"Kau tengah buat apa tu Aeron?" Zayden menegur tatkala nampak Aeron sedang duduk bersantai-santai di ruang rehat tingkat tiga.
Aeron yang leka berkhayal melihat pemandangan langit malam yang hitam pekat itupun menoleh ke Zayden yang sudah mendekat menghampirinya. Dia sekadar tersenyum tawar.
"Bukan main lagi kau termenung tu. Sampai mana dah?" sakat Zayden.
Aeron tidak membalas. Dia hanya berdengus kecil sambil tersenyum nipis. Perhatiannya dilempar semula ke pemandangan langit malam yang berbintang lebat. Biarpun kepenatan sepanjang hari menguruskan bermacam kerja di pejabat, Aerin masih belum mahu melelapkan mata. Sebabkan itu dia keluar untuk ambil angin di situ.
Zayden menangkap bunyi keluhan yang kedengaran dari Aeron. Dia mengerling sejenak. Apa pulak yang agaknya dikeluhkan Aeron itu. Detik Zayden di dalam hatinya.
"Pelik kan? Tak ada kekasih susah hati, ada kekasih lagi la susah hati."tidak semena-mena Aeron berkata begitu.
" La.. Dah kenapa tetiba kau cakap macam tu? "
Kelihatan Aeron melunjurkan kakinya ke atas kerusi rehat tempat duduknya. Masih melemparkan pandangannya ke langit malam. Zayden sekadar melihat. Kemudian dia pula ikut melunjurkan kaki di situ. Dari tempat itu, rumah milik keluarga Eira dapat dilihat.
"Kau dengan Elena apa kes? Bila kau nak bawa dia datang rumah? Mama dah sibuk tanya aku pasal tu."
"Mama tanya?"
"Yalah."
"Kau cakap apa?"
"Yalah. Kan Hannah selalu jugak sarang ke sini. Tu...boyfriend Angela, Si Isaac tu kekadang singgah ke sini. Kau aje yang masih sorokkan Elena. Mama yang beria nak kenal dengan Elena. Tengok gambar aje apa tahu."
Giliran Zayden pula yang mengeluh. Memang sudah lama dia tidak mendengar khabar Elena. Semenjak gadis itu merajuk kali kedua, ELENA sudah tidak lagi menghubunginya. Dia pulak sudah malas hendak melayan rajuk Elena itu.
"Problem kau dengan Elena tu dah selesai belum? Dah dapat dah perempuan yang kau ceritakan kat aku hari tu?"
"Problem yang mana?"
"Alah, pasal perempuan yang kau jumpa masa kat kafe hari tu. Perempuan yang fikir kau adalah aku."Mendengarkan kata-kata Aeron itu, Zayden teringatkan Eira. "Kat ofis tu yang rapat dengan aku cuma Eira aje la. Mana ada kawan perempuan selain dia."
Zayden mendiam. Di kepalanya tiba-tiba memikirkan isu Eira dan Hannah. Kemudian dia teringatkan Eira yang pernah menjadi punca hubungannya dengan Elena retak.
"Kau aku dan kawan Hannah. Siapa lagi kalau buka Eira." Aeron berbisik sendiri tatkala titik putus mulai bersambung.
Zayden tidak mengatakan apa-apa mengenainya, dia termenung ke wajah Aeron dengan penuh maksud.
"Takkan la perempuan tu Eira?" Aeron kemudian membuat tebakkan sendiri. Dia menoleh lantas ke Zayden. Adik kembarnya itu dilihat masih menguncikan mulut. Lama kelamaan barulah dia ternampak Zayden mengangguk.
"Eira?Serius perempuan tu Eira?" MataAeron melotot bulat.
"Aku pun tak sangka masa dapat tahu tu."jelas Zayden.
"Habis tu, Eira macam mana?"
"Dia memang dah tahu. Kau ingat masa hari first time aku masuk ofis kau. Lepas kau kenalkan aku dekat dia kemudian suruh buat kerja dengan aku dia mengelat?"
Aeron mengangguk. Dia ingat lagi situasi tu.
"Nak dekat dua bulan jugak la dia diamkan diri taknak jelaskan apa-apa dekat aku. Tapi tak lama lepas tu dia minta maaf. Aku dengan Elena dah Okey. Tapi tiba-tiba aje Elena merajuk gara-gara aku taknak temankan sua masa datang hari tu."
"Dah, kau tak pujuk ke dia?"
Zayden menggeleng.
"La, kenapa?"
"Tak kuasa la aku."
"Ada ke macam tu." Aeron tertawa kemudian.
Zayden melepaskan hela panjang. Gilirannya pula yang memandang ke langit malam suram itu.
"Kalau betul kau sayangkan Elena, kau takkan buat macam tu."
"Ya..aku tahu. Tapi itu la... Aku sendiri tak tahu nak explain macam mana. Aku rasa betul la cakap kau. Bercinta ni kadang-kadang memeningkan."
"Sekurang-kurangnya Elena tu tak memeningkan kepala macam Hannah tu."
"Kenapa dengan Hannah?"
Mereka terdiam seketika. Aeron mencari-cari ayat yang sesuai. Zayden di sisinya kembali mendiamkan diri.
"Sebenarnya kan, apa yang Hannah bencikan sangat dekat Eira?" tanya Aeron.
Zayden tidak berani memberi apa-apa komen.
"Kesian Eira. Banyak kali terasa hati dengan Hannah."
"Hannah selalu sakitkan hati Eira ke?" kali ini Zayden menyuarakan persoalan di mindanya.
Aeron berpaling ke sisi. Dia hanya mampu mengeluh tanpa kata-kata.
Tinta minta maaf untuk unnecessary comment Dalam chapter ni. Tinta bukan apa. Tak boleh nak sabar ah dengan cerita ni. HahAhahaha.
Share this novel