TASJ 44

Romance Series 56635

"Meen, kamu dah siap belum, mommy nak balik ni dah ni."panggilan Puan Amber menyelamatkan Eira dari terus tertekan di sisi Zayden. Dia benar-benar-benar berterima kasih pada mommy dia.

Eira menoleh. Rupa-rupanya mommy dia masih ada di situ.

"Meen?"panggil Puan Amber lagi.

"Ya, nak turun ni.."jawab Eira semasa dia masuk ke dalam. Dia melihat Puan Amber sedang berdiri di depan meja bufet.

"Ke mana kamu pergi tadi?Dah makan belum?"

"Belum, tadi orang pergi borak jap dengan Zayden."

"Kalau macam tu mommy nak balik dulu ni. Kamu berdua berborak la dulu."

Eira terkedu. Sempat dia menoleh ke arah Zayden yang sedang menunggu jawapan darinya pula. Dadanya berasa sesak semacam. Gelabah sebab peluang untuk mengelak dari Zayden tidak menjadi.

"Eh, mommy nak balik macam mana?Naik dengan Meen aje la."

"Daddy kamu ada tu hah, dah mommy letih dah ni."

"Err, tak apa la...Eira takut pulak drive sensorang malam-malam macam ni."jawab Eira spontan. Berharap mommy dia faham.

"Tak apa, kejap lagi I temankan you balik. Boleh kan aunt?" tidak semena-mena Zayden menyampuk.

"Yalah. Jangan balik lewat sangat..."pesan Puan Amber yang mana membuatkan Eira kejung di situ.

Langkah mommynya itu diperhatikan dengan perasaan geram bercampur gemuruh.Dia betul-betul sedang tersepit dalam keadaan yang memerangkap dirinya.

"APA maksud you sebenarnya?"Zayden tidak menunggu lama untuk bertanya selepas Puan Amber menjauh dari situ. Tidak berpeluang langsung untuk Eira mengumpul semangat yang hilang atas keterlanjuran kata-katanya tadi.

Eira menggigit bawah bibir dengan kuat. Dia juga tidak berani hendak bertentang mata dengan Zayden.

"Apa yang you tahu tapi I tak tahu?"tanya Zayden lagi.

Eira menunduk serba salah. Patut ke dia menceritakan apa yang dia lihat mengenai Elena? Percaya ke Zayden nanti pada dia?Detik hatinya lagi berasa teragak-agak.

Ini soal hati dan perasaan orang lain. Kalau salah cakap dia jugak yang dapat Susahnya. Teringat tak memasal kes lama dia bersama Zayden hari tu. Sampai dihukum dengan lelaki tu atas salah fahamnya. Apakah selepas mendapat tahu tentang Elena, Zayden akan bersikap seperti itu lagi?Dia tidak mahu menjauh lagi dengan Zayden!

"So betul la. You tahu something pasal Elena yang I tak tahu kan?"

Eira masih menunduk. Dia tak tahu nak cakap macam mana. Soalan Zayden memerangkap dirinya. Apabila dia mendongak dan bertentang mata dengan Zayden, dia jadi tidak keruan.

"Kalau you tak tahu apa-apa, kenapa you nampak macam serba salah?"kuat suara Zayden. Dadanya seakan memaksa.

Zayden menghampiri Eira. Menarik tubuh Eira agar berpaling menghadapnya. Tindakan Zayden itu membuatkan Eira menahan nafas terkejut. Terkedu dia apabila kedua belah tangannya melekap di dada bidang itu. Dia langsung tidak menyangka lelaki itu akan bertindak sedemikian.

"Zayden...apa ni?"Dihya menolak dada itu agar menjauh darinya. Anak matanya cemas melihat sekeliling. Risau betul dia jika ada sesiapa ada sesiapa melihat keadaannya bersama Zayden masa tu.bTak pasal-pasal ada pula khabar angin tersebar.

"No. I takkan lepaskan you selagi you taknak beritahu I apa dia perkara tu."

"Tak ada apa yang I nak cakapkan pada you la.."Eira cuba menolak tangan Zayden. Namun tindakannya itu malah membuatkan lelaki itu mengeratkan cengkaman pada lengannya dan dia di sandarkan lebih merapat ke depan dada itu.

"You tak pandai menipu Eira. I boleh nampak you memang sembunyikan sesuatu dari I."

"You aje yang rasa macam tu."kata Eira bersungguh-sungguh. Dia menolak tangan Zayden sedaya upaya.

Jam berdenting ke pukul 12 tengah malam. Menandakan waktu sudah berubah ke hari baru. Mata Eira seolah-olah masih segar. Zayden juga nampaknya belum mengantuk. Masing-masing sedang berdepan dengan situasi tegang.

Akhirnya deru nafas Zayden lembut-lembut menyentuh dahi Eira. "I tahu you sembunyikan sesuatu dari I. Tak apa kalau you taknak cakap sedarah. Tapi ingat. Jangan sampai I dapat tahu sendiri dan perkaran yang you tahu tu melibatkan I. You tahu kan yang I tak suka dekat orang yang tak jujur."

Zayden seolah-olah mengugutnya, menyebabkan Eira semakin tidak tentu hala.

"Jom. I temankan you balik." ujar Zayden l
tiba-tiba berlalu dari situ dengan wajah marah.

Eira di situ sudah kelat-kelat menelan liur. Terasa sungguh dia dengan amaran keras Zayden itu. Sebab dia tahu Zayden maksudkan apa yang lelaki tu katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience