TASJ 02

Romance Series 41308

"Tuan puan...ada yang mencari."beritahu maid di hadapan keluarga itu.

Tuan Musa, Puan Amber dan Eira terus memanjang leher ke arah laluan pintu masuk, mencari gerangan orang yang diberitahu maid tadi. Mereka baru sahaja selesai makan malam. Eira ternampak kelibat kakak sulungnya Erissa sekeluarga berjalan ke arah pintu masuk utama.

"Eh...Eriss datang dengan Dane la."kata Eira agak tercengang dengan kepulangan mereka.

Puan Amber dan Tuan Musa ikut bergegas ke pintu. Dengan senyuman lebar di bibir mereka menyambut kedatangan anak menantu dan cucu yang sudah berjalan masuk ke dalam.

"La...ada apa ni sampai datang mengejut macam ni?"Eira terkebil kebingungan. Jarang kakak sulungnya ini datang menjenguk waktu begini. Biasanya pada hari minggu paling tidakpun sekiranya ada family event baru la kelibat keluarga kakaknya ini muncul.

"Takkan la nak tunggu mimpi pula baru nak datang, kan daddy, mommy?"balas Erissa berkata penuh maksud.

Dane, suami Erissa hanya ketawa. Anak-anak mereka Rhea dan Ray sudah terkinja-kinja mengerumuni Puan Amber yang dipanggil Grandma.

"Apa la Meen, kalau tunggu sampai mimpi baru nak datang, tak merasa la kami nak makan sedap hari ni..."

Tidak semena, satu suara lain pula yang menyapa, membuatkan mereka semua terus memaling ke situ. Kelihatan Eirina yang sedang sarat hamil berjalan masuk dengan senyuman riang.

"Rina.."Eira segera menyambut kedatangan Eirina pula. Rumah itu menjadi meriah. Puan Amber yang paling ketara berseri dengan kehadiran anak-anaknya. Tuan Musa juga begitu.

"Raffi tak ikut ke?"tanya Eira sambil menjenguk cari kelibat abang iparnya di belakang.

Eirina hanya tersenyum. "Raffi outstation beberapa hari ni."jawab Eirina yang bekerja sebagai peguam.

Eira segera mencapai kotak berisi makanan yang dipegang Eirina. Dia berasa pelik, kenapa Erissa dan Eirina pulang serentak hari ni. Ada apa sebenarnya?

Eira menoleh ke arah Puan Amber. "Memangnya hari ni ada apa?Ada yang special ke?"

"Tak ada la."Puan Amber berdalih.

Eira cuba memandang Tuan Musa. Kemudian ke kakak-kakaknya. Masing-masing pasang muka tak tahu. Dane pula tersengih-sengih.

"Apa semua ni?Kenapa lain macam aje?"soal Eira.

"Serius, tak ada apa-apa."Eirina menjawab.

"Iya ke ni?Kalau macam tu kenapa kau orang berdua balik tak cakap?Siap bawak kek lagi tu?"

Eirina terus ketawa. Erissa yang tidak dapat membendung tawanya juga ikut ketawa. Rhea dan Ray sudah lama leka dengan permainan mereka.

"Serius kamu tak tahu?"soal Puan Amber.

Eira menggeleng. Masih tak faham apa yang sedang berlaku,

"Betul ni?Kamu tak ingat langsung?"soal Tuan Musa pula.

Eira masih juga menggeleng.

"HAPPY BIRTHDAY!!!"dengan lantang semua ahli keluarganya bersorak kepadanya.

Membuntang mata Eira.

"Hah?Birthday?Birthday siapa?"bingung-bingung Eira bertanya.

Semua ahli keluarganya ketawa.

"Haih...tengok la. Dah tua agaknya anak dara kita ni..hari lahir sendiri pun tak boleh nak ingat."ujar Puan Amber kepada suaminya.

"Kalau macam tu, cepat-cepat la kita suruh dia kahwin."sakat Tuan Musa.

Kening Eira berlapis. Masih cuba memproses. Namun tidak lama kemudian riak wajah bingungnya berubah ceria. Barulah dia tersenyum taktala mengingati hari ini adalah tarikh keramatnya. Entah macam mana la dia boleh terlupa ni?Detik hatinya sambil menepuk dahi.

EIRA BARU SAHAJA selesai mengemas meja ketika dia ke ruang tamu. Ahli keluarganya sedang berbual-bual. Dia mencari kelibat Eirina namun kakak keduanya itu tidak kelihatan bersama keluarganya. Ingin tahu, perlahan-lahan dia berjalan ke luar. Lalu dia ternampak kakak keduanya sedang berdiri bersendirian menghadap laman botani yang bertentangan dengan banglo dua tingkat milik Tuan Dennis.

"Rina..."tegur Eira.

Pantas Eirina menoleh ke belakang. Dia tersenyum apabila Eira berdiri di sampingnya. Suasana ketika itu senyap, bila mereka berduaan semakin sunyi jadinya. Mungkin kerana sudah lewat malam. Sekejap lagi Erissa sekeluarga akan balik. Eirina pula mahu hendak tidur di situ kerana esok dia tidak bekerja.

"Kandungan kau macam mana?"Eira tunduk memandang perut Eirina yang memboyot. Setelah lapan tahun berkahwin barulah Eirina dikurniakan zuriat tujuh bulan yang lepas. Kasihan Eirina. DIa yang berkahwin terlebih dahulu sebelum Erissa lambat mengandung. Kini Erissa sudah pun mempunyai dua orang anak.

"Semuanya sihat. Doktor cakap baby dalam keadaan baik."

Eira tersenyum.

"Kau pulak macam mana?Aku dengar yang kau dah semakin mahir menguruskan hal syarikat."

"Siapa yang cakap?Mana ada...masih terkial-kial aku nak kejar date line."beritahu Eira segan.

Eirina menarik senyuman nipis. Eira dikerlingnya. Adiknya ini memang jelita dan lemah lembut. Walaupun ada masanya Eira bersikap manja tetapi tingkahnya itu buatkan Eira kelihatan comel di mata orang yang memandangnya.

"Masa first time tu janggal la jugak sebab aku tak ada basic langsung pasal management. Tapi dah lama-lama tu tu baru la okay sikit."beritahu Eira.

"Kau tak kisah ke buat semua ni demi daddy?"

Eira terkedu. Dia mendiam untuk seketika mencari kata agar kedengaran sopan. "La...dah kenapa pulak kau tanya macam tu?"

"Sebab aku dengan Erissa boleh buat keputusan sendiri sementara kau yang kena hadap kesan dari keputusan kita orang tu?"Ada rasa serba salah yang berbuku di dalam dada Eirina. Bila diingatkan semula, memang dia terkilan kerana buatkan Eira yang mengorbankan cita-cita sendiri demi kehendak family. Disebabkan dia dan Erissa sibuk fokus pada cita-cita sendiri hingga lupa akan Eira yang mungkin kecewa kerana terpaksa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang direktor musik.

"Alah..benda dah lama pun. Buat apa la nak diungkit. Aku pun dah lupa. Apa yang penting sekarang kau happy, Erissa happy, mommy dengan daddy happy.."

"Tapi...kau tak happy kan? Belajar tinggi-tinggi, tapi end up dengan syarikat keluarga. Jauh beza dengan bidang yang kau belajar pulak tu."

"Tak kira la...apapun jenis bidang yang aku belajar, Kan orang selalu cakap, kita cuma boleh merancang takdir yang menentukan. Semuanya dah tertulis...kita cuma hadapkan aje la."

Eirina tersenyum lega mendengarnya.

"Kau jangan ungkit lagi macam ni tau. Kalau daddy dengar mahunya dia terasa."

Perlahan-lahan Eirina mengangguk.

"Cakap punya cakap, bila due date kau?"

Perlahan-lahan Eirina mengusap perutnya. Hatinya berdegup teruja memikirkan kelahiran anak sulungnya nanti. Walaupun suaminya Raffi sedikit pun tidak akan ambil kisah mengenai anak mereka tidak lama lagi, dia tak peduli. Dah memang suaminya begitu.

"Akhir bulan sembilan nanti."

"Iya?Bagus la."

"Meen..."

"Mm?"

"Nanti kan, kalau apa-apa berlaku dekat aku, kau jagakan anak aku ni ya?"sebak semacam suara Eirina.

Mencerlung kening Eira sebaik mendengar ucapan itu. "Kau kenapa cakap macam tu?"

Eirina sekadar berdengus kecil. Dia tersenyum nipis. "Mana la tahu kan, umur aku tak panjang. Macam yang kau cakap. Kita hanya boleh merancang selebihnya takdir yang menentukan..."sebak dia rasakan ketika ini. Namun dipaksa juga bibir untuk tersenyum.

"Isy, kau ni jangan nak menakutkan aku macam tu boleh tak? Sepatutnya  kau fikir yang positif untuk tengok anak kau nanti, ini tidak fikir yang entah bukan-bukan."Eira menepuk belakang badan Eirina memberi semangat.

Kini Eirina terdiam. Dia termenung seketika. Tenggelam dengan perasaan masing-masing. Suasana di situ menjadi sepi.

"Kau dah ada teman lelaki ke? Sampai bila nak single?"Eirina menukar topik perbualan tidak lama kemudian. Dia enggan terus merosak suasana ceria di antara mereka.

"Heh?Boyfriend? Memang tak ada la.."

"Iya ke ni?"Eirina mengecil mata pandang curiga.

"Betul la. Aku tak ada boyfriend. Tak ada masanya aku nak bercinta kalau nak buat dokumentasi pun bertangguh sampai seminggu. Sekarang ni aku cuma nak tengok anak saudara aku yang sorang ni aje."Eira menggosok perut Eirina dengan kasih.

Terkekek ketawa Eirina. "Sibuk dengan anak orang, anak sendiri tak nak ke?"

"Isy...kau ni kenapa cakap pasal anak dengan aku pulak. Tadi mommy dengan daddy cakap pasal kahwin...kau pulak cakap pasal anak..."

"Yalah....anak fruit kau tu dah masuk tiga. Bila nak ada anak sendiri.."

"Ih..tak nak la aku."

Keluhan pendek lepas dari Eirina. Wajah bersih adiknya dikerling seketika. Adiknya ini memang susah hendak berhubungan dengan mana-mana lelaki. Dari dulu lagi.

"Itu la tu, takkan la nak digelar aunt memanjang. Nak dengar juga dipanggil mama."suara Erissa menyampuk dari arah belakang.

Dengan serentak Eira dan Eirina menoleh. Kakak sulung mereka datang sambil memegang dua mug berisi air hangat.

"Kau tu, jangan menangguh-nanguh kahwinnya. Nanti bila tua susah tau nak dapatkan anak."Erissa mengambil tempat di bangku bersebelahan tempat Eirina sedang berdiri.

"Alah..kalau tak kahwin pun bukannya rugi."dengan selamba Eira menjawab. Wajahnya di palingkan ke kanan.

"Kau jangan cakap ikut suka. Nanti terkahwin baru kau tahu.."balas Erissa.

Eirina ketawa.

Eira mencemik tidak peduli dengan kenyataan itu.

"Siapa tu...Aeron tu handsome kan. Takkan la kau orang tak mengurat."Erissa mencucuk perhatian Eira untuk membuka tentang perasaannya dalam percintaan.

"Ya tak ya kan?"Eirina menyambut.

"Si Aeron tu?"menjegil mata Eira.

Kedua-dua orang kakaknya mengangguk.

"Eh. ..mintak simpang. Buang tebiat apa. Aeron tu dah ada girlfriend la. Kawan aku pulak tu."

"Tak apa. Baru girlfiend. Belum isteri lagi."

"Kau jangan nak memandai pulak."Eira menarik muncung. Eirana sudah tersengih-sengih menyakat. Erissa pun sama. Masih mahu menyakat adik mereka yang sudah merona marah.

"Daddy dengan mommy pun tak kisah. Anak kawan baik daddy kan. Tinggal pula berjiran. Kerja satu company. Dia orang pun dah kenal kau.."

"Isy...dah la. Malas aku nak layan kau orang. Kalau tak menyakat aku, tak hidup agaknya ." dengan geram Eira mengatur langkah pergi dari situ untuk masuk ke dalam. Dan dari belakang suara ketawa Erissa dan Eirina boleh didengari.

Sempat Eira membalik ke belakang, memerhatikan senyuman di bibir kakak-kakaknya. Entah kenapa dia pun ikut tersenyum bila tengok mereka seronok ketawakan dirinya. Namun apabila Eira terpandang Aeron yang sedang mengilap kereta di tempat parkir, Eira kembali mencerlung kening tidak puas hati. Diam memandang lelaki itu dengan perasaan tertanya-tanya. Dia dengan Aeron?

Isy...tak mungkin akan terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience