Televisyen yang terpasang tidak menarik perhatian Zayden. Gelisah hatinya menerawang ke mana-mana. Fikirannya terarah pada kenangan pahit terus beredar hilang. Membawa segala kesedihan yang tidak tertanggung sehingga ke hari ini.
Walau selama mana dia menyesal neneknya telahpun pergi buat selamanya. Lalu diikuti datuknya yang turut meninggal sejurus begitu tertampar dengan berita kematian neneknya itu beberapa bulan kemudian.
Episod murung Zayden berulang semula. Dia bukan sahaja kehilangan nenek tetapi juga datuk dalam masa yang terdekat. Sudahlah sejak kecil lagi dia dibesarkan oleh mereka, kini dalam sekelip mata dia kehilangan kedua-duanya.
Di ruang tamu itu keadaan sepi. Hanya Zayden yang kelihatan menyendiri. Aeron tidak tahu la di mana keberadaannya. Ibu dan ayahnya sedang berborak sesama mereka di samping antara satu sama lain. Sementara Angela sedang makan buah dengan kaki terangkat di lengan sofa. Sebelah tangan memegang iPad.
Dengan renungan kelam, Zayden mengerling sejenak ke kakaknya itu. Memori bersama nenek dan datuknya memudar perlahan dari benak ya. Kini hal Elena pula yang menganggu fikirannya. Pandangannya pada Angela kosong.
"Dah kenapa kau? Duk tengok-tengok aku macam tu. Ada masalah?" tegur Angela yang perasan akan tingkah Zayden itu.
Zayden melepaskan keluhan kesal.
Sambil menjeling menyampah, Angela lirik raut wajah keruh Zayden. Matanya memincing curiga. "Ni mesti pasal Elena lagi la ni?" duganya.
Sejak Zayden kembali ke tanah air, sejak itu lagi Angela sudah tahu akan kisah Elena. Adik lelakinya yang satu ini begitu sayang akan gadis itu. Sekejap Elena itu. Sekejap Elena ini. Sepanjang masa tentang Elena. Pernah sekali dia melihat gambar Elena. Tidak dapat dinafikan Elena seorang gadis yang cantik tapi itu la ada something off tentang gadis itu. Apabila ada pertemuan di antara Elena dan keluarganya dia malahan tiada kesempatan untuk bersua muka.
"Entah la. Entah kenapa kebelakangan ni susah betul aku nak contact dia. Nak kata merajuk dua hari lepas dia ada datang ofis. Okay je. Tapi aku sibuk dengan projek tu, kerja ni. Tak sempat nak melayan dia."
"Ih, takkan la pasal tu aje nak merajuk?" nada suara Angela kedengaran tidak puas hati.
Zayden mendiam.
"Kalau sikit-sikit nak merajuk itu, sikit-sikit merajuk ini, baik kau cari orang lain aje la. Tak pening kepala."
Kali ini Zayden mengeluh berat. Seberat hatinya yang tidak tenang. Begitu mudah kah untuk melupakan hatinya yang sedang bahagia? Fikirnya.
Sekiranya di awal hubungannya dengan Elena, Angela selalu beritahu hal sama mungkin dia akan pertimbangkannya. Tetapi setelah hatinya sudah tertawan. Zayden tidak dapat melepaskan Elena.
Deringan telefon membuatkan Zayden tersentak. Pantas sahaja dia mencapai gagang telefon.
"Hello, Elena, you-"suara ceria Zayden berubah suram. Angela segera berpaling ke Zayden.
"Siapa tu?"
"Sekejap ya..." Zayden beritahu. Seketika kemudian, Zayden menyerahkan gagang telefon kepada Angela pula. "Untuk kau."sua Zayden berbaur kecewa.
Angela mencapai gagang telefon itu dari Zayden." Ahh.. Ya Eira. Ingatkan siapa tadi."Angela mula bersembang panjang dengan Eira.
Zayden yang tidak berminat terus bangun dari situ dan gerak ke biliknya.
"APA DIA?" Zayden pandang Angela dengan riak tak percaya. Bantal yang berada di perutnya di alihkan ke tepi sebelum dia gerak turun ke bawah. Zayden terkebil-kebil memikirkan kata-kata kakaknya sebentar tadi. Dah kenapa pulak Angela tiba-tiba suruh dia?
"Please. Aku ada hal esok malam. Tapi Eira dah belikan tiket untuk aku sekali."
"So apa kena mengenanya hal kau dan tiket Eira tu dengan aku?" Zayden kehairanan dengan ucapan Angela tadi.
Kata Angela, Eira telah membeli dua tiket teater Showmanship dan mengajak Angela untuk menonton bersama. Tetapi Angela tidak mempunyai masa untuk menemani Eira. Esok malam Angela mahu keluar makan malam bersama keluarga teman lelakinya. Jadi dia tidak boleh membatalkan temu janjinya itu untuk menemani Eira.
"Zayn... Kau sampai hati ke taknak tolong aku?" pinta Angela yang sudah merengek meminta persetujuan.
Sebenarnya Zayden tiada mood hendak melakukan apa-apa kerana Elan yang tidak menghiraukan dirinya. Lagipun dia masih teringat akan kejadian dia membentak Eira pegang tadi.
" Kali ni aje. Tolong aku ya."Angela merayu lagi.
Bersama keluhan kesal, Zayden merenung riak merayu kakaknya itu. L
" Kalau aku tolong kau, apa aku dapat?"
"Amboi, tolong kakak sendiri pun nak berkira ke. Ya kau dapat keluar dengan gadis cantik bernama Eira Jasmeen la."
Zayden buat muka 'Seriously'.
"Tolong ya, adik akak yang handsome lagikan baik."
Zayden menghela nafas mengalah. Hendak tak hendak terpaksa juga dia menurut. "Fine. Kali ni aku tolong kau, Next time kau pulak tolong aku. Deal?"
Laju-laju Angela mengangguk kepala.
Share this novel
Alah.. Tinta samb lah lagi. Akak enjoy jer baca criter ni. Criter ni lain drpd criter2 Tinta yg lain..