TASJ 20

Romance Series 41308

Zayden pantas menoleh ketika mendengar namanya dipanggil-panggil dari belakang. Langkahnya terhenti serta merta. Dia melihat sekitar untuk mencari punca suara itu. Dan tidak lama mata Zayden terarah pada seorang lelaki berambut kerinting. Yang dikenalinya sewaktu berada di Universiti dahulu, Ariel Kaan.

Terus sahaja Zayden tersenyum lebar melihat kelibat sahabatnya itu. Mereka berlainan Jurusan tetapi tinggal sebilik semasa belajar dahulu. Jadi Zayden amat rapat dengan Ariel. Dia fikirkan mereka tidak akan bertemu semula memandangkan masing-masing tinggal di negara berbeza. Berjumpa jugak akhirnya.

"Menonong aje kau berjalan. Aku panggil kau dari tadi tak dengar."ujar Ariel tersenyum lebar setelah tiba di hadapan lelaki lampai itu. Dada itu kelihatan naik turun mencari nafas.

Tawa kecil lepas dari Zayden. Dia menilik Aeril atas ke bawah ingin tahu. "Apa yang kau buat dekat sini? Tetiba aje boleh muncul dekat sini. Kenapa tak call aku yang kau akan balik sini." katanya semasa Ariel sudah menenangkan diri.

"Aku sendiri tak jangka akan bertembung dengan kau dekat sini. Aku kebetulan baru selesai dengan urusan kerja. Aku teringat kau kata kau kerja dekat sini, aku jalan-jalan la dekat sini. Tak sangka pulak boleh terserempak kau dekat sini." jelas Ariel sambil menunjuk arah dari mana dia datang dan ke mana dia berakhir.

Zayden tertawa lagi. Dia senang hati kerana dapat bertemu semula dengan sahabat periangnya itu. Ariel sering menjadi penyeri suasana jika berada dalam mana-mana perjumpaan atau aktiviti bersama. Dan juga kawan yang banyak mengajar dia apa itu erti kehidupan.

"Eh, kenapa kita borak dekat sini. Jom la naik pejabat aku."

Ariel mengangguk setuju lalu mengekori langkah Zayden dari belakang.

"Hal apa yang kau uruskan dekat sini?" Zayden masuk ke dalam lif diikuti Ariel.

"Ada la itu dan ini."senyum Ariel merenung tatapan ingin tahu Zayden. Sebenarnya dari awal lagi tujuan dia ke situ adalah untuk menjenguk Zayden. Sejak empat bulan yang lepas mereka berpisah, dia ingin bertanya khabar pada Zayden. Itu yang end up di situ.

"Ni tersengih-sengih ni, happy sangat la life kau sekarang ya."duga Zayden menyentak lamun Ariel.

Senyuman dibibir Ariel ikut melebar. Kepalanya sekadar mengangguk kecil.

"Mama dan papa aku, sampaikan salam rindu mereka pada kau lepas mereka tahu aku nak datang ke sini. Dia orang teringin sangat nak berjumpa dengan kau semula."

"Tengok la keadaan nanti. Kalau masa mengizinkan aku akan cuba lawat parents kau. Kau ke sini menetap terus atau cuma menyinggah aje?"

Pintu lif terbuka. Kedua-dua lelaki itu melangkah keluar dari pintu lif.

"Buat masa sekarang aku tinggal dengan sepupu aku. Ada urusan yang aku kena selesaikan dekat sini."

"Urusan?"

Ariel tersengih-sengih.

"Dah kenapa kau tersengih-sengih dari tadi?"Zayden ikut tersengih kerana lucu dengan reaksi Ariel itu.

"Kalau kau tahu tujuan aku ke sini, mesti kau ejek aku nanti."Ariel beritahu.

Semakin tidak sabar Zayden tatkala Ariel berteka-teki dengan dia begitu. Memangnya ada perkara yang istimewa ke sampaikan Ariel berlengah?

"Kau ni buat suspen aku la. Beritahu aje la."gesa Zayden.

" Aku story dekat kau kejap lagi."

Ariel tersenyum. Fikiran Zayden sudah menerawang entah ke mana-mana. Menanti entah berita apa yang akan disampaikan oleh sahabatnya itu nanti.

Mereka berdua berjalan menyusuri koridor buat seketika.

"Eh...takkanlah kau nak kahwin pulak?" teka Zayden selepas beberapa ketika memikirkan apakah hal itu.

Ariel apalagi, meledak ketawa dibuatnya sebaik mendengar tekaan Zayden itu. Dia baru aje nak buat kejutan. Dah Zayden dapat jawapannya dahulu.

"Hah? So betul la? Serius?" Zayden benar-benar terkejut. Dia main teka aje. Tak sangka pula betul.

Anggukan Ariel menjawab pertanyaan Zayden.

"Siapa calon kau tu? Senyap-senyap aje kau ni ya. Tetiba dah nak kahwin."

"Aku akan ceritakan kau pasal tu kemudian aje."

Zayden menggeleng. Ada-ada aje la sahabatnya ni. Kemudian pun kemudian la.

"Cakap pasal aku, yang kau ni bila pulak? Nak kata tak ada calon, dah bercinta lama. Nak kata tak bekerja, dah handle company ayah kau pula tu." kata-kata Ariel itu mengundang senyuman kelat di bibir Zayden.

"Belum terlintas lagi, Riel. Pelan apatahagi."Zayden beritahu. Nak cari yang sesuai pun susah. Yang sedia ada pula tiada peluang pula. Dia berserah pada takdir saja. Kalau sudah tiba masanya maka berkahwin la dia. Tiba-tiba dia teringatkan Elena. Betapa rindunya dia mahu melihat wajah manis itu lagi.

"Kau dengan Elena macam mana?"

Zayden hanya mampu menarik senyuman nipis.

"Bukan main besar ya company ayah kau ni."Ariel melihat sekitar tempat itu dengan renungan kagum. Nak dibandingkan dirinya tidak la sehebat Zayden. Hanya seorang pekerja makan gaji. Lain la Zayden, lelaki itu menguruskan syarikat ayahnya sendiri.

"Apa jawatan kau dekat sini?" tanya Ariel sewaktu mereka menghampiri lorong pejabat Zayden.

"GM aje. Aku belum ada banyak pengalaman lagi nak pegang jawatan besar."

"Kira okay la tu. Tak ada la pening kepala nak keluar masuk interview cari kerja macam aku. Habis aje Ph.D aje kau terus kerja."kata Ariel yang bekerja sebagai eksekutif reka bentuk di syarikat perumahan.

"Aku cuma ikutkan apa aje yang ayah aku dan Aeron mahukan." ujar Zayden sambil mengerling ke wajah rakannya itu.

Langkah Zayden dan Ariel beriringan masuk ke dalam bahagian pentadbiran Royal Development.

"Ya tak ya. Aeron dekat mana? Lepas habis Master hari dia terus pindah sini. Aku ajak sambung belajar tak mahu. Apa cerita dia?" bebel Ariel.

"Ada je. Tadi aku ajak carpool dengan aku sekali tak nak. Nanti dia sampai la tu."

"Dah tu, Aeron dengan girlfriend dia tu apa cerita pulak? Masih on ke?"

"Siapa? Hannah ke?"

"Yalah, memangnya Aeron ada bercinta dengan lain ke?"Ariel masih teringat lagi wajah gadis berambut perang brunette yang sombong itu. Ingat dia gadis itu pernah belajar di sekolah yang sama dengannya. Mereka kemudian pernah menuntut di Universiti yang sama. Pada awalnya dia berminat hendak menegur gadis itu tapi entah kenapa gadis itu seolah-olah cuba mengelak daripadanya.

"Ah..perempuan tu. Entah la. Aku tak berapa tahu sangat pasal dia. Lagipun kalau hal yang tak ada kaitan dengan aku, tak ada masa aku nak sibukkan."Zayden meneruskan langkahnya ke arah pejabatnya.

Dia mula teringatkan Hannah yang sering menjadi topik perbualan para staf. Terkenal sungguh gadis tu kerana dikaitkan dengan Eira. Sehingga ke hari ini dia masih teringat akan kejadian dimana Hannah menampar Eira. Biarpun sakit hatinya pada Eira masih tersisa tetapi menyaksikan kejadian itu dia sedikit sebanyak simpati pada Eira.

"Hannah kan nama dia?"Ariel bertanya lagi inginkan kepastian.

"Ha'ah. Kenapa?"

Ariel menggeleng. Kisah pun dah lama berlalu. Kalau diingatkan semula pun tiada gunanya.

Langkah mereka sudah melalui sebuah bilik yang tertulis nama Aeron. Tetapi sewaktu melalui sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat secara tiba-tiba pula pintu itu terbuka dari dalam. Seorang gadis bersanggul dan mengenakan dress shirt pink Sakura dan slack hitam berjalan keluar melaluinya lalu berlanggar dengan Ariel tidak diduga. Habis bersepah semua fail di tangannya itu ke atas lantai.

"Oh my gosh, so sorry. I tak nampak." menjadi kalut Eira taktala dia bertentang mata dengan Zayden.

"Apa masalah you ni? Takkan itupun tak reti nak jalan elok-elok?Dah tak ada mata sangat dah nak pandang! " bentak Zayden melepaskan amarahnya.

Ariel di situ ikut tersentak. Dia terkejut mendengar bentakan itu. Dengan mata terbuntang kaku, dia pandang Zayden.

"Kemas semua sepah ni sekarang!" mata Zayden menjegil berang.

"Hei, relaks. Aku tak apa-apa la."Ariel menyinggul tepi lengan Zayden perlahan. Gadis yang sedang melutut di atas lantai tu pun mengutip fail-fail yang bertaburan tadi. Bukannya besar mana pun kesilapan gadis ini lakukan tak perlu la tinggikan suara seperti tadi. Memangnya sejak bila Zayden ni seorang yang baran pula? Ariel terkedu sendiri.

Ariel ikut tunduk membantu untuk mengutip fail-fail tersebut lalu di hulurkan semula kepada gadis itu.

"Terima kasih."ucap Eira perlahan.

"Eh...sekejap,"Ariel menjengah kepala sedikit untuk memandang Eira. "Macam kenal aje ni... "

Kepala Eira terus tegak ke depan. Sesaat kemudian dia menjungkit kening tinggi.

"Ariel Kaan?"

Dengan lebar Ariel menarik senyuman menawannya. "Takkan la kau dah lupa dekat aku Eira.."

Riak mendung Eira terus berubah ceria. Buat pertama kali dalam minggu itu Eira tersenyum lebar. Fail-fail yang siap dikutip tadi dipeluk rapat ke dada sebelum dia berdiri menghadap Aeril. Masakan dia akan lupa pada sahabat baiknya sewaktu dia di Universiti dahulu. Ariel belajar sehingga master di sini. Namun lelaki itu ke luar negara untuk menyambung Ph.D pula. Sejak itu mereka tidak bertemu lagi.

"Bila kau balik sini? Kenapa tak cakap apa-apa pun."borak Eira dengan ceria.

"Dah dua bulan. Aku datang sini pun nak tengok Zayden. Dia ni kawan aku masa aku sambung belajar dekat overseas." jelas Ariel sewaktu memandang Zayden yang kelihatan terpinga-pinga.

Eira sekadar tersenyum mesra.

"Oh ya.. Zayden. Kau mesti confused. Eira Jasmeen ni sebenarnya kawan aku masa aku ambil ijazah kat universiti sini. Soul mate aku."Ariel merapatkan kedua-dua jari kelingkingnya di hadapan Zayden. Merujuk betapa rapatnya hubungannya itu bersama Eira.

"Iya ke. Kalau macam tu kau orang berborak la. Aku masuk office dulu. Nanti dah selesai masuk la dalam. Bilik aku yang sebelah kanan dekat koridor tu."Zayden menuding jari ke sebuah pintu berhampiran.

Ariel hanya mengangguk dan terus menyambung perbualannya dengan Eira tanpa menghiraukan Zayden. Lelaki itu perlahan-lahan berlalu pergi dari situ dan sempat dia menoleh ke arah Ariel dan Eira dengan perasaan yang penuh curiga.

Share this novel

Hanadhia12
2024-10-21 23:34:33 

terbakar member hahahaha , thanks tinta


NovelPlus Premium

The best ads free experience