak balik ni." Zayden menutup komputernya.

Dante mengangguk. Zayden diperhatikan sedang menyimpan semula barang dan fail yang bersepah atas meja di dalam laci meja sebelum fail diletakkan ke dalam rak kabinet.

"Kalau macam tu aku pun gerak keluar dulu la. Jumpa esok." beritahu Dante semasa berlalu pergi.

Zayden sekadar memandang langkah Dante yang menghilang di muka pintu. Dia menghela nafasnya. Nampak sangat ke dia dengan Eira bergaduh? Hatinya terdetik sebaik teringat akan pertanyaan Dante tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience