"Tak boleh jadi ni kalau tetamu lebih cantik dari pengantin perempuan hari ni."kata Zayden kedengaran dari arah kanan.
Eira yang terkejut dengan suara itu menjungkit kening tinggi sewaktu memandang susuk lampai Zayden mendekatinya. Dan matanya tertancap pada penampilan segak lelaki itu yang mengenakan kemeja biru gelap sepertinya. Lelaki itu menarik senyuman manis kepadanya. Eira tidak perasan akan kehadiran Zayden di situ. Dia terlalu ralit memerhatikan majlis resepi Rania dan Ariel yang diiringi dengan kanak-kanak kecil dan persembahan menari oleh tetamu di situ.
Eira membalas senyuman Zayden dengan kerutan di kening. Biarpun dadanya sesak kerana gemuruh, dia cuba untuk kekal bersahaja di situ. Inginnya enggan mengingat semula apa yang berlaku semalam tapi Bayangan itu mahu bertandang jugak.
"Sejak bila you duduk kat sini?" tanya Eira.
Zayden ketawa. Matanya tidak beralih dari menatap Eira. Memang Eira kelihatan cantik ketika itu. Dia memuji dengan perasaan jujur. Lagipun dia enggan disebabkan kejadian semalam buatkan hubungan mereka kekok. Tetapi hatinya tidak dapat tenang setiap kali mereka saling bertentang mata.
"Dari tadi. You aje yang tak perasan."jelas Zayden.
Eira masih tersenyum sekadar diperhati oleh Zayden. Gadis itu kemudian memalingkan wajah ke hadapan semula. Debaran yang ada semakin mengasah dada. Tatapan dalam Zayden itu sedikit banyak membuatkan dia gelisah. Bersama dengan Zayden begini buatkan Eira mati kutu. Tiba-tiba aje kepalanya kosong. Tiada apa yang dapat dijadikan bahan bualan.
Hari itu semasa keluar menonton teater elok aje mereka berbual panjang hingga sampai ke rumah. Tak ada pula dia berasa seperti mana yang dia rasakan sekarang.
"Berada dekat sini buatkan I teringat dekat Elena pulak."
Kata-kata itu buatkan Eira tertarik untuk memandang Zayden semula. Lelaki itu sudah berdiri dekat dengannya di sebelah. Tepi wajah itu ditatap ingin tahu. Memangnya apa dah berlaku dengan dua orang ini? Buatkan dia terimbas semula pertemuannya dengan Elena tempoh hari yang ditemani oleh lelaki yang sama.
Kali pertama Eira terserempak dengan Elena di salun dan gadis itu nampak seperti takut-takut tetapi kali ini Elena kelihatan tenang seakan tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba aje dia berasa menyampah bila mengingatkan semula Elena tu. Apa masalahnya dengan Elena tu? Dan siapa lelaki yang bersama dengan Elena tu? Abang? Saudara? Atau somebody special seperti Zayden? Sampai ke hari ini Eira tak dapat nak hapuskan semua persoalan itu.
"Dah sebulan lebih Elena tak call I. Pernah I call dia tapi tak pernah dapat. I ke rumah dia tapi asyik sunyi aje macam tak ada penghuninya."keluh Zayden penat dengan sikap teman wanitanya. Keceriaan di wajah itu ikut memudar.
Eira fokus pada apa yang disampaikan oleh Zayden. Dia sedang berkira-kira sama ada hendak menceritakan apa yang dia lihat atau tidak. Tetapi bila di fikirkan kalau dia tersalah maklumat lagi bagaimana? Tak ke dia buatkan Zayden membencikan dirinya lagi? Masalahnya kalau dibiarkan tak ada siapa tahu sama ada Elena curang dengan Zayden atau tidak. Itu buatkan Eira jadi bingung hendak buat keputusan.
"Kalau you ada boyfriend, you akan buat dia susah hati ke?" Zayden memandang Eira. Biarpun hatinya masih berdebar gugup, namun debaran ya kali agak berkurangan. Mungkin kerana fikirannya tertumpu pada Elena ketika ini.
"I sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Sebab benda belum berlaku kan. Jadi I tak boleh nak bayangkan situasinya macam mana."balas Eira dengan jelas.
Suara pengacara majlis mula kedengaran. Memberitahu supaya mana-mana tetamu yang hadir hendak menyampaikan ucapan buat pasangan pengantin. Eira dan Zayden masih belum berganjak dari tempat mereka berdiri.
Zayden sekadar berdengus kecil mendengar jawapan itu. Dia masih tidak boleh percaya gadis secantik Eira tiada siapa yang suka. Seketika Zayden meneliti segenap inci wajah Eira. Hairan dia, kenapa Eira masih belum mempunyai kekasih? Pada masa yang sama Zayden berasa lega dengan kenyataan Eira tadi.
"Kenapa you pandang macam tu? Pelik ke kalau I tak ada boyfriend?" sekuntum senyuman terukir di bibirnya membalas senyuman Zayden.
"Tak adalah. I tak rasa yang you ni tak ada siapa yang suka. Cuma you aje yang jual mahal. Itu yang tak ada boyfriend."terus lupa dia tentang Elena tadi.
Keluhan kecil lepas dari bibir Eira tanpa sengaja. Dia termenung seketika mendengar komen Zayden itu. Jual mahal ke dia? Rasanya ianya lebih kepada perasaan berjaga-jaga untuk perkara yang tidak ada kepastiannya. Disebakan dia enggan menyerahkan hati kepada sebarangan lelaki, Eira lebih memilih untuk tidak mencintai sesiapa dulu. Sebab sudah banyak kes kecurangan yang telah dia saksikan selama ini. Ianya buatkan Eira takut menjadi salah satu daripadanya.
"Ariel ada beritahu dekat I, masa dekat universiti, you popular."
"Tak bermakna yang I perlu ada boyfriend. Lagipun rasa suka sebagai peminat dan rasa suka sebab cinta tu lain."
"Memang la. Tapi takkan la sampai sekarang You langsung tak pernah rasa jatuh cinta atau jadi kekasih seseorang?" Zayden masih enggan berundur.
"Tak."tegas Eira.
"Kalau macam tu mesti ada sebabnya kenapa you tak ada boyfriend sampai sekarang kan? Mustahil tak ada. Kalau tak you mesti dah ada kekasih sekarang."
"Macam mana you tahu?"
Zayden terdiam. Menurutnya Eira ada tarikan yang tersendiri. Tingkah laku Eira sering diperhatikan secara diam jika gadis itu duduk sendirian di luar rumah. Pernah sekali Zayden sedang mencari barangnya yang hilang di bilik Angela, sekali dia ternampak Eira dengan bersantai di jendela bilik gadis itu sambil tersenyum sendiri membelek pokok bunga. Hatinya sudah tertarik melihat Eira ketika itu.
"Mana ada. I tak memilih atau jual mahal la."
"Dah tu apa dia?"
"You takkan faham kalau I ceritakan pun. Banyak perkara tak semua kita kena beritahu dekat orang kan, betul tak?"
"Kenapa? You ada trauma ke pasal relationship?"
" Trauma tu tak adalah. Tapi ada la certain peristiwa tu buatkan I belajar darinya."
Suasana hening menjalar untuk seketika. Eira melepaskan hela panjang. Tika itu memori lama melayah hilang dari ingatan.
"Eira..."panggil Zayden.
Eira memalingkan pandangan ke arah lelaki itu. Tertarik dengan nada suara Zayden yang lembut. Dia nampak Zayden seakan ingin menyampaikan sesuatu.
" Hm? Ada apa? "soalnya apa Ila Zayden mendiamkan diri sesaat selepas itu.
Mereka saling membalas tatapan ke antara satu sama lain. Membuatkan Eira mula tidak senang berdiri di situ. Mata Zayden masih terarah pada wajah Eira. Dia cuba mengatur ayat di dalam kepalanya. Ragu-ragu hendak menyuarakan ucapannya.
"Pasal semalam tu..." Zayden terhenti di situ.
Eira terus menunduk. "It's okay. I tak amik hati pun. Rasanya tak ada apa yang you nak minta maafkan. Sebab you jugak tolong I."
"Err..."
"Anggap aje la tak pernah berlaku. Okay?"
"Oh, okay..." angguk Zayden.
"Dah jomla kita duduk."ajak Eira.
Zayden memandang terkilan belakang kepala Eira sewaktu gadis itu berlalu pergi. Dia tahu Eira enggan bercerita panjang tentang kejadian se. Ala. Tapi dia tak boleh nak berhenti dari berfikir pasal hal tu.
Share this novel