TASJ 13

Romance Series 41308

Projek Blue Lagoon kini sudah berada di peringkat pembinaan. Kerja-kerja membersih sudahpun dijalankan. Eira menjadi lega. Sebaik sahaja berjaya meyakinkan pihak pemaju tentang projek mereka. Eira serta merta mengusulkan kepada Zayden untuk memulakan kerja. Zayden pun tidak kisah kerana lebih cepat kerja diselesaikan makin kurang kos tetap dan pengurusan syarikat.

Bekerja dengan Zayden memang senang. Lelaki itu mudah memberikan kerjasama dalam sesuatu perkara. Ah.. Apa yang penting kerjanya berjalan lancar dan semua orang berpuas hati.


"Eira, mari minum sini."Puan Amber memanggil, membuatkan Eira berpaling. Mommynya sedang mendekati ya di ekori Maid yang menatang dulang berisi minuman.

Malam itu, langit gelap di warna dengan cahaya bulan penuh. Bintang pula berterabur di sana sini berkerlipan. Eira duduk di kerusi luar halaman belakang rumahnya.


"Apa yang kamu termenungkan?"Puan Amber mengambil tempat di hadapan Eira.


Eira memandang sekilas wajah mommynya. "Nothing special...just this and that." dia beritahu dengan senyuman nipis di bibir.


"Tak habis-habis lagi dengan isu kerja kamu tu?mommy ingatkan semua dah selesai. Sama la dengan daddy kamu tu."

Eira sekadar mengetap garis nipis di bibir.


"Tak cukup dengan kamu dan daddy, kakak sulung kamu pun sibuk, ditambahkan lagi dengan kakak kedua kamu tu, seminggu dah berpaling baru nak beritahu. Ingat mommy ni apa dekat rumah ni."sungut Puan Amber.

Eira menilik wajah mommy ya. Dia teringatkan Eirina yang sudah selamat melahirkan puteri sulungnya. Terkejut la jugak apabila dia dimaklumkan sudah seminggu kakak keduanya itu bersalin. Dan baru semalam mereka di beritahu. Bila mereka beritahu hendak melawat, Raffi kata Eirina sudahpun berada di kampung halaman lelaki itu sehingga habis waktu berpantang.


"Daddy dekat mana?" Eira cepat-cepat menukar topik. Kereta yang biasanya daddy dia bawa pun tidak kelihatan. Entah ke mana aje orang tuanya itu merayau.


"Entah la, mommy pun tak tahu. Daddy cuma kata dia ada hal nak diuruskan."jawab Puan Amber acuh tak acuh.


"Asyik keluar aje daddy tu sejak dua menjak dia, takkan la mommy tak tanya ke mana daddy pergi?"Eira memancing minat mommynya untuk terus berbual-bual.

Memang Eira perasan akan rutin Tuan Musa sejak kebelakangan ini. Selesai sahaja waktu bekerja, daddnya akan pulang awal namun keluar semula tidak lama kemudian.


"Mommy tak sempat nak bertanya. Mommy cuma dengar daddy kata nak jumpa kawan."beritahu Puan Amber.

Eira mendiam seketika.


"Macam mana dengan projek kamu? Zayden tu okay tak dengan kamu?" Puan Amber memberi fokus perbualan mereka pada Eira. Perihal anak-anaknya yang lain sudah dilupakan. Begitu juga dengan hal suaminya yang sering keluar malam sejak kebelakangan ini.

Seketika wajah bersih Eira di tenung dalam. Eira mempunyai sepasang masa yang bundar dan cantik. Entah dari keluarga belah mana yang Eira warisi sepasang anak mata itu.


"So far, okay. Zayden pun tak banyak kerenahnya."

Puan Amber teringat tentang perbualannya bersama Eira mengenai kehadiran mengejut Zayden beberapa bulan yang lepas. Sebenarnya dia memang sudah mengetahui soal Aeron dan Zayden. Di sebalik kehidupan mewah Tuan Dennis, Puan Amber dan suaminya juga banyak mengetahui tentang kehidupan lampau keluarga itu.


"Yang anehny kan, kenapa Zayden muncul tiba-tiba aje? Selama ni tak pernah pulak Eira dengar tentang Zayden dari Uncle Dennis. Dulu Aeron pun muncul macam tu jugak. Yang Eira kenal mula-mula pun Kak Angela aje." berkerut riak wajah berfikir Eira semasa berkata. Puan Amber hanya menggeleng kepala dengan soalan Eira itu.


"Kak Elissa dah lama tak call. Kamu ada call kakak sulung kamu tu tak?"

Pertanyaan Puan Amber itu membuatkan Eira terlupa terus soal keluarga Tuan Dennis itu. Teringat pula dia wajah Elissa itu.


"Teringin mommy nak dengar suara cucu-cucu mommy tu hah. Kakak kamu pun dah lama tak balik. Sibuk sangat ke?"


Eira meramas lembut jari jemari mommynya. Ingin memujuk hati yang sedang gundah itu. "Nanti Eira cuba call Elissa. Mommy jangan la risau sangat. Dia ada banyak kerja la tu. Bukannya sengaja dia nak lupa."


"Susah-susah sangat, Eira berhenti aje la kerja. Temankan mommy dekat rumah."


Eira pantas memandang terkejut ke mommynya itu. "Eh, ke situ pulak perginya mommy ni. Kalau Eira berhenti siapa pulak yang nak tolong handle syarikat daddy tu. Nak harapkan Aeron dengan Zayden aje ke? Nanti apa pula daddy rasa" Dia tidak bersetuju dengan cadangan mommynya itu.


"Biar kakak sulung kamu yang kerja dekat syarikat tu. Eira dengan mommy aje. Kita boleh buka kedai bunga atau galeri muzik. Nak?" cadang Puan Amber beria-ria.

Eira melepaskan hela panjang. Ya tak mungkin la dia akan lakukannya. Elissa mempunyai bakat dalam seni lukisan. Takkanlah nak dibiarkan bakatnya begitu aje. Sekurang kurangnya boleh la dia menumpang gembira atas kejayaan kakaknya sebagai pelukis.


"Melukis tak jamin masa depan. Berapa la sangat kakak kamu tu boleh dapat dengan melukis." Puan Amber kata.


"Itu kan baru kecil kecilan. Nanti ada peluang lebih luas mana tahu banyak hasil yang masuk."

Puan Amber mengeluh lagi. Apa la nak dikata. Kasihan Eira. Anak bongsunya ini saja yang perlu berkorban sedangkan minatnya bukan ke situ. Puan Amber benar-benar berasa serba salah.


"Dah la mommy. Biarkan aje la Elissa tu. Dia bukannya menyusahkan mommy. Kak Eirina pun dah jadi doktor. Eira pun dah happy dengan situasi kita sekarang."kata-kata Eira itu mematikan lamunan Puan Amber." Ini.. Mommy duduk dekat sini, tadi dah makan ubat belum? "

Puan Amber mendiam. Dia tidak menjawab.


"Hah, kalau dah diam ni mesti belum makan la tu."
Dengan perlahan hela nafas mengalah lepas dari Puan Amber. Bukannya dia tidak mahu, dia cuma sudah kebosanan menghadap butir-butir ubatan yang berwarna-warni itu. Hendak ditelan lagilah tidak lalu.


"Eira dah makan belum ni!?" Puan Amber enggan meneruskan perbualan mereka itu.

Eira menggeleng.


"Kalau belum jom la masuk. Maid mungkin dah siap masak dekat dalam." Puan Amber bangun dari kerusi. Dan Eira mengekori dari belakang.

Share this novel

Guest User
2024-10-13 22:35:20 

byk Kali refresh kut Ade update?


NovelPlus Premium

The best ads free experience