TASJ 43

Romance Series 41308

"Yang you dekat sini kenapa? Mommy you tak cari ke?" tegur Zayden mengerling ke arah Eira.

"I datang cari you la.. Buat apa lagi."

Terengar tawa halus yang meletus di bibir Zayden. "Kenapa cari I?takkan la tak jumpa beberapa jam dah rindu kan I?"

"Eh....ke situ pulak perginya."Eira tersentap dengan kata-kata Zayden itu." I cari you Sebab mommy suruh ajak you makan sekali sama."Eira menarik nafasnya. Menutup segala perasaan yang tercetus terhadap kata-kata Zayden.

"You makan aje la. I tak lapar." luah Zayden kemudian.

"Makan sikit pun tak nak?"

Zayden menggeleng.

"Tapi you tak makan apa-apa sejka siang tadi kan!?" kata Eira sambil menatap Zayden. Lelaki diam membisukan dirinya.

"Zayden, please..."

"I tak nak okay?"

"Jamah sikit aje pun jadi la."

"Kan I cakap I taknak makan. Tak dengar ke?"

"Fine... I ajak Aeron aje la."

"Ajak la. Apa 6ang you pedulikan sangat dekat I?"

"Mama you yang cakap tadi You dengan Aeron tak makan apa-apa. Sebab tu I ajak..." bebel Eira bengang lalu berpaling dari situ untuk pergi dari situ.

"I tak suruh kan. Yang you nak membebel kenapa?"

Tengkingan Zayden mematikan langkah Eira. Gadis itu berpusing semula ke arah. "I tak bebel. I beritahu kan... Ya sudah la kalau you taknak."

"Habis tu kenapa masih jugak nak paksa I tadi?"

"You nak marah-marah ni kenapa? I tanya you elok-elok aje tadi kan?"

"You yang mulakan.."

"Lah...kenapa pulak I?You tu yang tiba-tiba tinggikan suara dekat I. Bila I tanya you okay ke tak. You kata tak ada apa-apa. Lepas tu nak marah-marah I." Eira membalas. Dia menjadi geram dengan respon Zayden.

Sesungguhnya Zayden sendiri tidak faham ada apa dengan dirinya ketika itu. Fikirannya begitu serabut. Mungkin kerana itu dia mengasingkan dirinya sepanjang hari ni.

"I dengan Elena dah tak apa-apa. Okay? Puas hati sekarang?"Begitu tenang kata-kata itu dituturkan oleh Zayden.

Membuntang mata Eira dengan kenyataan yang baru didengari. Lama dia merenung Zayden. Mulutnya terbuka tutup tidak tahu hendak memberi respon bagaimana kerana ianya agak tiba-tiba. Ditambahkan lagi dengan reaksi tenang Zayden semasa memberitahu hal itu.

"Kenapa tiba-tiba aje you beritahu I semua ni?"

"Kan you tadi yang nak tahu sangat kenapa dengan I?"

Eira tidak membalas. Dia cuba mengatur kata dalam kepalanya agar tidak kedengaran menyakitkan hati Zayden atau mengeruhkan lagi suasana di antara mereka.

Zayden mengetap gigi. Menahan rasa berkecamuk yang berasak dalam dada tika itu.

"Kenapa you putus dengan Elena?"

"Sebab sesiapapun, kenapa you nak tahu?"

Eira sakit hati. Biarpun begitu di enaknya Bayangan Elena bersama Brian tiba-tiba kembali menerap. Dia menjadi risau. Adakah Zayden sudah mengetahui hal sebenar?

"Yalah, gara-gara Elena I kena marah dengan You sampai I merayu pujuk Elena supaya berbaik semula dengan you. Alih-alih you dengan dia break pulak."

"Kalau you nak tahu sangat pergi tanya tuan badan punya masalah sendiri."Entah kenapa kata-kata Zayden itu menimbulkan tanda tanya.

Sebenarnya Zayden tidak berniat hendak menceritakan situasinya itu. Tetapi apabila Eira dah mendesak begitu terpaksa juga la dia menceritakan apa yang telah berlaku. Bahawa dia sudahpun membuat keputusan bahawa hubungannya bersama Elena sudah sampai ke penamatnya.

"You tak tanya apa sebabnya dekat Elena?"nada Eira tidak sekeras seperti tadi.

Zayden diam.

"Ke you memang dah tahu?"desak Eira lagi.

Tegak kepala Zayden. Lelaki itu memandang Eira terkejut." Tahu apa?"

Pecah peluh dingin Eira. Takkan la dia terlepas cakap? Menyesal pulak dia jadi busybody!

" Tahu apa Eira?"

" Huh??Nothing."

"Apa yang you sorokkan dari I ni Eira?"

"Mana ada. I tak sorok apa-apa dari you."

Zayden mencengkam lengan Eira. Menarik gadis itu mendekat kepada dia. "Baik you jujur dengan I."Zayden berkeras mahu tahu.

"Betul la. I tk tipu You."

"Eira Jasmeen."

Liur gugup di telan kesat. Eira membalas tatapan marah Zayden tanpa berkedip. Nafasnya tertahan tanpa sedar.

"Jangan buatkan I tak percayakan dekat you lagi Eira. You sendiri betapa pantang ya I pada orang yang tak jujur ni. So please beritahu I..."

Eira benar-benar dalam dilema. Patut ke dia beritahu hal sebenar mengenang Elena dan Brian?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience