TASJ 46

Romance Series 56635

Tiga minggu sejak kejadian itu berlaku. Sejak itu hatinya masih belum surut dari gelisah. Eira masih dihantui pelbagai rasa yang tidak tentu hala. Baik di rumah ataupun di pejabat, fikirannya sibuk dengan kegelisahan yang menganggu ketenteraman jiwanya.

Serious talk, dia seperti ingin pergi jauh dari terus berhadapan dengan lelaki itu. Biar dia berasa tenang. Biar dia dapat bernafas dengan normal seperti kebiasaannya.

Ini tidak, semakin dia cuba mengelak dan menjauhkan diri, semakin kerap pula lelaki itu muncul dan mendekatinya. Ke dia aje yang fikir macam tu?

Tidak. Eira yakin. Bukan dia syok sendiri atau perasan sendiri. Memang jelas lelaki itu seakan hendak mencuba nasib dengan membina hubungan yang lebih mesra dengannya. Dia tak buta apalagi dungu. Eira dah cukup dewasa untuk faham apa yang tersembunyi di balik tatapan mata itu. Walaupun Zayden tidak menyatakannya secara terang-terangan, tapi Eira still boleh faham setiap gerak bahasa tubuh lelaki itu. Ada maksud yang tersendiri.

"You tak apa-apa?"

Eira terimbau semula akan kejadian yang menjadi punca kenapa tidurnya tidak lena, makannya tidak kenyang dan rehatnya tidak tenang. Malah sehingga ke hari ini resah ya semak menjadi-jadi dek peristiwa lewat pagi itu.

Sengal di pinggul akibat jatuhnya membuatkan Eira tidak mampu untuk berdiri.

"Kan...dah tahu pakai heel you jalan laju-laju dalam keadaan gelap macam ni kenapa?"Zayden sudah menghampirinya.

Eira yang cemas tidak mampu berbuat apa-apa selain memerhatikan lelaki lampai itu mendekatinya.

" I tak apa-apa."ujarnya. Dalam kesakitan, Eira gagahkan diri untuk berdiri. Dia enggan Zayden mendekatinya. Langkah Zayden berhenti di sebelah Eira. Sekadar memerhatikan. Eira yang bergelut hendak berdiri sendiri.

"Auw..."desis Eira perlahan.

Walaupun mampu bangun tetapi tubuhnya enggan bergerak kerana setiap pergerakkannya itu mengundang sakit yang amat sangat terutama sekali pada pinggangnya. Eira bergerak hendak terduduk semula.

Namun Zayden sempat merangkul tubuh itu. Pelukan itu membuatkan Eira teringat semula akan pautan Zayden ketika dia hampir terjatuh semasa berjalan di kampung tempoh hari. Perasaan berdebar kali ini lebih menjadi-jadi.

Bezanya, lewat pagi itu Zayden mencempung tubuhnya gaya pengantin dan membawanya masuk ke dalam rumah. Masih terasa pelukan kemas tangan itu. Eira tidak mampu menolak. Bagaikan di tekap mulut dan hidungnya kerana tidak dapat bernafas dengan betul dibuat tindakan Zayden itu. Getaran hebat dirasai pada seluruh saraf. Tubuh hangat lelaki itu seolah-olah menyelimuti segala kedinginan yang dirasai Eira. Sungguh terpaku dia dibuatnya.

"Sakit sangat ke? Nak I bawak you pergi hospital?"

Akhirnya Eira tersentak apabila pertanyaan itu melintasi pendengarannya. Suara prihatin Zayden bernada perlahan benar-benar menjentik hati kecilnya.

Eira terkebil-kebil menggeleng. Tangannya memeluk erat sekeliling leher Zayden. Jarak wajahnya dengan muka Zayden hanya beberapa jengkal sahaja. Maka dengan jelas Eira dapat menghidu bau wangian mewah di tubuh itu. Waktu itu dia benar-benar berharap Zayden melepaskannya. Namun lain yang diharapkan, lain pula yang berlaku. Zayden malah mengemaskan lingkaran tangannya.

"I dah okay. You boleh turunkan I."

"Macam mana you nak naik tangga?"

"I boleh jalan perlahan-lahan."

Zayden berhenti di depan anak tangga. Dia berpaling ke Eira. Menatap wajah itu. Kali ini lebih lama. Eira mulai gusar. Dia melarikan wajahnya ke kanan. Dadanya berdebar hebat. Panas bahang boleh dirasai dari dada naik ke leher lalu merayap ke segenap telinga dan wajah.

"Kenapa pulak?"bisik Zayden perlahan.

" Tak apa. I boleh jalan sendiri."

"Macam mana you nak berjalan? Berdiri pun tak boleh. Beritahu aje I bilik you dekat mana?"

Eira cuba bergerak. Berharap Zayden meletakkan dia ke bawah. Tetapi setiap sentuhannya pada bahu, dada dan tangan itu membuatkan degupan jantung Eira semakin meliar.

Zayden berdengus kecil. Lucu melihat Eira bergelut dalam pelukannya ketika itu." Apa you buat ni?"tangannya mengerat dalam pelukan di badan dan bawah kaki Eira.

"I nak turun la."

"Why? Memangnya ni first time ke lelaki dukung you?"

"Apa?"soal Eira semula.

" First time ke you kena dukung dengan lelaki?"ulang Zayden lagi.

Gulp!Eira menelan liur gugupnya." Kalau ya kenapa? Nak gelak kan I ke?"Eira bersuara kuat. Terus membuatkan Zayden tertawa.

"So I lelaki pertama yang dukung You?"

"Buat apa you nak tahu?"

"La...nak tahu aje pun."

Eira menggigit bawah bibir kegeraman.

"Turunkan I sekarang." di tepuk-tepuk bilah bahu itu. "I nak jalan sendiri. Kalau mommy I nampak kita macam mana?"Eira menjeling ke Zayden.

"Mommy you maybe dah tidur, so tak ada siapa tahu kalau I bawak you naik bilik."Zayden tersenyum-senyum.

"Baik you turunkan I sekarang Zayden."deram Eira menahan diri dari menjerit. Kalau tidak penghuni rumahnya ini akan terjaga pada lewat 2 pagi begini.

"Kalau I taknak turunkan you, you nak buat apa?" sakat Zayden.

Eira kembali merenung wajah Zayden.

"I boleh turunkan You tapi dengan syarat," sambung Zayden tatkala Eira perasan lelaki itu sudahpun mula mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Lelaki itu tersenyum lebar sambil memeluk tubuhnya merapat ke badan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience