Hampir satu jam aku dan tengku dhanie berada di pejabat agama. hanya ahli keluarga tengku dhanie yang datang untuk menyelesaikan masalah yang aku dan tengku dhanie sedang hadapi.
"ara, saya dah hubungi makcik kamu namun tidak diangkat. ara ada ahli keluarga yang lain?" tanya tuan razak. ketua di pejabat agama itu.
"saya tak ada ahli keluarga yang lain selain makngah saya." jawab aku. aku juga tak tahu apa yang perlu aku lakukan dalam situasi ini.
tuan razak pun kemudiannya memberitahu pembantunya untuk menghubungi makngah sampai dapat. aku duduk di meja tuan razak sementara tengku dhanie dan ibu bapanya mencari jalan penyelesaian masalah di luar bilik tuan razak.
"apa dah jadi di dhanie? kenapa boleh sampai kena tangkap basah pulak ni dhanie?" tanya puan safiyah. mama kepada tengku dhanie.
"dhanie tak tahu mama. dhanie cuma tolong dia je tadi. dhanie tak buat apa apa pun dengan dia mama." jawab tengku dhanie.
"sekarang ni macam mana kita nak settlekan masalah ni?" tanya puan safiyah sambil memandang ke arah tengku khair yang sedang berdiri berhampiran dengan pintu.
"siapa dia tu dhanie? kawan sekolah dhanie ke?" soal tengku khir.
"dia bukan kawan sekolah dhanie. dan dhanie tak rasa dia dari sini." jawab tengku dhanie.
"habis tu macam mana dhanie boleh jumpa dengan dia?" tanya puan safiyah.
"dhanie jumpa dia dekat jambatan sana tu, masa tu dia hampir nak bunuh diri. tak akan dhanie nak biar je, so dhanie selamatkan dia." jawab tengku dhanie.
"apa.. bunuh diri?" terkejut puan safiyah dan tengku khair.
"dia ada masalah family sebab tu dhanie tolong dia, tapi tu lah tak sangka pulak boleh jadi sampai macam ni." jawab tengku dhanie.
tak lama kemudian, pembantu tuan razak memanggil mereka semua masuk kembali ke dalam biliknya. "tuan razak mintak semua masuk sekarang." kata farhana.
tengku dhanie dan ibu bapanya pun masuk ke dalam bilik tuan razak. mereka pun duduk di sofa yang ada di dalam bilik tuan razak sementara aku masih duduk di kerusi yang ada di meja tuan razak.
"so macam mana sekarang?" tanya tengku khair.
"kami dah berjaya menghubungi ahli keluarga ara dan sekejap lagi dia akan sampai." jawab tuan razak.
kami semua menunggu sehingga makngah ila sampai. hampir setengah jam dan akhirnya makngah ila sampai dalam keadaan mengamuk.
"mana perempuan tak guna tu ha! dari mak dia hidup sampailah dah mampus, hidup anak beranak ni asyik nak menyusahkan hidup aku je!" marah makngah ila. dia mula mengamuk sehingga mengganggu orang sekeliling.
"sabar puan, kita bincang dekat dalam." kata farhana. dia cuba menenagkan makngah ila dan terus membawa masuk ke dalam bilik tuan razak.
"kau memang tak gunakan ara! hidup ni asyik menyusahkan aku je!" marah makngah ila sejurus melihat wajah aku. dia terus menarik aku dan memukul aku dia hadapan semua orang.
"ya allah, sabar puan sabar!" kata tuan razak. dia cuba menjauhkan aku dari dipukul terus oleh makngah ila.
"tuan nak suruh saya sabar dengan perempuan tak guna ni!" kata makngah ila.
"ya allah puan, jangan cakap macam tu." tegur tuan razak. dia agak tidak suka dengan sikap makngah ila.
"puan, kita datang sini nak selesaikan masalah. bukan nak dengar puan bising bising macam ni." tegur puan safiyah pula. dia pun tidak suka dengan cara makngah ila melayan aku.
"kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan dia!" kata makngah ila.
"makcik boleh cakap baik sikit tak. ini mama saya tau, lagi satu saya tak sukalah cara makcik layan anak saudara makcik macam ni." tegur tengku dhanie. pandangan makngah ila terus tertumpu kepada tengku dhanie yang berani cuba menegurnya.
"kau ni budak yang kena tangkap basah dengan perempuan sial ni kan." kata makngah ila dengan senyuman sinis.
"ya allah puan, sampai hati puan cakap dia perempuan sial." marah puan safiyah. kemarahan dia terhadap masalah tengku dhanie dan aku bertukar kesian apabila melihat aku diperlakukan seperti itu oleh makngah ila.
"suka hati akulah nak panggil dia apa. dia dengan mak dia dulu memang perempuan sial." kata makngah ila.
"makngah! makngah boleh hina saya, boleh panggil saya sesuka hati makngah tapi makngah jangan sesekali panggil arwah ibu dengan panggilan perempuan sial!" marah aku. air mata aku mengalir dengan deras sambil mengenangkan arwah ibu. aku tidak tahu apa salah arwah ibu sampai makngah ila sangat membencikan arwah ibu.
"puan, kami panggil puan ke sini untuk selesaikan masalah bukan nak suruh puan buat masalah dekat sini. kalau puan terus buat macam ni, pihak kami terpaksa ambik tindakkan dekat puan." kata tuan razak.
makngah ila pun duduk untuk menenagkan dirinya. "sekarang ni aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku." kata makngah ila kepada tengku dhanie.
"makngah! tak payahlah." tolak aku.
"kau diam!" marah makngah ila. "aku bagi kau semua dua pilihan sama ada kau bertanggungjawab atas perempuan ni atau kau bayar aku rm 500,000 ribu kalau taknak aku malukan korang satu family pasal hal ni." kata makngah ila.
"ini dah melampau!" marah tengku khair. permintaan makngah ila seperti tidak masuk akal.
"okay, tak apa. kalau kau rasa permintaan aku ni melampau sangat. aku akan sebarkan hal ni. aku tak rugi apa, kau yang akan malu nanti." kata makngah ila dengan lagaknya.
"okay, saya akan bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku sekarang ni. saya akan kahwin dengan dia!" kata tengku dhanie. semua mata tertumpu ke arahnya.
"apa yang dhanie cakap ni?" tanya puan safiyah. dia tidak menyangka yang tengku dhanie mahu bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku.
"dhanie dah fikir betul betul?" tanya tengku khair.
"dhani dah fikir dan dhanie akan tanggungjawab." jawab tengku dhanie.
aku agak terkejut dengan tengku dhanie yang memilih untuk bertanggungjawab keatas aku. aku cuba untuk tidak membiarkan tengku dhanie menanggung kesalahan yang dia dan aku tidak lakukan. terlalu banyak aku menyusahkan tengku dhanie sejak dia bertemu dengan aku.
"awak tak perlu nak tanggungjawab atas saya. kita tak buat salah apa pun. saya taknak susahkan awak lagi." kata aku dengan air mata yang masih mengalir deras. tengku dhanie tidak memperdulikan kata kata aku. dia tetap dengan jawapanya untuk menikahi aku.
"kau diam ara!" kata tegas makngah ila. aku mula tersentak dengan makngah ila.
"saya akan kahwin dengan dia hari ni jugak tapi dengan satu syarat." kata tengku dhanie.
"apa syarat kau tu?" tanya makngah ila.
"saya taknak makcik ganggu atau apa apakan dia lagi." pinta tengku dhanie.
"heh, senang sangat syarat yang kau bagi tu." kata lagak makngah ila.
"boleh ikut ke tak syarat yang saya bagi tu?" soal tengku dhanie.
"okay baik. aku ikut syarat kau bagi. lagipun tak guna aku jaga perempuan ni. buat menyusahkan aku je." kata makngah ila.
selepas itu, semua mula bersedia untuk memulakan akad nikah yang akan berlangsung di bilik tuan razak. hati aku mulai berdebar saat melihat tengku dhanie berada di hadapan tuan razak untuk sesi akad nikah.
"tengku dhanie hafizi bin tengku khair." panggil tuan razak.
"saya." jawab tengku dhanie.
"saya nikahkan kamu dengan nur ara batrisya binti razman dengan mas kahwin sebanyak rm 100 ringgit tunai." ucap tuan razak.
"saya terima nikah nur ara batrisya binti razman dengan mas kahwin sebanyak rm 100 ringgit tunai." ucap tengku dhanie. hanya dengan satu lafaz, aku dan tengku dhanie sudah sah bergelar suami isteri dalam usia yang hampir masuk 17 tahun.
selesai membaca doa, puan safiyah memberi cincin yang dipakainya kepada tengku dhanie untuk disarungkan dijari aku memandangkan akad nikah berlangsung secara tiba tiba.
"dhanie sarungkan cincin ni dekat jari ara ya sayang." kata puan safiyah. tengku dhanie pun mengambil cincin yang diberikan oleh puan safiyah dan kemudiannya dia menyarungkan cincin di jari aku.
masalah pun telah selesai, sebelum makngah ila pergi aku sempat berjumpa dengannya buat kali yang terakhir sebelum aku ikut tengku dhanie pulang.
"makngah." panggil aku.
"apa lagi yang kau nak?" soal makngah ila dengan nada marah.
"halalkan makan minum ara selama ara duduk dengan makngah dan bella." kata aku. walau macam mana kasar sekali pun makngah ila layan aku, aku tetap masih ada rasa hormat terhadapnya.
Share this novel