"Meen kat mana? Kenapa sampai sekarang tak balik lagi?" suara risau Puan Amber kedengaran.
Jam sudah masuk 2 pagi. Eira agak terkejut menerima panggilan dari mommynya. Salah dia juga kerana tidak menghubungi mommynya dari tadi. Sambil melekap kan telefon ke telinga, tumpuan Eira masih terarah pada cermin bilik wad rawatan yang menempatkan tubuh kaku Erissa. Dia sebak melihat wayar-wayar halus yang di sambungkan ke tubuh kakak keduanya itu.
"Meen...?"
Eira tersentak. Teringat yang dia masih dalam panggilan bersama mommynya.
"Ya mommy."suara Eira berbaur keluhan.
"Kamu okay ke ni?"
"Mm. Meen okay je. Meen cuma lupa nak call mommy beritahu hari ni overtime dekat office. Banyak kerja nak siapkan. Ni pun Meen ada dekat office lagi."tipu Eira tanpa niat.
Rasa bersalah mulai bertandang. Rasa sebaknya semakin mencengkam di dalam dada. Kalaulah mommynya tahu dia berbohong, pasti wanita itu akan kecewa. Keluhan Puan Amber kedengaran di hujung talian. Eira tahu mommynya tidak senang dengan jawapannya itu.
"Dah pukul berapa dah ni? Bila kamu nak balik kalau macam tu?"
"Tak sure lagi." jawab Eira selepas itu. Dia teringat yang dia perlu menjaga Erissa hari ini. Kalau boleh sehingga kakaknya sedarkan diri.
"Hah?Tak sure? Maksudnya kamu balik atau tak balik kalau macam tu?"suara Puan Amber sudah mulai keras." Mana kamu nak tidur nanti?"
" Mommy jangan la risau. Meen. Uma balik lambat aje. Mommy jangan pulak tunggu Meen."
Suasana sepi seketika.
"Memangnya siapa aje yang ada dekat office tu? Ramai ke?" Nada Puan Amber kembali kendur.
"Adalah dua tiga orang macam tu."lancar aje Eira memberi jawapan. Sedangkan di dalam hati dia berasa serba salah bagai nak apa. Bukannya dia sengaja hendak berbohong. Tapi kerana terpaksa. Rahsia kakaknya perlu disimpan.
"Zayden ada sekali tak dekat situ?"
Eira terpana. Zayden? Hatinya tiba-tiba di hentak rasa sebu. Dia sudahpun melupakan lelaki itu untuk beberapa jam yang lepas. Tak sangka pulak mommynya akan mengungkit nama itu semula.
"Tadi Mama Zayden pun beritahu yang Zayden belum balik lagi. Dia ada sekali ke dekat situ?" tanya Puan Amber lagi.
"Err...ya. Zayden pun ada." jawab Eira pantas.
"Kalau macam tu tak apalah. Tak ada la mommy risau sangat kalau Zayden ada sekali."
Eira mencebik. Meluat apabila nama lelaki itu disebut oleh mommynya sejak tadi.
"Okey la. Mommy Nak tidur. Jangan balik lewat sangat."
"Okay mommy. Goodnight."
ZAYDEN menapak masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan berbuku. Briefcase warna hitam terus di campak ke sofa. Dia lantas merebahkan tubuh di kerusi. Hamparan siling plaster yang berukir-ukir menjadi tumpuan matanya.
Jiwanya resah. Hatinya terasa sakit yang amat. Entah kenapa Eira boleh berubah sikap begitu? Apa salah dia sehingga Eira bertindak melarikan diri tanpa langsung memberi peluang kepadanya untuk meluahkan apa yang tersimpan di hatinya selama ini?
Dalam-dalam Zayden menarik nafas lalu di hembus panjang. Namun ianya langsung tidak dapat mengundang kelegaan di dalam dadanya. Semalam Eira sekalipun tidak menjawab mana-mana panggilan dari dia. Bukan setakat itu aje, pesanan yang dia hantar pun tidak dibaca apalagi dibalas. Puas dia cuba menghubungi Eira tiada langsung jawapan dari gadis itu. Sepanjang malam dia duduk di pejabatnya. Namun semuanya sia-sia. Eira bertindak untuk menjauhkan diri daripadanya dengan menghilangkan diri sejak petang semalam lagi.
Zayden bengang. Pagi tadi dia ke pejabat dengan penuh harapan dapat bertemu dengan Eira lalu apa yang tersimpul di dalam dadanya dapat di leraikan. Tetapi kelibat Eira langsung tidak kelihatan di mana-mana sepanjang hari. Dia ingatkan Eira datang lewat ke apa. Rupa-rupanya Eira memang tak masuk office sampai ke petang.
Kelopak mata Zayden terkebil-kebil. Dia memang maksudkan yang dia jatuh cinta terhadap Eira. Dia tidak menipu. Dia menyatakan perasaan itu dengan sejujurnya. Mengapa Eira sangka luahan perasaannya itu sebagai gurauan? Tiada perasaan langsung ke Eira terhadapnya hingga tidak memberi sebarang ruang dan peluang untuk menjelaskan apa yang dirasainya beberapa hari ni?
"Hah, kau ni dah kenapa pulak? Dah macam apa aje aku perhatikan?" Aeron tiba-tiba muncul menegur. Ia hairan melihat Zayden mendiam diri sebegitu.
Aeron mendekati Zayden yang sedang berbaring di atas kerusi di ruang tamu rumah. Kelesuan Zayden terpancar jelas di raut wajahnya. Sudahlah semalam adiknya itu pulang ke rumah sewaktu dinihari. Hari ini pula Zayden kelihatan murung begini. Ada masalah yang dihadapi oleh Zayden ke?
Sebagai abang dan bekerja dalam satu syarikat dia tidak mahu Zayden menanggung sendirian seandainya ada masalah yang timbul. Mereka adalah saudara kembar. Suka dan duka mereka harus dirasai bersama.
"Apa yang tak kena lagi kali ni?" Aeron bertanya. Namun dia seolah-olah dapat meneka yang masalah itu pasti berhubung kait dengan Eira.
Aeron terus duduk di kerusi. Zayden nampak seperti tidak berminat untuk menjawab. Entah apa yang difikirkan dia, Aeron cuba untuk tidak ambil tahu. Tangan Aeron mencapai majalah yang ada di atas meja lalu dibelek-beleknya.
"Eira..." kata-kata Zayden terhenti di situ. Mencuri perhatian Aeron.
"Eira? Kenapa dengan dia?" tanya Aeron. Dia semakin keliru. Berkerut-kerut dahinya. Lebih-lebih lagi apabila mendengar nama Eira disebut oleh Zayden tadi.
Zayden bagaikan orang sasau. Bibirnya seolah-olah terkunci.
Share this novel