TASJ 38

Romance Series 41308

"Kita berhenti minum dulu."maklum Zayden sambil memarkir kereta ke kiri jalan. Sebuah kafe di situ. Eira membuka mata. sedikit terkejut dengan keadaan sekitar. Dia akur dengan permintaan Zayden. Mereka dalam perjalanan pulang ke pusat bandar. "Rehat kejap, punggung I kebas." beritahu Zayden.

Eira mengangguk. Mulai faham dengan keadaan Zayden itu memandangkan lelaki itu telah memandu selama tiga jam straight tanpa rehat. "Kalau you penat, I boleh drive. Kesian you yang drive dari tadi. Boleh rehat."aju Eira.

"It's okay. I dah biasa. Lagipun kalau you drive nanti apa orang kata pulak. Kesian makwe dia. Pakej dia tidur aje."seloroh Zayden. Eira ketawa.

Enjin kereta sudah dimatikan. Eira keluar dari kereta setelah Zayden melangkah keluar dari situ. Mereka berhenti di sebuah kafe. seorang wanita bersanggul kemas dan kanak-kanak lelaki berada di situ.

"Kita duduk sini aje la."arah Eira sambil mengambil tempat di sebuah meja di luar kafe itu.

Zayden sekadar menurut. Meja mereka di datang kanak-kanak lelaki tadi.

"Minum apa kak, abang?"

"You nak minum apa?"soal Zayden kepada Eira.

"Apapun boleh. I tak kisah."

"Kat sini tak banyak pilihan macam dekat bandar."

"Tahu." jawab Eira seolah-olah mengerti.

"Bagi bingsu dua ya."pinta Zayden pada kanak-kanak lelaki tadi. Eira diam memerhatikan tingkah Zayden.

"Makan?"Zayden bertanya lagi. Pandangan mereka bertemu seketika. Lantas peristiwa semalam kembali bermain di fikirannya. Cepat-cepat Zayden mengalihkan pandangan.

Eira menggeleng enggan. "I tak lapar lagi. Kalau you nak makan, you sorang aje yang makan. Tapi takkan la you lapar lagi. Kita baru aje balik dari majlis makan-makan."usik Eira.

"Ada I cakap I lapar ke?Kan I tanya you."bidas Zayden bergurau.

Eira mengetap bibir dengan senyuman nipis.

"Itu aje. Terima kasih."senyum Zayden kepada kanak-kanak lelaki tadi yang kini sudahpun beredar pergi.

"Kesian ya kecik-kecik lagi dah kena kerja."adu Eira seraya memerhatikan tingkah kanak-kanak itu yang mungkin dalam lingkungan sembilan tahun. Dia kelihatan ligat membantu ibunya menyediakan makanan dan minuman.

"Mesti orang susah. Nampak macam tak ada ayah."luah Eira lagi dengan nada sayu.

Zayden berpaling ke arah Eira. Dia hairan melihat Eira yang tiba-tiba beremosi.

"Susahnya kalau tak ayah kan?"kali ini suara Eira semakin sayup. Namun Zayden mendengarnya dengan jelas.

"Macam mana you tahu susah kalau tak ada ayah?" Entah kenapa soalan itu terpacul dari bibir Zayden. Di sudut hatinya seolah-olah tidak bersetuju dengan andaian Eira itu. Dia pernah hidup tanpa kehadiran ayah dan ibu selama berbelas tahun lamanya. Dia tidak langsung berasa susah. Malah kehadiran ayah padanya hanya sebagai syarat bekerluarga sahaja. Jika tiada ayah sekalipun dia masih boleh hidup atas usaha dan kudratnya.

Eira membalas tatapan mata Zayden. Soalan lelaki itu membuatkan hatinya di rundung pilu. Bagai ada pisau yang menusuk hatinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakit dia.

"Maaf kalau soalan I agak kasar. Tapi cara you cakap tu buatkan I pelik." Zayden menyedari keterlanjuran kata-katanya lantas meminta maaf.

Eira lantas menunduk. Dia kesal. Entah kenapa tiba-tiba aje dia mengungkit kisah ayah di hadapan Zayden. Mengapa harus dia menyebut perkataan itu sedangkan dia sudahpun melupakannya sejak beberapa hari ini?

Eira tidak terus menjawab pertanyaan Zayden. Gelak tawa sekumpulan manusia di meja hujung mula menarik perhatian Eira untuk menoleh ke situ. Bahagia sungguh nada tawa itu kedengaran.

Eira tersentak lalu dia berdiri. Keningnya mencerlung. Darahnya berderau laju. "Daddy!"peliknya.

Kenapa ayahnya berada di sini?Detik hati Eira tidak percaya. Kini wajah Tuan Musa ada di hadapannya. Ada seorang gadis dan seorang gadis wanita di meja yang sama. Keadaan yang sama di lihat seperti sewaktu di restoran dahulu. Tetapi bukan wanita ketika dia hampir melanggar kereta sewaktu melintasi hari tu!

"Eira!"Zayden kebingungan dengan ti gmah gadis itu.

Tatkala terdengar namanya dipanggil, Eira tersentak. Tidak orang di meja hujung turut memandang. Mereka saling bertatapan. Lelaki tua itu kelihatan terkejut. Saat bertentang mata dengan Eira ketawa ceria lelaki itu terus mati.

"Eira, kenapa ni?"Zayden masih bertanya.

Eira berpaling pada Zayden. Dadanya naik turun kencang. Tidak tahu bagaimana harus dia bertenang. Sebaiknya mengocak di dada. Tak tahan rasanya menerima kenyataan di hadapan mata.

"Mari kita pergi.."pinta Eira.

"Tapi kita belum minum lagi.."

"Please...kita balik. I merayu."mohon Eira. Ketika itu ada setitis air mata melurut turun di pipi itu.

Zayden mengerutkan dahi. Dalam waktu yang sama dia menoleh ke arah meja di hujung. Satu keluarga yang menjadi perhatiannya tadi kini semakin fokus penglihatannya. Uncle Musq?Desist hatinya tidak sangka. Dia menilik ke setiap wajah di situ. Tiada Puan Amber melainkan seorang wanita yang tidak pernah dia kenali selama ini.

"I tunggu you di kereta "sebak suara Eira.

Zayden mengangguk sambil menghulurkan kunci kereta. Dia sudah faham kenapa Eira bertindak begitu.

"Dik bungkusan bingsu ni dik.."pinta Zayden pada kanak-kanak yang terpinga-pinga di situ.

EIRA MERASAKAN lengannya di pegang. Dia menoleh. Wajah Tuan Musah di hadapannya. Perasaan terkejut tadi membuatkan dia bertindak kasar. Tangan itu di rental kasar darinya.

"Eira tunggu!Eira!"lelaki itu memanggil apabila Eira melangkah jauh dari situ.

Eira cuba menenangkan diri. Wajah lelaki itu berlegar dalam mindanya sejak kebelakangan ini. Masakan dia lupa pada seraut wajah Tuan Musa yang cuba dihapuskan dari kotak fikiran akibat perubahan sikapnya yang ketara.

Hatinya sakit. Apa yang sedang dilakukan Tuan Musa di tempat seperti ini? Kenapa daddynya sudah berkali-kali dilihat dengan seorang wanita dan seorang gadis yang sama tetapi tidak bersama dengan mommynya sendiri? Perlahan air matanya mengalir ke pipi.

"Eira, daddy-"

Eira tidak berlengah lagi. Dia terus masuk ke dalam kereta kemudian menangis semahunya.

ZAYDEN MEMBERANIKAN DIRI untuk bertanya. Sekian lama memandu,dia hanya ditemani dengan suasana sepi. Zayden jadi tidak tenang. Eira di sampingnya hanya membisu semenjak tadi.

"You dah okay ke Eira?"tanya Zayden seolah-olah mahu memujuk. Dia tahu Eira gadis itu sedang bersedih. Tentu sekali disebabkan peristiwa tadi.

Zayden sendiri tidak menyangka dengan apa yang disaksikan sebentar tadi. Sepanjang perjalanan itu dia tidak habis fikir. Kenapa Uncle Musa dengan wanita lain?

Eira menggeleng. "I tak apa-apa."

"You masih fikirkan pasal daddy you ke?"Zayden masih memancing perhatian Eira untuk berbual. Dia memang yakin dengan apa yang bermain dalam fikiran Eira. Sengaja dia bertanya walaupun soalan itu obvious sangat.

Eira kejung. Mengangguk tidak. Menggeleng pu. tidak.

"Kalau you tak kisah. you boleh share apa-apa yang you nak dekat I. Jangan disimpan. Tak elok untuk mental you nanti."

"I dah biasa."

"Mulai hari ni, I boleh jadi pendengar setia you."

"I tak perlukan semua tu."

"Eira, I cakap macam ni sebab I kisah pasal you."

"Masalah I bukan urusan you untuk fikirkan Zayden. It's okay. I tak apa-apa."

"Kenapa dengan you ni?You fikir daddy you curang dekat mommy you ke?"Zayden seolah-olah meneka.

Eira diam. Kata-kata Zayden itu benar-benar mencarik luka di hatinya. Sakit yang tak terkata. Benarkah apa yang sedang dia lalui ni?

Selama ini dia risak pernah terlintas akan perkataan curang dalam keluarganya terutama sekali setelah melihat cinta dan kasih sayang daddynya pada mommy yang tidak pernah kurang sejak dahulu. Adalah kerana mommynya sakit hingga boleh membawa maut maka daddnya ikut mula berubah hati?Habis siapa perempuan yang bersut kemas yang menanti Daddny dia hadapan company hari tu? Isteri ke berapa pulak?

"Eira you sepatutnya beri daddy you peluang untuk jelaskan hati sebenar."

"Apa yang daddy I buat, you jangan ambil kisah."
Eira menahan rasa. Dia melihat daddynya bersama dengan perempuan yang sama. Apa lagi yang harus di dengarkan lagi. Daddynya memang telah berlaku curang. Young

"You boleh share apa juga cerita dengan I. You boleh percayakan I."Zayden masih tidak mengalah.

"Tak ada sebab untuk I beritahu masalah I dekat you."

"Kenapa pulal?Kita kan kawan?"

"Dah la. I nak tidur."Eira terus bersandar dan memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience