Perhatian Eira terarah ada orang yang lalu lalang disekitar kawasan laman rumah menghadap pemandangan luas pandang rumput yang terbentang luas di belakang rumah itu. Menurut Ariel kawasan pandang itu menjadi tumpuan di hujung minggu untuk orang beriadah. Zayden dan Eira mengambil peluang itu mengambil angin di situ. Ariel pula terus pulang ke rumah.
"Eira."
Eira menoleh. Senyumannya sudah memudarkan. Lelaki itu hairan memandang Eira yang diam.
"Kenapa you ni?" soal Zayden.
Eira pantas menggeleng. "Tak ada apa-apa."
"Betul ni?"tekan Zayden lagi.
Eira kemudiannya melepaskan keluhan." Betul la. Memangnya dekat muka I ni ada perkataan masalah ke?"
" Tak ada la. You diam aje. Itu yang I tanya."
" Diam tu tak semestinya I ada masalah. Kekadang tu diam tu sebab rasa tenang."
"Iya ke ni? Setahu I la kan, kalau diam tu tandanya sama ada tengah marah atau ada masalah je." Zayden tersengih mendengar respon Eira itu.
Eira menjungkit kan bahu. Mungkin lain orang lain persepsinya.
Zayden tertawa. "Kalau you tak tahu kenapa you cakap macam tu?"katanya pula.
Eira hanya diam.
"Orang takkan cakap macam tu kalau tak ada sebab, you tau tak?" ujar Zayden tenang. Dia mulai mengerti kenapa Eira tidak banyak bersuara sejak tadi. Pasti ada sesuatu yang buatkan Eira enggan banyak bercakap.
Suasana kawasan itu agak hening. Mentari sudah semakin mencacak tinggi di langit. Namun teriknya tidak terasa.
"You... Tengok tu!"Zayden tiba-tiba menyergah.
Eira terus berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Zayden. Sepasang burung merpati berwarna putih dilihat sedang bertenggek di dahan. Eira hairan. Terus dia menoleh semula pada Zayden. Ingatkan apa la tadi.
"You nampak burung merpati tu?"soal Zayden.
Eira mengangguk.
"Menurut orang lama, burung merpati adalah cinta sejati yang kekal ke akhir hayat."beritahu Zayden.
Untuk seketika Eira diam memikirkannya untuk sesaat.
"Macam mana you tahu?"Eira pandang ragu-ragu ke Zayden. Iya-Iya la tu.
Zayden tersenyum. Dia tahu Eira mungkin berasa seakan dia hanya bluffing dengan kenyataannya sebentar tadi.
" I ada study pasal tu masa dekat abroad dulu."
Eira akhirnya tersenyum. Dia tahu, dia tewas untuk berdebar setiap perkara yang diluahkan oleh Zayden. Lelaki itu banyak juga ilmunya tentang cinta. Sementelah l, apa yang diberitahu pasti berdasarkan apa yang telah dipelajari.
Eira mendiamkan diri. Pandangannya terarah tepat ke dasar wajah Zayden. Ucapan lelaki itu membuatkan dadanya gementar gelisah. Persoalan yang terbit di dalam dadanya serentak dengan senyuman lebar yang terukir dibibir Zayden. Eira merasakan debaran di dadanya mula memuncak.
Dia segera berpaling ke belakang. Tanpa diduga, kakinya terpelecok. Dia tidak dapat mengawal tubuhnya dan tiba-tiba Zayden meluru.
EIRA berdiri menghadap cermin panjang yang terletak tegak di penjuru bilik. Membelek penampilannya yang ringkas dengan dress biru gelap paras lutut lengan pendek dan rambut yang dihias dengan penyepit reben putih. Sepasang heels tiga inci berwarna putih di padankan dengan attire itu. Senyuman berpuas hati terukir di bibir.
"Amboi,nampak gayanya tak kalah cantiknya awak dengan saya hari ni..."teguran Rania itu Membuatkan Eira pantas memalingkan kepala ke arah gadis yang indah dalam busana pengantin biru langit itu. Nada suara itu juga kedengaran tenang dan bersahaja dibandingkan semalam.
Majlis perkahwinan semalam berlangsung dengan lancar. Hari ini majlis resepsi pula bakal berlangsung. Eira ikut tumpang gembira kerana Ariel dan Rania dengan selamat berjaya mengikat tali perkahwinan mereka.
"Awak betul-betul cantik." puji Rania.
"Mana ada... Awak lagi cantik."
"Tapi tak la semenawan awak."senyuman Rania menampakkan lagi seri pengantin di wajah itu.
Eira menggeleng. "Mana ada. Pengantin perempuan adalah orang yang lebih cantik di hari bahagia dia."beritahunya.
Rania tersenyum. Hanya mereka berdua sahaja di kamar pengantin itu. Menanti ketibaan pengantin lelaki.
"Saya senang dapat berkenalan dengan awak Eira. Saya harap pada masa akan datang, kita dapat terus berkawan. Kalau dah balik sana, jangan lupa saya. Nanti ada masa datang la ke sini. Bawak Zayden sekali."pesan Rania. Jari jemarinya memegang tangan Eira.
"Kita tengok keadaannya nanti."ujar Eira.
Rania kenari nafas dalam sebelum dilepaskan panjang. Hendak menghilangkan rasa gugup.
"Selamat pengantin baru."ucap Eira seraya membalas genggaman tangan Rania yang kesejukan itu.
"Terima kasih."
Kenangan yang mereka cipta semalam terpahat di minda masing-masing. Eira tahu Rania akan hidup bahagia di samping Areil. Namun ada debaran yang tiba-tiba menjala di dalam dadanya. Wajah Zayden bermain dalam kepalanya.
ZAYDEN termenung jauh di halaman rumah Ariel yang sejak semalam sibuk dengan kehadiran sanak saudara lelaki itu. Tika itu dia duduk sendirian di serambi rumah. Jiwanya tidak tenang. Resah menghuni dada tidak menunjuk tanda surutnya. Semenjak semalam lagi dia berasa tidak tentu arah. Kenapa? Zayden sendiri tertanya-tanya. Lalu fikirannya kembali mengimbas kejadian yang berlaku semalam semasa bersama Eira.
EIRA tiba-tiba aje beredar dari situ sebelum terpelecok. Belum. Sempat Zayden bersuara, tubuh gadis itu bergerak hendak terjatuh. Gadis itu terus menghulur tangan hendak mencapai sekeliling. Dia pantas menyambut tangan Eira. Tindakan spontan Zayden itu membuatkan Eira memegang bahunya secara refleks.
Wajah mereka saling bertemu dengan jarak hanya sehelai nafas. Saat itu seolah-olah hembusan angin lenyap dan keadaan sekeliling menjadi sunyi. Mata Zayden tidak lepas dari merenung tepat ke sepasang mata menawan milik Eira. Begitu intim jarak mereka. Masing-masing kelu lidah tidak dapat berkata.
Eira yang tersentak tidak lama kemudian terus menolak tubuhnya dari pelukan Zayden. Zayden ikut turut tersedar, perlahan-lahan tangannya yang melingkar di sekeliling badan itu di lepaskan. Dia cuba berlagak tenang tetapi degupan dalam dadanya rancak bergendang.
"Thanks...."suara lembut Eira perlahan kedengaran.
Zayden mengangguk. Dia cepat-cepat memandang ke arah lain. Bibirnya Terkatup rapat. Dia tidak tahu kenapa perasaannya dilanda emosi asing yang buatkan nafasnya tertahan. Diam-diam sekali lagi Zayden mengerling ke wajah Eira. Hatinya semakin sebu. Debaran hangat yang menyapa waktu itu buatkan dia terkedu.
ZAYDEN menoleh ke belakang. Kelihatan Ariel di situ. Sudah segak dengan pakaian pengantin yang tersadung di tubuh lampai itu.
Ariel terus menghampiri Zayden. Sejak semalam lagi Ariel perasan akan perubahan angin sahabatnya itu dia cuba merisik-risik tetapi Zayden seakan mengelat dari menjawab pertanyaan dia.
"Handsome dah member seorang ni..."ucap Zayden sambil membetulkan bow tie DI leher Arile agar kelihatan lebih kemas.
Ariel tersenyum. Inilah masanya untuk dia mengorek rahsia Zayden pula.
"Kau apahal? Dari semalam aku perhati macam anak itik hilang mak aje rupanya. Eira pun sama."tanya Ariel lama-lambat.
Zayden tiba-tiba menepuk bahu Ariel." Of course la Aku rasa lain macam. Dah member baik aku dah jadi suami orang."tepis Zayden sebelum Ariel dapat jawapannya.
Ariel memincing mata curiga dengan kata-kata Zayden itu. Iya ke ni? "Nak risaukan apa pulak. Tak ada apa yang kau nak fikirkan pasal aku."katanya." Lagipun kau dengan Eira tu ada-"
" Jaga Rania elok-elok. Jadi suami yang rajin dan bertanggungjawab. "potong Zayden lagi.
Ariel melepaskan hela mengalah. Sudah berserah hendak bertanya lebih kalau begini gayanya.
Share this novel