TASJ 34

Romance Series 56635

"Macam mana projek Blue Lagoon tu, Zayden, Aeron?" soal Tuan Musa secara tiba-tiba.

Zayden dan Aeron memalingkan kepala ke Tuan Dennis dengan serentak. Kelihatan Tuan Musa sedang berjalan ke arah mereka berdua. Dia duduk di sisi kembar yang sejak tadi diperhatikan sedang berborak kosong. Sudah lama rasanya mereka anak beranak tidak berbual sama. Berkongsi kan isi hati dan permasalahan keluarga bersama mereka.

Dahulu Tuan Dennis tahu dia bukanlah seorang ayah yang baik. Dia tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan anak-anaknya terutama terhadap Aeron da Zayden. Namun apakan daya, takdir hidupnya sudah tertulis yang dia akan berpisah dengan anak kembarnya itu ketika mereka masih kecil. Hanya disebabkan satu peristiwa yang perit untuk dikenang. Kalaulah mereka tahu....

Pernah Tuan Musa bercadang untuk menceritakan kisah hidupnya itu kepada anak-anak. Tetapi isterinya, Puan Rowana menegah dengan tegas. Tidak mahu perkara lama diungkit semula. Lalu hubungannya dengan Aeron dan Zayden menjadi renggang. Tambahan pula apabila dia berjumpa semula dengan anak kembarnya buat pertama kali di rumah keluarganya selepas bertahun-tahun terpisah. Ketika itu anak kembarnya sudahpun meningkat remaja. Tuan Dennis ingat pagi semasa dia dan isterinya melawat, mereka langsung tidak mahu bercakap dengan mereka.

Sampailah satu masa, Tuan Dennis mendesak mereka supaya pulang ke tanah air kerana dirinya sudah semakin meningkat usia. Usia tuanya ibarat sebatang lilin. Mungkin juga ibarat sebatang mancis. Tunggu masa aje nak padam. Tuan Dennis mahu anak-anaknya mewarisi segala harta yang telah dia usahakan selama ini.

Mana la dia tahu yang pulang ketika itu hanya Aeron sahaja. Entah ke mana pula Zayden menyepikan diri ketika itu? Sudahlah sikap Zayden itu keras kepala. Akhirnya Zayden pulang dua tahun kemudian. Tetapi kemesraan mereka tidak dapat dipaksa.

"Semalam dah ada klien yang setuju dengan harga tawaran. Hari ni pulak ada beberapa buah syarikat yang nak tawarkan harga yang lebih tinggi tapi Aerin tak berani nak komen apa-apa lagi. Sebab semua tu Zayden dengan Eira yang uruskan."jelas Aeron sambil memandang ayahnya.

Zayden membisu kan diri. Moodnya untuk bertanya lebih dalam mengenai sikap kasar Hannah pada Eira semalam terbatal

"Aeron dah tengok semua report yang Zayden dan Eira sediakan. Semuanya okay. Kalau tak ada aral yang melintang ni beberapa bulan lagi siaplah. Boleh la kita goyang kaki sekejap sementara tunggu next projek."tambah Aeron lagi masih memberi perhatian pada Tuan Dennis.

Tidak lama kemudian, muncul Puan Rowan dengan dulang berisi minuman. Di sisinya Angela sedang menatang piring berisi muffin. Kedua-dua wanita itu duduk di samping Zayden dan Aeron.

"Jemput minum semua."pelawa Puan Rowana kepada suami dan anak-anaknya.

Zayden dan Aeron sekadar mengangguk. Manakala Tuan Dennis suda pub menghirup teh panas itu dan sesekali mengerling ke Zayden yang langsung tidak menyapa dengannya sejak tadi.

" SO APA CERITA masa kau dekat teater hari tu? Okay tak? Eira ada cakap apa-apa pasal aku?" Angela bertanya pada Zayden yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

Tuan Dennis masih berborak dengan Aeron dan Puan Rowana. Di kesempatan itu, Angela cuba mencari tahu kisah tentang Eira dan Zayden. Angela begitu tertarik untuk melihat adik bongsunya itu rapat dengan Eira yang memang digemarinya sejak awal lagi. Mamanya juga pernah memberitahukan tentang hal yang sama.

Walaupun Angela tahu mungkin Zayden begitu cinta mati akan Elena atau mungkin juga Eira tidak tertarik pada Zayden, tapi siapa tahu. Jodoh ni tak terduga. Sebab jodoh seseorang tu datang bila ada yang berusaha. Sebab itu dia cuba hendak kenankan adiknya ini pada Eira.

"Nothing special. Just ordinary meeting I guess?"ujar Zayden dengan riak selamba. Dia masih teringatkan kata-kata Aeron tadi. Kalau betul Hannah selalu sakitkan hati Eira, apa sebabnya?

Angela terangguk-angguk. Ada senyuman yang terherot di bibirnya.

"Dah kenapa tersengih-sengih macam tu?" tegur Zayden.

Angela menjungkit kening sambil menggeleng.

"Tak ada apa-apa. Tanya aje pun. Mana tahu Eira mengutuk aku ke apa semalam kan..."

Zayden ketawa. Dia tiba-tiba berasa geli hati dengan syak wasangka Angela itu. "Ada ke pulak macam tu."

Angela tersengih. "Tapi kan, Eira tu lawa orangnya ya tak?" usiknya.

Zayden menatap tepat ke wajah Angela dengan kening terangkat hairan. Walaupun mereka jarang bersua muka, hubungan mereka adik beradik agak rapat. Dahulu kalau Angela ada masa dan dapat cuti panjang Angela akan datang melawat dia di luar negara untuk menjenguk.

"Kau tahu, aku gemar betul rengan Eira tu. Pandai bawak diri, rajin baik lagi tu. Aku ajak berborak pun seronok je." beritahu Angela demi menarik perhatian Zayden untuk berbual.

"Mm."

"Tsk. Kau ni... Takkana tak faham apa yang aku nak cuba sampaikan ni?"

"Jangan nak mengada. Aku dengan Eira tu tak ada apa-apa yang serius melainkan hubungan sebagai seorang kawan aje."

"Kenapa pulak tak boleh?"

Tanpa mendengar penjelasan pebih lanjut, Zayden dah tahu apa yang kakaknya itu cuba lakukan.

"Hannah tu aku nak campak mana?"

"Campak la mana-mana. Lagipun aku tengok kau orang berdua ni suam sejuk aje. Tak nampak macam orang hangat bercinta pun."

Terkatup seketika bibir Zayden tidak terkata. Ruang rehat yang dihiasi dengan landskap botani buatan yang cantik menjadi santapan matanya. Menyejukkan sedikit hatinya yang gundah. Bunyi desiran angin menyapa lembut lantas membawanya kembali ke zaman sila semasa Elena berjaya menqmbat hati lelakinya. Kebahagiaan yang dirasainya waktu itu tidak tergambar. Dari senyuman, gerak geri dan apa sahaja tentang Elena sentiasa menceriakan harinya. Namun kini perasaannya digantikan dengan gelisah. Elena dah berubah. Mereka juga sudah jauh tidak seperti dulu.

"Aku ni bercakap dengan kau ni, dengar ke tak. " keluh Angela kerana tidak puas hati dengan Zayden yang asyik termenung sejak tadi.

Seraut wajah itu sudah semakin pudar. Tanpa disedari Zayden melontar pandangan ke arah kolam ikan. "Elena segalanya untuk aku. Tanpa dia, hidup aku tak ada maknanya lagi, Angela."ucapnya dengan keikhlasan.

Angela mengetap bibir. Sayu pula hatinya dengan ucapan Zayden itu.

Share this novel

mama lieza
2024-11-27 15:19:43 

bila nak update lagi? x sabar nk baca next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience