TASJ 16

Romance Series 41308

"You dah call Elena?" tanya Zayden dengan riak marahnya. Dia langsung tidak memandang Eira yang berdiri tegak di hadapan menja ketika itu.

Semenjak tadi dia meneliti sehelai demi sehelai draf laporan yang dibawa oleh Eira. Seolah-olah cuba mencari silap dan kesalahan yang boleh dijadikan modal untuk terus mendera dan melepaskan geram terhadap gadis itu.

Dalam-dalam Eira menarik nafas. Haruman minyak wangi mahal Zayden naik menyerap ke deria baunya dan menghasilkan kesegaran di jiwa. Entah kenapa dia berasa berdebar-debar. Tetapi, menatap wajah serius Zayden ketenangan yang dirasai seolah-olah terapung melayah.

"Belum lagi."

"I taknak tunggu lama-lama Eira."

"I need time." beritahu Eira mendatar. Dia enggan dalam keadaan terburu-buru. Biarpun kesilapannya terhadap keretakan hubungan Zayden dan teman wanita lelaki itu tidak la seserius mana, tapi rajuk Elena itu benar-benar membuatkan Eira memerlukan masa sebelum bersua muka dengannya.

"I tak peduli. You sepatutnya dah berjumpa dia dan beritahu hal sebenar. I dah beritahu dekat you nombor Elena kan? Berat sangat agaknya nak call dia!"

"Tapi I masih perlukan masa, Zayden."

Zayden mengangkat kepala bertentang mata dengan tatapan kelam Eira. Beberapa saat kemudian lelaki itu mencampak helaian kertas yang berada dalam tangannya betul-betul ke arah Eira. Bersepah-sepah kertas itu sehingga ada yang berterabur di atas lantai.

"Check semua kerja ni semula. Petang nanti I nak tengok finalnya."

Tingkah mengejutkan Zayden itu hanya diperhatikan Eira dengan perasaan sebu di dada. Wajah tegang lelaki itu tiada senyumannya langsung.

"Terlalu banyak sangat TYPO. Lepas tu tolong tengok semula bahagian costing. Butiran dalam tu langsung tak logik."

"I dah check tiga kali bahagian tu sebelum I refer dekat you. Apa lagi yang you nak I check kan lagi?" Eira balas geram-geram dengan nada tidak puas hati. Sudahlah dia terkejut dengan tindakan Zayden, bolehnya lelaki tu menengking dia pulak!

"I suruh you check, check aje la. Jangan nak banyak bunyi boleh tak?"

"Ya I tahu!" jerit Eira.

Zayden melawan mata dengannya.

"Berani you tinggikan suara dekat I!"

"Ya! Memang I berani tinggikan suara dekat you! Sebab you menghukum I dengan Kerja-kerja yang bukan tugas I untuk mulakan. You berdendam dengan I disebabkan kesalahan kecil yang bukan bukan melibatkan kerja!"

"Apa dia? Kesalahan kecil?"

"I dah minta maaf dekat You Zayden. I tak sengaja. Takkan itupun you tak boleh nak bertimbang rasa dekat I!"

"Memang pada you hal kecil. Tapi pada I ini soal maruah dan kepercayaan. Maruah I sebagai lelaki tercalar bila Elena tuduh I ada perempuan lain. Dan kepercayaan I pada you dikhianati sebab penipuan You sendiri."

"Zayden, I-"

"Apa kata you balik rumah dan suruh mommy you aje macam mana nak mengaku bila dah buat salah."

Menyirap marah Eira mendengar cemuhan Zayden itu. Dia membisu. Hatinya benar-benar berang apabila Zayden mengaitkan mommynya dalam masalah ini.

"Tak kira. I nak you call Elena hari ni jugak. Itu bermakna mulai esok hubungan kami kembali pulih semula macam biasa." Zayden beritahu tapi kedengaran seperti memberi arahan.

DENGAN wajah selamba, Eira terus berjalan keluar dari pejabat Zayden selepas mengutip semua kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Lelaki itu sebenarnya pengecut. Mengapa Zayden sendiri tidak mahu berterus terang dengan Elena tentang hal sebenar sekiranya lelaki itu tidak salah? Gerutu Eira. Menyesal dia terima persahabatan dengan lelaki itu.

Di biliknya dia melepaskan keluhan panjang. Tidak semena-mena Eira terpandang sehelai kertas notpad yang dipinkan di kalendar kerjanya yang tertulis nombor telefon., alamat rumah dan pejabat Elena yang bekerja di sebuah firma guaman. Eira mencapai kertas itu. Dia meneliti setiap huruf dan nombor yang tercatat di atas kertas itu sebelum mencapai gagang telefon.

"Hello...may I speak to Elena please?"

Beberapa saat kemudian kedengaran suara di hujung panggilan. "Hello, Elena speaking."

Mendengarkan suara Elena yang mesra, Eira berasa lega. Dia berharap dapat membetulkan semula keadaan.

"Hai Elena. Saya Eira dari King Venture Development."

"King Venture?"

"Ya. Zayden-"

Menyepi seketika hujung panggilan. Mungkin Elena terkesan apabila nama Zayden di ungkit.

"Boleh tak kita berjumpa? Ada something yang I nak discuss dengan you." pinta Eira apabila gadis itu membisu dalam panggilan.

Elena hanya mendiamkan diri.

"Please Elena. I nak discuss dengan you tentang Zayden. Bila kita boleh jumpa?"rayu Eira lagi apabila gadis itu terus membisu.

" Sorry. I tak ada masa. Busy. "

" Elena-"

Talian terus diputuskan. Elena telah memutuskan panggilan itu.

Bersama keluhan berat, Eira bersandar letih pada kerusi sebelum memejamkan mata. Sebab ini la dia kata dia perlukan masa. Tapi Zayden tidak boleh mengerti akan tujuannya. Bukan semua perkara perlu dilakukan secara tergesa-gesa.

"EH, YOU TAK keluar lunch ke?" teguran Aeron yang muncul di muka pintu pejabat Eira mengejutkan gadis itu yang baru sahaja memejamkan mata. "Dah nak masuk pukul 1 dah ni. Jom la lunch sekali."

"It's okay. You nak lunch, pergi la dulu. I tak ada selera nak makan hari ni. Lagipun i tak rasa lapar."

Dahi Aeron berkerut. Dia jalan mendekati meja itu. Raut wajah Eira yang puct tidak bertenaga di tatap lama. "Eira, you okay? Nampak macam tak sihat je."

"Tak de la. I Okay je. Cuma ngantuk sikit."

Aeron mengamati wajah itu. "Kalau you tak sihat, I hantarkan You ke klinik. Nak?"

Eira menggeleng. "It's okay la. Serius. I tak apa-apa. I nak tidur kejap."

"Nanti I take out lunch untuk you kalau macam tu."

Eira masih juga menggeleng. Sebenarnya sejak tadi dia cuba mencari idea bagaimana hendak memujuk Elena agar bersetuju untuk berjumpa dengannya.

"I risau ni Eira. You nampak pucat. Kalau tak makan, masuk angin pulak perut tu nanti."

"I nak berehat dulu. Nanti kalau I lapar, I makan ya. You jangan la risau." beritahu Eira semasa menyandar ke kerusi.

"I ada panadol. Kalau you nak, I ambik kan."

"Tak apa Aeron. Serius I okay -" Eira baru sahaja mahu menghala g namun Aeron sudahpun keluar dari situ dan muncul semula tidak lama kemudian bersama dua biji panadol dan sebotol mineral.

"Lepas you makan ubat, you berehat. Harap-harap hilang la sikit letih tu." Aeron meletakkan dua biji panadol itu ke dalam tangan Eira.

Mahu tak mahu, Eira terpaksa juga menerimanya. "Terima kasih."ucapnya.

Aeron mengering sekitar meja Eira yang bersepah dengan fail dan helaian kertas. Sempat dia mencapai sehelai dan menelitinya. Berkerut terus tengah dahi itu.

"Kenapa you yang buat semua kerja ni, Eira?"

"Hm? Apa tu?"

"Ni...drafting report. Setahu I ini bukan skop kerja you . Kenapa you buat kerja ni? Bukan ke sepatutnya you handle report Blue Lagoon aje?"

Terkelu lidah Eira masa ni. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. "Err..."

"Kenapa?"

Eira cuba mencari ayat yang sesuai. Dia tidak mahu terlepas kata pulak. Aeron tidak perlu tahu apa yang berlaku di antaranya dengan Zayden sekarang ini.

"Zayden yang suruh you cover semua kerja ni ke?"

Pada masa yang sama pintu pejabat Eira terbuka. Aeron berpaling ke balik bahu dan Eira juga menoleh pada masa yang sama. Kedua-duanya tersentak apabila melihat wajah bengis di depan pintu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience