TASJ 51

Romance Series 56635

Eira menyelak rambutnya yang tidak terurus itu ke belakang. Tubuhnya yang keletihan tidak di hiraukan. Keselamatan Erissa yang lebih penting saat itu. Sejak dari tadi dia menunggu di luar bilik rawatan kecemasan. Ada masanya dia hampir terlelap di situ. Hospital Universiti itu sudah lama sunyi. Hanya dia yang tersisa menanti Erissa keluar dari bilik rawatan.

"Janji dengan aku, Meen. Kau takkan beritahu sesiapa tentang ni. Tolong aku. Meen. Janji."dia masih terngiang-ngiang akan pesanan Erissa semasa perjalanan ke hospital tadi. Biarpun lemah, Erissa nampak bersungguh-sungguh dengan permintaanya.

Eira hanya mampu menahan sebak. Dia sayu melihat tubuh tidak bermaya kakaknya. Eira terus memaut tubuh Erissa ke kereta. Kudratnya masih kuat. Dia tidak kisah. Susah atau payah dia hanya mahu kakaknya selamat.

"Suami aku bawak anak aku Meen. Dia dah bawak anak aku jauh dari aku. Meen aje yang boleh tolong akak sekarang ni. Carikan anak akak Meen."

Eira tersentak. "Apa dia? Kenapa suami kau bawak anak kau pergi? Dia bawa ke mana?"

Patutlah tadi dia tidak melihat dua beranak itu di rumah. Apabila dia cuba menghubungi lelaki itu, telefonnya langsung tidak dijawab. Apa yang dah berlaku dengan mereka ni sebenarnya?

"Tolong akak, Meen. Jagakan anak akak baik-baik." suara itu tenggelam timbul. Waktu itu Eira hanya mampu menekan pedal minyak sekuat mungkin. Bayangan wajah suami Erissa dan anak kecil kakaknya itu menerjah bersilih ganti dengan raut wajah Erissa. Mata kakaknya sudah terpejam rapat.

DAUN PINTU bilik rawatan kecemasan terbuka. Seorang doktor muncul di situ. Eira bangun dan menerpa ke arah doktor itu.

"Awak ahli keluarga pesakit?"

Eira pantas mengangguk.

"Saya minta kerjasama awak untuk ikut saya ke bilik. Ada hal penting yang kita perlu bincangkan.."

"Kenapa ni doktor? Memangnya kenapa dengan kakak saya?" Eira menjadi cemas.

"APA! Kakak saya di dera?"Eira menyoal lagi. Dia kurang percaya dengan apa yang baru disampaikan oleh doktor. Wajah doktor yang hampir seusia dengan ayahnya itu dipandang dengan mata terbuntang.

Fikiran Eira jadi tidak tentu arah tatkala mendengar penjelasan Dr. Randy mengenai keadaan kakaknya menurut pemeriksaan Erissa jelas-jelas telah di dera.

Doktor Randy bangun. Filem x-ray yang terbentang di atas meja dicapai dan di lekatkan di sebuah alat pengimbas.

"Saya harap awak bersabar." ucapan Doktor Randy kali ini mengundang gelisah.

Eira sabar menanti bicara seterusnya.

"Saya dapati tulang rusuk kanan Erissa retak. Agak teruk. Mungkin dari kesan hentakan benda tumpul yang agak kuat."katq-kata Dr. Randy memeranjatkannya.

Gadis itu berterus-terusan memasang telinga mendengar setiap kata-kata doktor itu. Wajahnya terpancar kebimbangan. Kerisauan semakin memuncak.

"Parah ke keadaan kakak saya?" tanya Eira.

Doktor Randy mengeluh. Dia kembali duduk di kerusinya. Raut Eira yang penuh resah menjadi fokus utama pandangannya. Simpati terluah. Terapi dia sudah terbiasa dengan situasi begini. Dia tidak akan hairan melihat orang menangis dan meratap hiba apabila mendengar apa-apa berita darinya. Semua itu sudah sebati dalam dirinya.

"Apa lagi yang terjadi dekat kakak saya, doktor?" tanya Eira kemudian. Cuva menerima kata-kata Doktor Randy dengan berlapang dada sedangkan dia sebenarnya takut dengan kenyataan yang tidak diduga ya.

"Susah saya nak cakap. Laporan penuh belum keluar. Apa yang boleh saya sampaikan adalah kakak awak mengalami kecederaan yang boleh membawa maut. Ini boleh jadi kes polis."

"Kes polis?" Eira amat terkejut.

Dr. Randy mengangguk.

"Kes domestic violence memang biasa Kita dengar. Tapi bila kes penderaan melibatkan kaum wanita dan keadaan pesakit begitu teruk, saya tak boleh anggap sebagai kes biasa."

"Tapi doktor, kakak saya taknak sesiapa tahu tentang perkara ni terutama mommy dan daddy kami.."

"Kita kena laporkan kepada pihak polis jugak supaya kakak awak akan terbela dan orang yang bertanggungjawab ni dikenakan tindakan." tegas Dr. Randy.

Eira tertunduk dengan keresahan yang tidak terluah dengan kata-kata.

The worse chapter is coming non stop after this. Antara sebab kenapa Tinta drag update novel ni. Nak taip chapter yang ada konflik ni buat tinta fobia. Hahahah....sorry sangat siapa yang tunggu update dari novel ni. Bukan taknak update, cuma content chapter tu agak depressing sikit... Apapun terima kasih sebab sudi teruskan membaca.

Share this novel

Fatimah Mutazali
2025-01-26 00:01:46 

,buat aje lapuran polis biar pehak yg bertanggong jawab terima pembalasan thanks update author ...

Norzilawati
2025-01-23 13:41:30 

kesiannya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience