Angin Ahad bertiup lembut. Tenangnya terasa menenangkan hati. Dari kejauhan, burung dan rama-rama berterbangan di sekitar kawasan renek yang dipagari pagar kayu di sekeliling kawasan itu. I tepi kawasan kolam air pancur kanak-kanak sedang berkejaran mengelilingi kawasan itu. Suara gelak tawa mereka menceriakan suasana kawasan rumah banglo kediaman iga tingkat ala kampung itu.
Senyuman lebar terukir di bibir Eira. Terasa segarnya menghirup udara segar pagi itu. Sejak tadi perhatiannya tidak beralih daripada melihat sekeliling kawasan rumah yang harmoni dan kemas rapi itu. Ada banyak pohon renek yang digunting rapi membentuk bulatan, pokok bunga pelbagai jenis mewarnai sekitar tempat itu. Bau harum limau kasturi sesekali menyapa deria bau dari pokok tanaman tidak jauh dari halaman rumah itu.
Kalau bukan Zayden yang bertegas untuk membawanya ke sini pasti dia tidak akan merasai suasana tinggal di kampung. Merasai bagaimana nyaman dan menenangkan suasana di situ. Betapa indahnya di sini dengan desiran angin tanpa diganggu oleh bunyi kesibukkan kenderaan seperti di ibu kota.
"Haih...tak sejuk ke berdiri dekat sini?" sapa Rania. Segera Eira menoleh lalu tersenyum ke arah tunang Ariel itu.
Rania mendekat lalu berdiri di sebelah Eira. "Macam mana tidur malam tadi? Selesa tak?" tanya dia cuba hendak meramah mesra.
Lewat malam tadi Eira dan Zayden tiba ke rumah Ariel. Pada awalnya Rania ingatkan Eira dan Zayden adalah pasangan kekasih yang bersahabat baik dengan Ariel. Lepas berkenalan baru la Rania tahu bahawa mereka berdua itu adalah kawan yang dikenali Ariel sewaktu mereka sama-sama belajar tidak lama dahulu. Malah mengejutkan Rania adalah kenyataan bahawa Eira dan Zayden bukanlah pasangan kekasih seperti yang dia fikirkan.
Rania dengan senang hati mempelawa Eira untuk menginap di rumahnya memandangkan Eira kelihatan tidak selesa menumpang di rumah Ariel. Tambahan pula Zayden tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Eira. Ariel apatah lagi.
Eira menyelesakan dirinya di situ dengan mengeratkan pelukan Kardigen dibadan. Pertanyaan Rania membuatkan dia teringat akan tidurnya malam tadi. Bunyi unggas dan cengkerik menemani malamnya. Baru aje dia letak kepala, matanya terus terlelap. Bangun-bangun aje dah pagi. Rugi Aeron dan Hannah Tidak ikut serta. Kalau tidak dapatlah dua orang itu merasai suasana di sini.
Taktahu la kenapa di saat-saat akhir hendak bertolak ke sini semalam, Aeron tiba-tiba aje membatalkan pelan mereka. Tiada sebab yang diberikan selain mempamerkan riak terkilannya. Tanpa banyak soalan Zayden dan Eira terus berangkat meninggalkan lelaki itu. Eira seolah-olah boleh mengagak alasan kenapa Aeron membatalkan rancangan mereka adalah berpunca dari Hannah sendiri. Tai itu la, dia mlaa hendak bertanya pada Aeron. Nanti tak memasal Zayden yang tanya dia entah apa-apa padanya mengenai kemelutnya dengan Hannah.
Lantak la situ.
"Biasa la kalau dekat kawasan terceruk macam ni banyak nyamuknya kalau nak dibandingkan dengan bandar. Kalau lelama nanti biasaa tu. Entah-entah jadi kawan terus dengan nyamuk tu..." terang Rania cuba bergurau.
Eira tertawa kecil.
"Mana ada. Saya tidak lena malam tadi. Tak perasan pulak pasal nyamuk tu."
"Iya ke ni?" Rania buat-buat muka seakan tak percaya. Ada tawa di hujung bicaranya. Eira sekadar mengangguk.
Rumah Rania mulai riuh. Saudara mara dan kaum kerabat mula datang berkunjung. Masing-masing sibuk melakukan kerja mereka. Sebentar lagi kawasan berlaman luas di situ akan disusun dengan khemah dan meja untuk sesi makan-makan bersama keluarga.
"Saya takut Eira tak selesa aje. Maklumlah rumah pun biasa aje. Kesian pulak Eira sebab kena tidur berhimpit dengan budak-budak yang lain."kata Rania merendah diri.
"Hisy, ke situ pulak. Mana ada. Saya okay aje. Selesa pun. Lagipun suasana macam ni baru happening."
Rania tertawa mendengar kata-kata Eira. Gadis itu pandai membawa diri. Rania merasakan bagai sudah lama berkenalan dengan Eira sedangkan mereka baru aje berjumpa semalam.
"Macam mana Eira boleh kenal dengan Ariel?"pertanyaan Rania untuk membuatkan Eira berpaling. Rania kedengaran seperti benar-benar ingin tahu tentang hal itu.
"Kenapa?"
"Saja nak tahu."
"Awak risau ke kalau saya dan Ariel pernah rapat?" sengaja Eira hendak menduga. Memang semalam dia perasan air muka Rania yang agak keliru apabila memerhatikan Eira dan Ariel bergurau senda dan ketawa.
Tambahan pula apabila sangkaannya terhadap hubungan intim antara Zayden dan Eira tidak tepat. Gadis itu seakan-akan di terpa dengan pelbagai persoalan.
"Eh tak ada sampai ke situ." Rania menunduk. Berasa segan kerana hal itu tertera jelas di wajahnya sehingga Eira dapat menekan ya.
"Saya dengan Ariel berkawan sejak sekolah lagi. Kami duduk satu sekolah berasrama yang sama. Lepas tu sambung belajar pun dekat universiti yang sama. Itupun sebab kami bertembung dekat fakulti sama. Hubungan kami rapat Sehinggalah sampai habis ijazah dan Ariel sambung belajar di luar negara sama dengan Zayden."ujar Eira cuba menjelaskan apa yang tersirat dalam fikiran gadis itu.
Rania mengangguk tanda faham dengan cerita Eira. Namun renungan di matanya masih kelihatan tidak percaya.
" Rania jangan la fikir yang bukan-bukan. Saya dengan Ariel kawan biasa aje. Tak ada yang istimewanya pun."
Rania menggeleng pula.
"Kenapa?"
"Entah la saya sendiri tak tahu kenapa dengan saya ni?"Rania melontar kan pandangan ke satu arah.
Eira tersenyum sendiri. Dia faham perasaan Rania. Sebab masa kakak-kakaknya nak berkahwin pun mereka tidak tentu hala dan resah. Takut punya pasal kalau keputusan mereka berkahwin tu betul ke tidak dan pasangan mereka tu tepat atau tidak. Sampaikan hingga ke hujung akhir kakak-kakaknya sibuk bertanya itu dan ini sama ada suami mereka tu boleh dipercayai atau tidak. In the end, kahwin jugak. Adakah dia juga bakal lalui perasaan yang sama semasa dirinya nanti bakal bergelar isteri?
"Saya risau Eira. Tak tahu kenapa. Boleh ke Ariel terima saya?" sambung Rania. Tingkahnya seperti dia bertanya pada diri sendiri.
Perlahan-lahan Eira memegang lengan Rania. Memberi semangatnya di situ.
"Jangan risau. Sebab Ariel yang saya kenal adalah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak perlu ragu-ragu lagi. Pada waktu macam ni awak sepatutnya dah bersedia untuk terima dia."jelas Eira. Ingin memberi semangat pada gadis itu.
Ariel dan Rania sudah kenal sejak kecil kerana ibu bapa mereka berdua bersahabat baik. Ke sekolah rendah yang sama, kelas piano dan tuisyen yang sama. Alih-alih pihak keluarga hendak satukan mereka berdua.
Rania membalas sentuhan tangan Eira dengan senyuman lega di bibir. Dan ketika itu la suara orang menegur mengejutkan mereka. Dengan serentak mereka berdua sama-sama menoleh.
Ariel tegak berdiri di situ.
"Apa awak buat dekat sini Ariel?" kening Rania terangkat tinggi. Nada ya sedikit menjerit. Kepalanya sibuk menoleh kanan dan kiri. Ingin memastikan tiada sesiapa menyedari kehadiran Ariel di rumah pengantin perempuan di situ.
"Nak jumpa Rania la."ujar Ariel selamba.
"Mommy nampak, bising orang tua tu nanti."
Ariel hanya tersengih. "Sebenarnya saya temankan Zayden ke sini." bisiknya yang turut menjenguk ke sekeliling. Takut pulak dia kalau tertangkap dengan orang tua rumah Rania nanti.
Eira di situ hanya memerhati. Apa yang Ariel mahukan agaknya? Tiba-tiba dia melilau an pandangannya. Ariel kata temankan Zayden. Tapi tak nampak pula kelibat orang tu. Detik hati Eira sebelum matanya terarah pada susuk lampai yang sedang melambai tangan ke arahnya.
Zayden?
Share this novel