TASJ 45

Romance Series 56635

KETIKA EIRA tiba di luar Zayden sudah bersandar di tepi kereta. Telefon di tangan dibelek tanpa tujuan. Kehadiran Eira langsung tidak dihiraukan.

Eira mengetap bibirnya. Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk disampaikan kepada Zayden. Sekitar kawasan parkir itu hening. Tiada sesiapa di situ selain mereka berdua.

Perlahan-lahan Eira mendekati Zayden. Sebaik dia berdiri di hadapan lelaki itu dia cuba mencari tatapan mata Zayden tetapi lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda akan memandangnya bila-bila masa. Berbelah bahagi perasaan Eira. Dia terngiang-ngiang akan ayat Zayden yang seakan mengugutnya sebentar tadi. Macam mana kalau Zayden dapat tahu sendiri? Tak ke dia akan dibenci dengan Zayden sampai ke akhirnya?

"Tak payah la you tercegat dekat situ. Pergi la naik kereta You. I hantar you balik."suara Zayden membelah kesunyian di antara mereka.

Eira tidak menunggu lama. Dia segera merapat di depan kaki itu tanpa disuruh.

"Kalau I bagi tau, you marah tak?"soal Eira.

"Depends pada apa yang you beritahu."jawab Zayden perlahan.

" Baik tak payah bagi tau kalau macam tu."

" Suka hati you la."

"Zayden, jangan la macam ni dengan I."

"You ni nak apa sebenarnya? Tadi I tanya you taknak cakap. Sekarang I diam you bising nak beritahu. Kalau nak bagi tau, bagi tau. Kalau taknak tak payah."Zayden melenting. Anak matanya memanah tepat ke tatapan Eira yang terkedu dengan reaksi Zayden itu.

Zayden menolak dirinya dari bersandar pada kereta. Lelaki itu membuka pintu kereta.

"Zayden."Eira menghadang pintu kereta itu. Membuatkan Zayden tersentak lalu tunduk memandang Eira di hadapannya ketika itu dengan kening berkerut. Kalau Zayden pergi, siapa pula yang nak temankan dia balik. Eira tertanya-tanya.

"What? "

Tanpa mengalihkan tatapannya di mata Zayden, Eira pun berkata. "I sebenarnya pernah nampak Elena dengan lelaki lain tak lama lepas you dengan dia berbaik hari tu." tidak dapat berpatah balik, Eira akhirnya beritahu.

Berubah serta merta air muka Zayden. Dari tidak puas hati kepada terkesima. Kerutan di kening juga menghilang." Apa dia!?"

Eira menggigit bawah bibir keresahan. Pandangannya tidak berkedip ke arah lelaki yang mencerlung memandangnya. "Please, jangan marahkan I. I cuma beritahu apa yang I nampak."jelas Eira berasa serba salah.

Dia sudah menceritakan apa yang dia tahu mengenai Elena. Baru la ringan sedikit perasaan sesak di dadanya. Masalahnya sekarang ialah reaksi Zayden. Percaya ke Zayden padanya atau lelaki itu hanya akan menuduh dia buat cerita?

Namun begitu reaksi Zayden kelihatan tenang. Diam tidak mengatakan apa-apa. Mungkin terkejut. Atau Zayden sedang memproses apa yang baru sahaja Eira sampaikan kepadanya sebentar tadi.

"Bukan sekali dua, tapi banyak kali jugak I terserempak dengan Elena. I nak bagi tau You. Tapi I risau kalau I salah faham lagi. Itu yang I tak cakap apa-apa. Sebab You lagi kenal Elena dari I."tambah Eira lagi.

" I dengan Elena dah berpisah. Even kalau I dah tau pasal tu sekarang, ianya takkan dapat ubah apa-apa."perlahan-lahan Zayden beritahu.

"Tapi-"Eira tidak dapat menyambung kata-katanya.

"It's okay. I memang dah expect semua ni sejak Elena stop contact dengan I."

"Are you sure?"

Zayden mengangguk.

Eira dapat melihat dengan jelas. Reaksi Zayden tidaklah seperti yang dia sangkakan. Zayden nampaknya tidak begitu marah. Sekadar membisu sahaja. Seakan perkara itu tidak menganggu lelaki itu.

"Ada apa lagi yang you sembunyikan dari I?"

Cepat-cepat Eira menggeleng.

"Betul ni?"

Eira kemudiannya mengangguk.

"Thank you."ucap Zayden tidak semena. Ada senyuman kelegaan yang terukir di bibir itu.

"Hah?untuk apa?"Eira kehairanan.

Zayden tidak menjawab. Eira berasa lega setelah memberitahu tentang perkara yang dia sembunyikan berkenaan Elena. Tetapi dia berasa tidak sedap hati kemudiannya. Sebab Zayden belum tahu tentang Brian, iaitu lelaki yang bersama dengan Elena tu!

YOU SURE TAKNAK MAKAN?"Zayden cuba memecah keheningan.

Sejak tadi Zayden cuba mencari maksud perasaan yang sedang bergelojak di dalam hatinya. Setelah mendengar setiap kata-kata Eira mengenai Elena, Zayden tidak merasakan apa-apa. Selama ini dia begitu takut akan kehilangan Elena. Hatinya begitu nekad dalam menyatakan cintanya hanya untuk Elena. Tetapi apabila menghadap kenyataan tersebut, sebaliknya pula yang berlaku. Rupa-rupanya rasa takut kehilangan itu tidak la sesakit mana.

Hembusan angin yang tenang menyapa lembut ke arah mereka. Zayden melepaskan hela panjang waktu itu mereka sedang berdiri di luar rumah. Selepas membuka cerita tentang Elena, Zayden teringat lagi peristiwa tika hati kecilnya terkutik disaat pertama kali bertentang mata dengan Eira dahulu, suka untuk didefiniskan maksudnya. Sememangnya perasan itu cukup membahagiakan. Tidak pernah dirasai ketika bersama Elena.

"I tak lapar. You tu yang sepatutnya di tanya. You pun taknak makan." suara Eira kedengaran.

Zayden tersentak. Dan bila dia bertentang mata dengan Eira, bola matanya bergerak mengekori setiap gerak geri Eira. Fikirannya menjadi kosong dek perasaan sesak yang sedang dirasai setiap kali menatap raut wajah cantik ini.

"Kalau macam tu I masuk dulu. Dah lewat sangat ni." pinta Eira.Zayden masih menatap tajam ke arahnya. Dada Eira tiba-tiba berasa berdebar-debar. Sudah lamakah lelaki itu merenungnya begitu? Eira tidak tentu arah. "You pun patut balik."

"Eira... tunggu sekejap."

Eira berjalan laju ke arah pintu rumah. Dia enggan lama-lama di situ. Bertentang mata dengan Zayden buatkan dia gelabah sendiri. Apa kena dengan Zayden pun?Pandang dia seakan mahu menelannya hidup-hidup! Eira mempercepatkan langkahnya.

Tiba-tiba...

"Auw!"Eira terpelecok semasa mendaki tangga di situ sebelum jatuh terduduk punggung dulu atas jalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience