TASJ 5

Romance Series 41308

Eira masuk awal ke tempat kerjanya pagi itu. Duduk di rumah menikmati cuti hujung minggu membuatkan badan Eira berasa segar untuk ke pejabat. Dia berasa sneang hati setelah tidak bertemu dengan Aeron. Selepas dua hari kebelakang. Mesti Aeron menyembunyikan diri.

Sekarang, dia sudah tercegat di muka pintu lif King Ventur Development. Dia menekan butan di tepi pintu lif untuk ke tingkat lima. Sambil menanti pintu lif terbuka, Eira humming kecil. Sedang dia melilau melihat sekeliling, matanya terkunci pada susuk lampai seorang lelaki yang segak mengenakan kemeja lengan panjang warna sky blue. Aeron!Detik hatinya. Eira sudah menelan liur gemuruh berkali-kali. Berasa tidak tentu arah dan buat-buat tidak nampak akan lelaki itu.

Dengan pantas butang lif ditekan lagi dengan laju ketika itu juga. Dia enggan bertembung dengan Aeron. Setiap kali dia teringat akan kejadian petang Jumaat semalam buatkan dia tidak tenang. Dia belum mahu bersemuka dengan lelaki itu.

Kini pintu lif terbuka. Eira berjalan masuk ke dalam dengan pantas menekan butang untuk menutup pintu lif. Namun lelaki itu dalam sekelip mata juga tiba di situ. Belum sempat pintu itu hendak tertutup, Aeron sudahpun mencelah masuk. Lelaki itu masuk dengan riak kebingungan.

"Kenapa you tak tunggu I?Taknak I masuk sekali ke?"soal lelaki itu tidak senang.

Eira hanya mendiamkan diri. Dia melarikan pandangan apabila debaran dalam dada semakin menjadi-jadi. Berduaan begini bersama Aeron pasti akan buatkan Aeron mengungkit akan peristiwa itu!

Tapi yalah, kenapa dia nak takut. Sedangkan dia tak buat salah. Memang patut pun dia tegur perbuatan Aeron tu. Hannah kawan baik dia. Sakitkan hati Hannah itu bermakna menyakitkan hati dia juga!Fikir Eira. Dia sedaya upaya cuba untuk bertenang di situ.

"Macam mana cuti you?Had a good rest?"tegur Aeron di sebelah.

Gadis itu sekadar mengangguk. Tidak bersuara. Eira cuma berasa hairan sebab Aeron langsung tidak mengungkit akan kejadian di petang Jumaat semalam. Takkan la Aeron sudah lupa pulak?

"Untung la...I ni dekat rumah dah macam bibik. Kena buat itu ini mengemas rumah sebab ada penghuni baru nak pindah masuk malam ni."beritahu Aeron tanpa ditanya.

Eira tetap juga mendiam.

"Oh ya, you tahu ke mana aje orang tua kita pergi? I perasan tadi papa I sibuk semacam aje. Ada tak daddy you beritahu apa-apa?" bual Aeron lagi yang cuba bercakap dengan Eira.

Untuk seketika Eira memikirkan jawapan apa yang mahu diberitahu.

"Entah la. Tadi pagi daddy cakap dia nak ke mahkamah hari ni. Sebab kes saman hari tu. Maybe dia pergi dengan papa you."

"Hmm...okay."Aeron mengangguk-angguk.

Lalu suasana kembali senyap. Lampu butang di pintu lif terus bergerak perlahan. Dari satu tingkat ke satu tingkat.

"Macam mana dengan pekerja baru tu?You dah berborak dengan dia?"

Eira terus teringat akan Dante. Hari Jumaat tu lelaki itu bekerja untuk hari pertama, tapi Eira hanya sempat bertegur sekilas macam tu aje. Dante kelihatan seperti seorang pekerja tipikal yang rajin dan bertanggungjawab. Buktinya selepas Eira memberikan tugasan kepada lelaki itu, dengan mudah Dante menyelesaikannya pada hari yang sama.

"I tengok, dia nampak okay dan cekap. Kalau diberikan lagi peluang, potensi dia boleh dipertingkatkan lagi untuk menjadi pekerja permanent."tambah Aeron lagi.

"I tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang."

"Kenapa pulak?"

"Well..sebab I sendiri belum diberikan kepercayaan dari parents kita untuk komen tentang kerja seseorang. I rasa you lebih berpengalaman dalam hal ni. "mahu tak maju aje Eira menjawab.

"You aje yang rasa macam tu. Daddy you dengan papa I selalu aje puji you. Malah kerja yang you buat sepanjang masa ni semuanya menepati guideline."

Hendak tak hendak Eira menarik bibir kepada garisan nipis. Entah kenapa kata-kata itu langsung tidak sampai ke hatinya.

"Sebelum I terlupa, I nak introduce you dekat seseorang.."

Eira memaling ke tepi. Siapa pulak yang Aeron hendak temukan dia dengan?Takkan la dengan gadis berambut karat tempoh hari?Disaat matanya bertemu dengan rupa paras kacak Aeron, lelaki itu malah tersenyum kepadanya. Memangnya lama lagi ke lif ni nak berhenti?Dia nak keluar sangat dari sini sekarang!Lama-lama bersama Aeron buatkan dia jadi gelisah.

Kebetulan, lif berhenti dan pintu pun terbuka. Eira menunggu Aeron yang keluar terlebih dahulu, tetapi lelaki itu malahan mengajukan tangan agar Eira yang keluar.

Alang-alang sudah diberikan peluang, Eira tanpa membuang masa lekas melangkah keluar dari lif. Terus dia atur langkah ke arah bilik pejabatnya. Perbualannya bersama Aeron dalam lif mengundang pelbagai persoalan dalam fikirannya.

EIRA menghenyak punggung ke atas kerusi dengan keluhan berat. Keadaan biliknya tiba-tiba sahaja terasa sepi dan kosong. Ada pekerja-pekerja yang telah berada di meja mereka dan ada juga yang sedang berbual. Andrea tiada di meja. Mungkin pembantunya itu keluar ke mana-mana.

Sekali lagi, keluhan panjang lepas darinya. Tangan Eira naik mengurut kepala yang tiba-tiba berdenyut. Dia tidak menyangka yang Aeron akan bertemu dengan dia hari ni. Dan dia semakin kebingungan dengan reaksi yang diberi oleh lelaki tu. Belum ditambahkan lagi dengan rasa takut dia mengenai reaksi Hannah nanti. Adakah sahabatnya itu bakal menuduhnya yang bukan-bukan lagi?Patut ke dia maklumkan hal ni kepada Hannah lebih awal sebagai langkah berhati-hati?Aeron tu seperti pandai berpura-pura. Tidak langsung hendak mengungkit tentang kejadian yang terjadi sama sekali. Kenapa eh?

Dengan mata terpejam, Eira bersandar ke belakang. Mengenangkan Hannah, hatinya di landa gundah. Hanya kerana salah faham,sahabat baik itu kini menganggapnya musuh. Sudah lupakah Hannah dengan kenangan mereka ketika kanak-kanak dahulu?Sampaikan begitu bencinya Hannah terhadap dia tanpa pertimbangan dulu? Perlahan-lahan nafasnya di tarik dalam. Memang dari kecil lagi dia sudah didik baik dengan mommy dan daddy agar menjadi seorang yang bertimbang rasa dan berlapang dada. Tidak kira la dengan keadaan apa sekalipun, dia akan buat keputusan mengikut rasional. Cuma itu la, ada masa tu dia akan bersikap keanak-anakan.

Namun dia berterima kasih. At least sekarang dia boleh mengawal emosinya sehingga kini. Walaupun sudah berulang kali Hannah menyakiti perasaannya, Eira tetap berusaha menyelubungi rasa sedihnya. Sebab dia tahu, cepat atau lambat pasti Hannah akan faham akan keikhlasannya sebagai kawan baiknya. Hanya masa yang akan menentukannya.

Bunyi interkom di atas meja memecah kesunyian ruangan itu. Menyentak menung Eira. Segera dia menekan butang di tepi mesin interkom itu.

"Eira, datang ke bilik I sekarang."suara Aeron berkumandang di speaker interkom itu.

Kening Eira terjungkit tinggi. Dah...tadi baru berjumpa. Ini kena berjumpa lagi? Takkan la Aeron mahu mengungkit kejadian akan pertembungan yang terjadi di kafe Jumaat lepas? Hatinya berdegup resah.

"PERKENALKAN, ini adik I, Zayden Rayyan."

Kepala Eira pantas berpusing ke arah lelaki yang sedang duduk di kerusi menghadap meja Aeron. Lelaki yang diperkenalkan sebagai adik Aeron itupun menoleh ke arahnya.

Bagai hendak gugur jantung dari tangkai, Eira kejung membatu. Hampir mahu jatuh melutut di lantai ketika itu juga. Ilusi atau realiti sekarang ni?Apa yang baru dia nampak sekarang! Zayden Rayyan saling tidak tumpah seperti Aeron Ryan. Begitu sama seakan melihat pantulan bayangan di cermin.

"Hello there."sapa lelaki itu begitu bersahaja. Dengan lagak tenang lelaki itu kemudiannya menghulur tangan ke hadapan Eira.

Masih belum sedar dari terkejutnya, bingung-bingung Eira menyambut huluran itu lalu berjabat tangan dengan Zayden.

"Ever we met before?"tanya Zayden dengan renungan ingin tahu.

Fikiran Eira terus bermain imbasan semula akan pertembungannya pada Jumaat lalu. Lelaki ini ke yang dia temui di kafe hari tu?Degupan di dalam dada menghentak-hentak kuat di tulang rusuk. Lidahnya menjadi kelu tidak terkata.

"Hah?Dah pernah jumpa ke?"Aeron bersuara. Hairan dengan pertanyaan Zayden itu. Zayden memandang ke Aeron lalu menjungkit bahu tidak tahu. Riak innocent terpasang di wajah kacaknya itu.

"Itu la..macam pernah nampak. Tapi bila ya?"soal Zayden tertanya-tanya. Wajahnya kelihatan sedang bergelut memikirkan jawapan untuk pertanyaan itu.

Aeron terus berdengus kecil. "Alah, kau ni Zayden. Kalau boleh semuanya kau pernah jumpa. Kalau kut ya pun nak mengurat guna la cara lain...ini guna teknik sama aje."perlinya.

Kata-kata itu membuatkan Zayden ketawa.

"You kena hati-hati sikit Eira. Adik I ni paling pantang kalau nampak perempuan lawa. Lagi-lagi orang single macam you.."Aeron menilik wajah Eira dan Zayden silih ganti. Dia berharap pertemuan ini tidak membuatkan Eira terkejut. Ini kerana Eira adalah rakan dan partner yang telah banyak bersama meredah onak duri demi mendirikan King Ventur Development selama enam tahun ini. Malah keluarga mereka juga sudah rapat sejak mereka masih remaja lagi. Hanya Zayden sahaja yang Eira belum temui kerana sejak kecil lagi Zayden menetap di luar negara bersama keluarga belah mama mereka. Dan Aeron berharap Eira boleh menerima kehadiran Zayden disini.

Betapa tertamparnya Eira dengan kenyataan Aeron itu. Adik beradik rupanya mereka ni! Dah tak memasal dia buat tuduhan tidak berasas terhadap dua beradik ni. Malu tak kesudah! Mujur Zayden tidak mengingati dirinya sangat, mungkin kerana penampilan dia yang berbeza dari sekarang. Jumaat tu dia tidak bersanggul, rambutnya hampir menutupi sebahagian wajahnya. Sekarang dia bersanggul kemas.

"Kenapa you nampak macam terkejut?Selama ni I tak pernah beritahu ke yang I ada kembar?"soal Aeron apabila dia perasan akan perubahan tingkah laku Eira yang tiba-tiba itu.

Eira yang masih kejung membatu di hadapan meja Aeron itu menggeleng lemah. Kalau Aeron dah ceritakan dari awal, tak adanya dia salah faham hingga merosakkan relay seseorang macam semalam!Dah sudah...kalau lelaki ni kenal siapa dia, tak ke masalahnya namanya tu. Tak boleh ke kalau dia keluar sekarang jugak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience