Aeron duduk termenung di gazebo yang dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang terdapat di laman utama dewan majlis. Perasaannya ketika itu berasa kosong. Dia tidak tertarik dengan kecantikan bunga-bungaan yang berwarna-warni di situ. Hatinya gundah. Fikirannya walang.
"Dekat sini rupanya you. Patut la dekat dalam tak nampak. Kenapa you ni?" tegur Eira membuka bicara.
Sedari dia tadi, Eira ternampak Aerin sendirian di gazebo batu Separuh terbuka di situ. Ingin ditegur tapi dia sendiri sibuk dengan majlis pertunangan Angela yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sementara menunggu, dia ambil keputusan untuk keluar ambil angin. Itu yang terserempak dengan Aeron di situ. Lalu dia mendekati lelaki itu. Tambahan pula dia sebenarnya cuba hendak mengelak dari bertembung dengan Tuan Musa. Sebolehnya dia enggan bersemuka dengan orang tuanya itu.
Keluhan berat kedengaran dari Aeron. Lelaki itu kelihatan tidak tentu arah. Malah sejak Eira sibuk membantu Angela menguruskan persiapan wanita itu, sudahpun Eira perasan akan tingkah Aeron yang kelihatan ada yang mengganggu ketenteraman lelaki itu. Tak memasal dia pulak yang risau. Lagipun ke mana aje Zayden menghilangkan diri?Dari tadi dia langsung tidak melihat lelaki itu di mana-mana.
"I bukannya ada masalah. Tapi ada something yang menganggu I."beritahu Aerin lalu mengerling ke arah pokok-pokok bunga yang bergerak setiap kali angin bertiup.
"Serius ke?"tanya Eira ingin tahu.
Aeron tidak terus menjawab. Dia termenung lagi." Maybe."jawabnya perlahan.
"Pasal Hannah ke ni?" soal Eira tidak berselindung.
Dengan berat Aeron memejamkan mata. Tekaan Eira membuatkan dia mengeluh. Lama kemudian barulah dia mengangguk.
Eira yang sudah mengagak ada yang menganggu fikiran Aeron pastilah mengenai Hannah. Tak mungkin la Aeron nak fikir pasal hal kerja pulak.
"Hannah tu hah, cemburu memanjang. Sampai fed up I nak menghadap perangai dia yang satu tu."keluh Aeron kekesalan setiap kali teringat semula kepala angin Hannah.
Sesungguhnya bagi Aeron, Hannah sudah melampaui batas kesabarannya apabila menuduh bahawa perasaan cinta da sayang dia pada Hannah tidak ikhlas. Hati lelaki mana yang takkan terguris bila orang yang disayangi tuduh macam tu. Itu bermakna selama ini Hannah tak pernah percayakan dia.
Eira menahan nafas dalam diam bila mendengarnya. Takkan la sampai begitu sekali serius masalah Aeron bersama Hannah?
"I rindukan Hannah. Tapi kenapa dia seolah-olah dah taknak dekat I? Setiap tingkahlaku dia seakan nak sakiti I!"
"Aeron.. You sedar tak apa you cakapkan ni? You cakap macam you dah give up dekat Hannah? Sebenarnya apa yang dah berlaku?"
Dengan kasar Aeron meraup mukanya. Seakan-akan bengang dan kesal.
"Bukan sekali Eira. Bukan sekali I lamar Hannah. Banyak kali I lamar Hannah untuk jadi isteri I. Tapi kenapa sikit pun Hannah tak boleh nak appreciate effort I?"
"You lamar Hannah?" suara Eira berubah ceria dan berita itu disambut dengan rasa tak percaya.
Namun riak wajah Aeron masih keruh.
"Kenapa?"Eira berasa hairan dengan reaksi Aeron yang kelihatan tidak bermaya dan muram.
"Hannah reject lamaran I."jelas Aeron, kecewa.
Sewaktu pertama kali dia melamar Hannah, gadis itu mengatakan bahawa Hannah belum bersedia untuk memikirkan soal perkahwinan. Akhirnya lamaran itu dibiarkan sepi. Siapa tahu kali kedua yang Aeron impikan akan berjaya rupanya tetap mengecewakannya.
"Memangnya ada masalah apa you dengan Hannah?"
"Itu masalahnya. I tak tahu apa masalahnya. You sendiri tahu Hannah tu macam mana. Dia tu tak boleh dijangka jenis orangnya. Kalau A dia kata tiba-tiba boleh berubah jadi B. I kecewa Eira. Sampaikan I sendiri tertanya, memangnya Hannah tu nak apa dengan I. Berbuih mulut ni tanya. Tapi Hannah mengelat l. I bosan Eira. Muak!"
" You ni jangan. Kalau you cakap macam tu dekat depan Hannah, kecik hati dia nanti."ujar Eira ingin menenangkan Aeron. Hannah tu memang jenis pantang jika seseorang membebel mengenai perangainya. Pasti dia akan melenting.
"Hati dia aje yang I kena jaga. Habis tu perasaan I ni macam mana pulak? I pun tahu sedih dan terluka Eira. Ingat dia aje yang ada perasaan?"
Eira terdiam. Dia tidak tahu hendak katakan apa lagi.
"Serius. I tak tahu mana silpanua hubungan kami. Ada masanya I rasa dia milik I sepenuhnya. Ada masanya I rasa I langsung tak kenal siapa Hannah. You fahamkan apa yang I rasa?"
Teragak-agak Eira mengangguk. Ketika bersekolah lagi Eira begitu masak dengan perangai Hannah. Walaupun kadang-kadang berbeza pandangan, tetapi sikap itu jugak lah yang telah Eira terbiasa. Dalam persahabatan sikap terbuka itu perlu. Maka Eira sudah faham sekiranya Hannah seakan cuba mencari pasal. Dia sudah faham dengan sikap rakannya itu.
"Umur I dah semakin meningkat. Kami dah lama berkenalan. Kalau hubungan kami tak menjadi, sia-sia I berkawan dengan Hannah selama ni. Bukan setahun dua tau. Sembilan tahun kami bercinta."
Eira semakin terkejut dengan kenyataan Aeron itu.
"Apa lagi yang nak I buat Eira?" Aeron mengeluh lagi. Langsung tidak memberi peluang pada Eira untuk membalas.
Serius sangat ke masalah Aeron dan Hannah ni? Hati kecil Eira terdetik. Dia pula yang bimbang kerananya.
"You boleh tolong I kan?"
"I sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Apa yang I harapkan, you banyakkan bersabar. Kalau Hannah kata dia perlukan masa. You berikan la dia masa."
"I dah bagi dia lebih dari masa Eira..masa apa lagi?"
"Yalah, kan you dah bersama dengan Hannah selama sembilan. Takkanlah You nak berhenti setengah jalan macam tu aje? Bersabar la sikit lagi Aeron."
Aeron memandang wajah Eira. Dia nMpak senyuman Eira yang ikhlas.
"You sayangkan Hannah kan?"
Aeron mengangguk selepas agak lama mendiamkan diri.
"I pun sayangkan Hannah. Sama macam mana I sayangkan you sebagai sahabat I. Kalau boleh I taknak tengok you dan Hannah break up macam tu aje."ujar Eira selepas itu.
Ucapan Eira itu serasa menusuk ke tangkai Hati Aeron. Seolah-olah terpukau dengan kerlipan mata Eira yang penuh berharap. Dia tiba-tiba terlupa pada Hannah. Dia hanya nampak Eira di hadapannya ketika ini.
Share this novel