TASJ 50

Romance Series 56635

Eira mengerling pada skrin telefon untuk kesekian kalinya. Banyak pesanan yang masuk selepas dia menghidupkan semula telefonnya itu. Dia hanya sekilas pandang, tidak berminat untuk membaca pesanan yang diterima itu.

Eira kembali mencampak telefonnya ke dashboard. Malas mahu memikirkan apa-apa. Tetapi dengan tiba-tiba sahaja telefon Eira berbunyi semula. Kali ini bukan pesanan ringkas yang kedengaran tetapi panggilan masuk yang di sambungkan.

Eira berdengus kasar. Tak habis-habis lagi ke Zayden ni? Rungut Eira dengan perasaan sebal.

"Apalagi yang you nak ni?" Eira akhirnya menjawab tanpa melihat siapakah pemanggil itu. Suaranya agak keras menunjukkan ke tidak mahukannya untuk bercakap pada ketika itu.

"Sampai hati dia, Meen. Sampai hati dia buat macam ni!" tangis suara dalam panggilan.

Eira terkedu. Suara yang kedengaran dari corong telefon bukanlah suara Zayden yang diduganya. Tetapi suara seorang perempuan yang sedang merintih. Dia cukup mengenali pemilik suara itu. Erissa!

RUMAH Teres setingkat yang suram menyambut kedatangan Eira lewat jam 10 malam. Eira menolak daun pintu rumah yang tidak berkunci. Memerhati ke sekeliling rumah yang gelap dan sunyi.

"Riss?" panggil Eira sambil melangkah ke dalam rumah. Suis lampu dipetik. Alangkah terpernajatnya Eira sebaik melihat keadaan ruang tamu yang berselerak. Erissa tiada di situ.

Selepas mendengar suara rintihan Erissa sejam. Yang lalu, Eira terus bergegas ke rumah kakak keduanya itu. Kerisauannya terbit tanpa disedari. Sebaik sampai, Erissa memutuskan panggilan.

"Kak Erissa?" Eira masih mencari kelibat kakaknya.

Dia melangkah ke dapur. Keadaannya sama seperti di ruang tamu. Bersepah sana sini. Banyak pinggan yang berlonggok di dalam sinki. Malah terdapat beberapa bini pinngan yang sudah berkecai di atas lantai.

Dada Eira berdebar-debar. Apa yang dah berlaku ni? Eira mula mengatur la gkah ke dalam bilik-bilik yang pintunya tertutup rapat. Dia menolak pintu pertama. Masih tiada sesiapa. Dimana kakaknya berada? Malah suara esakkan anak kecil pun tidak kedengaran.

Eira termenung sejenak. Namun tiba-tiba telinga terdengar sesuatu dari bilik sebelah. Dia terus bergegas ke bilik tersebut.

Di saat pintu bilik di tolak, Eira kaget. Sekujur tubuh sedang terbaring di atas lantai. Eira dapat melihat susuk tubuh Erissa yang sedang mengerang kesakitan. Desah nafasnya perlahan. Eira segera mendapatkan kakaknya.

"Erissa!Apa yang dah berlaku dekat kau ni!" jerit Eira. Dia memangku kepala Erissa yang berlumuran darah. Mata wanita itu terpejam-pwjam celik. Seluruh wajahnya dipenuhi lebam dan luka yang sudah kering.

"Eriss...kenapa dengan kau... Ya tuhanku..." menggeletar seluruh badan Eira sampaikan tangan dia yang naik mengusap wajah itu ikut menggigil hebat. Sebak bertandang hingga sebu dada dia rasakan. Eira jadi buntu tidak tahu hendak apakan.

"Meen...Meen..."suara Erissa tersekat-sekat.

"Mana anak kau... Mana dia?" Eira melilau kan pandangannya. Cuba mencari anak saudaranya. Tetapi tiada.

"Cari anak aku, Meen. Aku nak jumpa dia..."

Eira mengangguk. "Nanti Meen carikan. Please Erissa. Bertahan untuk aku. Kita pergi ke hospital sekarang. Please...." bisiknya sayu.

"Jangan beritahu mommy dengan daddy... Tolong aku Meen..." sayup-sayup suara Erissa kedengaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience