"Kak Angela pun la, kenapa tak nak beritahu awal kalau tak boleh pergi. I boleh aje cancel kan tiket tu. Tak pasal-pasal you jadi mangsanya."Eira merungut kesal semasa berjalan keluar dari dewan teater itu.
Selepas dua jam persembahan berlangsung, akhir ia tamat. Zayden dan Eira jalan berdua sambil berborak tentang hal sebenar kenapa Zayden yang menemani dia ke situ. Biasanya dulu, Eira dan Hannah sering luangkan masa berdua untuk menonton teater seperti ini. Sebab ianya memang minat mereka berdua sejak dulu lagi. Kalau hubungan mereka seperti dulu, mungkin Eira tidak akan mengajar Angela untuk menemaninya. Dan Zayden tidak akan berada di sini.
"I tak kisah pun. Angela kata dia memang tak boleh nak pergi.Lagipun sayang la kalau tiket You tu burn macam tu aje." pujuk Zayden ingin menyedapkan hati Eira. Hatinya tiba-tiba mengutuk dalam diam. Semalam dia jugak yang beria menolak. Hari ni lain pula yang dia katakan.
Mendengar ucapan Zayden, Eira menguntum senyum. Mereka terus menuju ke kawasan parkir. Jam sudah masuk 11.30 mLam. Angin yang bertiup sepoi menyapa sehingga buatkan Zayden dan Eira terasa dingin. Suasana menjadi sepi untuk seketika. Zayden mendongak melihat langit malam. Butiran bintang menghampar langit yang terbentang luas kelihatan berkerlipan. Entah kenapa Zayden merasakan gundah tatkala mengenang akan hubungannya dengan Elena yang entah bagaimana nanti.
"You minat teater ke?" tiba-tiba Eira menegur.
Lelaki itu perlahan-lahan menoleh ke arah Eira. Kelihatan bibir merah Eira yang tersenyum. Tanpa disedari, mata Zayden terkunci lama di situ. Seakan-akan tidak mahu terlepas dari memandang keindahan di wajah Eira.
" Kalau I dari dulu lagi memang minat teater. Mana ada aje pementasan teater I akan pergi." beritahu Eira tanpa menunggu jawapan Zayden.
"Tak. I tak minat sangat sebenarnya. Tapi teater malam ni memang menarik. Sorry sebab I tak beritahu awal-awal."jawab Zayden.
Eira menghentikan langkah dan mengambil tempat di kerusi panjang di situ. Zayden turut melabuhkan punggung.
Namun tak lama ketenangan mereka di ganggu.
"Eira, Zayden... You berdua pun ada dekat sini!?" tanpa didegua suara lelaki menegur.
Zayden dan Eira pantas berpaling. Mereka bertentang mata dengan wajah ceria Aeron. Di samping lelaki itu, Hannah yang bercemberut tidak suka.
Eira terus menyapa mereka dengan senyuman mesra pada Aeron dan Hannah yang tidak mengerling ke arahnya. Zayden juga sudah tersenyum lebar.
"Kau pun tengok teater tadi ke?" tanya Zayden tanpa menjawab soalan Aeron tadi.
Aeron mengangguk.
"Kalau tahu tadi, boleh kita pergi sekali."kata Zayden kesal kerana terlupa untuk menceritakan rancangannya malam itu kepada Zayden.
Aeron mengangguk lagi.
"Ini Elena ke?" tanya Hannah pada Zayden.
Kening Eira mencerlung. Dia tahu Hannah menyindir dia. Pertanyaan itu seakan dibuat-buat.
"Eh bukanlah. Takkan you tak kenal Eira. Rasanya you dah jumpa Eira masa ke pejabat Aeron kan?" tanya Zayden terpinga-pinga. Tidak faham kenapa Hannah bertanya begitu.
Hannah hanya buat muka tidak peduli. Aeron di sisinya sudah mulai rasa tidak senang hati.
"Okay la. Aku hantar Hannah balik dulu. You berdua boleh teruskan rancangan. Sorry menganggu."pamit Aeron ingin mengelakkan hal menjadi lebih keruh.
Eira sekadar melihatangkah Aeron dan Hannah beredar pergi dari situ meninggalkan mereka. Entah kenapa Hannah Tidak habis-habis dengan bencinya terhadap dia. Sayu hati Eira rasakan ketika itu.
"Eira."
Tersentak dengan teguran itu, lantas Eira tersenyum sedih. "Kita mana tadi kita?" soalnya kelihatan ceria padahal wajahnya kelihatan sayu.
Zayden tidak terus menjawab. Dia berasa hairan apabila teringatkan sikap sinis Hannah tadi. Bagaimana Hannah boleh menganggap Eira sebagai Elena sedangkan dia pernah nampak Hannah menampar Eira beberapa hari yang lalu. Nampaknya memang ada yang tidak kena dengan mereka.
(TINTA : dude obviously dua org tu ada problem. Kau ni pun.. Tanya la Aeron tu. Apa hal dengan Hannah dan Eira tu. Itupun susah sangat ke? Haih geram la aku!)
"You tahu, kalau you ada masalah, you boleh kongsikan dengan I?" potong Zayden penuh ikhlas.
"I tak patut libatkan You dengan masalah I."
"Kita kan kawan. Lagipun I ni bukan orang luar. You kawan Aeron, maknanya You kawan I jugak."
Eira tersenyum nipis. "Thanks but no thanks. I belum ada masalah yang nak di kongsikan dengan sesiapa pun?" jawab Eira acuh tak acuh.
(TINTA: sis Kau serius la tak de masalah? Punya la banyak masalah, bolehnya kau cakap tak de masalah?at least beritahu la pasal Hannah beefing dgn kau! GAHH! Stress!)
Mereka bangun dari situ. Berkira-kira untuk melangkah ke kereta. Zayden faham dengan sikap Eira yang agak susah hendak berkongsi masalah dengan sesiapa
"Oh ya, sebelum I terlupa, I nak beritahu you. Hujung minggu ni I nak ke luar daerah. You nak ikut?" ajak Zayden sewaktu di dalam kereta.
"Hah, buat apa?"
"Ariel, nak kahwin. Dia tak jemput You ke?"
Mata Eira terbuntang. Terkejut dia mendengar berita itu. Dah nak kahwin? Baru aje dia dengar berita tentang perjodohan lelaki tu, nak kahwin terus?
"Eh, dia tak beritahu you pasal ni ke? Opss."Zayden mengetap bibir.
Eira ketawa kecil." Ada tu ada, dia beritahu yang family dia aturkan perjodohan dia dengan anak kenalan mereka. Tapi tak sangka pulak dah nak kahwin terus."
Zayden tersenyum" I bertolak Sabtu ni. Tidur dekat sana terus. Habis resepsi, Ahad baru I balik sini. You nak ikut tak?"
" Tidur dekat sana?"Eira terkejut dengan rancangan itu.
Zayden mengangguk." Ariel ada beritahu I semalam. Beria suruh ajak You sekali. Katanya rumah dia ada banyak bilik. You tak payah risau. Adik beradik perempuan Ariel ada sekali temankan You."
" Selain I siapa aje yang ikut?"
"Maybe Aeron dengan Hannah. Tapi I tak beritahu dia orang lagi."
"Elena?You tak ajak dia ke?"
Zayden sekadar menjungkit bahu selepasiru tidak mengatakan apa-apa.
Share this novel
sambung lagi
Tq tinta.. ❤️
terusksn