Akhirnya semua pun telah sampai di air terjun gunung berembun. semua tidak sabar dan teruja melihat air terjun yang cantik di depan mata.
"wah cantiknya kawasan air terjun ni." puji aku sambil berdiri di atas batu. mahu saja aku turun dengan tiba tiba badan aku hilang keseimbangan. nasib baik ashraf sempat memegang lengan aku dari jatuh ke dalam air.
"hati hatilah ara." kata asmara.
"terima kasih." ucap aku. aku pun terus turun dari batu itu dan kembali fokus ke arah cikgu nasir yang sedang memberi taklimat seterusnya. tengku dhanie yang dari tadi memerhatikan aku dari jauh semakin tidak puas hati dengan ashraf yang semakin rapat dengan aku.
"baiklah. sekarang ni cikgu nak semua cari ahli kumpulan masing masing dan berkumpul ikut barisan. lepas tu setipa kumpulan perlu cari tempat untuk pasang khemah masing masing. tapi ingat jangan jauh dari kawasan air terjun ni." kata cikgu nasir.
"baik cikgu." jawab semua murid. mereka pun mula mencari tempat untuk mendirikan khemah masing masing sementara cikgu cikgu yang lain memyediakan peralatan memasak dan memasang khemah berdekatan dengan pondok yang sudah disedia ada di kawasan air terjun itu.
aku asmara dan yana sedang sibuk mendirikan khemah sementara nabila tidak buat sebarang kerja dan hanya memandang ke arah tengku dhinie yang sedang memasang khemah lelaki.
"wey bella, tolong lah kita orang ni." kata asmara.
"alah korang pasanglah. aku bukan reti nak pasang." kata nabila. sikap nabila membuatkan asmara berasa geram dengannya.
"sabarlah as, biar kita je yang siapkan semua kerja ni." kata aku. aku sempat menenagkan asmara dari hampir mahu bergaduh dengan nabila.
"apasal lah aku satu group dengan perempuan ni." luah asmara. dia kemudiannya menyambung kerjanya tanpa menghiraukan nabila.
selesai memasang khemah, kami pun mengemas barang apa yang patut diletakkan di dalam khemah atau di luar khemah. tidak mengambil masa yang lama dan akhirnya selesai. semua pun mula duduk sambil minum air untuk menghilangkan penat lelah.
tengku dhanie yang baru pulang berjumpa dengan cikgu cikgu di pondok tadi terus memanggil kami untuk berkumpul. "cikgu dah bagitahu apa yang kita perlu buat hari ni." kata tengku dhanie sambil mengeluarkan kertad yang diberi oleh cikgu zahirah tadi.
"siap ada kertas tu." kata faizul.
"start pukul 4, semua kena berkumpul di depan pondok untuk menunaikan solat berjamaah kemudian kita kena stanby untuk menyediakan bahan masakkan untuk makan malam. nanti lepas makan akan ada satu aktiviti yang cikgu zuraidah akan buat untuk hari ni." kata tengku dhanie selaku ketua kumpulan.
selesai makan malam, semua pun berkumpul untuk mendengar arahan yang akan diberikan oleh cikgu zuraidah. "okay semua, cikgu ada buat satu game. setiap kumpulan akan lakonkan satu cerita di depan. siapa yang kumpulan mana yang dapat markah tinggi akan dapat hadiah masa sebelum kita balik ke sekolah nanti." kata cikgu zuraidah.
"wah macam seronok je." kata farhan.
"sekarang ni cikgu ada tajuk cerita yang kamu semua kena lakonkan. setiap ketua kumpulan perlu cabut undi dan pilih salah satu tajuk dalam balang ni." kata cikgu zuraidah lagi.
semua ketua pasukan pun bangun ke depan untuk mencabut undi. jumlah kumpulan adalah 10 kumpulan. ketua kumpulan pun kembali ke kumpulan masing masing. "weh kita dapat apa?" tanya asmara.
"group kita dapat tajuk menantu rahsia dan kita dapat nombor ke 5 dari 10 group." jawab tengku dhanie.
"amboi tajuk bukan main." kata asmara.
"dah sekarang ni kita bagi watak masing masing." kata faizul.
"okay. pelakon utama dia dhanie dengan ara." kata asmara. aku agak terkejut apabila asmara memberi watak utama kepada aku.
"kenapa pulak ara. biar aku yang jadi watak utama dengan dhanie." kata nabila.
"eh kau tak boleh. kau tak sesuai dengan watak tu. yang sesuai dengan kau jadi watak pembantu rumah je." kata asmara. aku dan yang lain pun tergelak kecil dengan kata kata asmara.
"kau ni ada je nak cari pasal dengan aku." geram nabila dengan sikap asmara.
"eh dah jangan nak gaduh pulak." kata tengku dhanie.
"entah tu." sokong faizul.
"dah sekarang ni hakim dengan as jadi mak dengan ayah aku. zul dengan yana jadi mak ayah bella." kata tengku dhanie.
"ha okay, tapi jalan cerita nak buat macam mana?" tanya asmara.
"kita buat macam keluarga bella dengan keluarga aku datang untuk berbincang pasal majlis perkahwinan. nanti masa tu aku datang dengan ara bagitahu yang aku nak batalkan pernikahan sebab aku kahwin dengan ara." kata tengku dhanie.
"okay setuju." sokong asmara, faizul dan yang lain.
setelah berbincang, semua pun diminta berkumpul untuk memulakan lakonan. suasana menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa apabila melihat bakat lakonan masing - masing. kini giliran kumpulan aku pun tiba.
lakonan bermula
asmara, faizul, yana, hakim dan nabila pun mula duduk berbincang tengang majlis perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi.
yana - mana anak kak as?
asmara - ada, kejap lagi dia balik.
faizul - kira jadilah ya apa yang kita bincangkan tadi.
asmara - eh mestilah jadi. saya memang nak bella ni jadi menantu saya.
hakim - jangan risau, mesti jadi punya.
aku dan tengku dhanie pun datang bersama. tanpa diduga, tengku dhanie mengenggap tangan aku tanpa mengiraukan situasi sebenar.
asmara - dhanie, siapa perempuan ni? (dalam nada bingung.)
tengku dhanie - mama, papa. dhanie nak batalkan pernikahan dengan bella.
yana - apa semua ni. (dalam situasi bingung.)
nabila mula bangun dan menghampiri tengku dhanie.
nabila - sayang, kenapa tiba tiba ni? i ada buat salah ke?
tengku dhanie - sorry bella, i tak boleh kahwin dengan you.
nabila - but why?
tengku dhanie - i dah kahwin bella. ini ara isteri i.
kata kata dan lakonan tengku dhanie seperti rialiti. asmara, hakim, faizul dan yana mula terkejut.
yana - apa semua ni. jangan nak malukan keluarga kami ya. (dalam nada marah.)
hakim - dhanie jangan cakap apa yang dhanie buat ni betul.
asmara - dhanie tipukan.
tengku dhanie - sorry mama, papa. dhanie dah khawin dengan ara 5 bulan lepas. dhanie cintakan ara. dhanie tak boleh khawin dengan bella sebab dhanie tak cintakan bella.
nabila - perempuan tak guna. berani kau rampas dhanie daripada aku. (dalam nada geram.) dia pun tiba tiba menyerang aku tanpa ada dalam perancangan. kami semua terkejut dengan tindakkan nabila namun tengku dhanie dapat menghalang nabila dari terus menyerang aku.
tengku dhanie - bella, stop it! (dalam nada tengking sambil melindungi aku dari diserang oleh nabila.)
nabila - sampai hati you bela perempuan ni. (dalam nada marah) yana dan faizul mula menahan nabila dari terus menyerang aku.
tengku dhanie - sayang are you okay? (dalam nada risau)
aku - saya okay. (dalam nada terkejut) aku belum pernah mendengar tengku dhanie memanggil aku dengan panggilan sayang.
semua penonton semakin teruja dengan persembahan kami sehingga tidak perasan yang bahagian nabila menengking aku tidak ada di dalam perancangan kami. ashraf yang melihat lakonan aku dan tengku dhanie agak tidak puas hati. persembahan kami pun terpaksa diakhiri dengan cepat agar dapat hentikan sikap nabila dengan segera daripada menjadi lain.
habis saja persembahan, semua memberikan tepukkan yang gemuruh kepada kumpulan kami. "wah hebat betul lakonan kamu semua ya. lepas ni boleh lah jadi pelakon." puji cikgu zuraidah.
persembahan diteruskan lagi sehingga kumpulan yang terakhir. cikgu nasir dan cikgu zuraidah mengarahkan kami semua kembali ke khemah untuk tidur dan rehat untuk menyambung aktiviti pada keesokkan harinya.
"apa masalah kau tadi eh?" tanya asmara yang baru saja ingin melelapkan mata namun teringat akan kejadian semasa dalam lakonan tadi.
"apa aku buat?" kata nabila.
"kau jangan buat tak tahu lah bella. kau memang saja nak serang ara tadi tu kan." kata asmara.
"eh aku tak buat apa punlah dekat dia. lagipun memang patut pun dia kena tengking sebab dah rampas hak orang." kata nabila sambil menjeling ke arah aku.
"eh tadi tu cuma lakonan. tapi yang kau buat betul betul dekat ara tu dah kenapa." marah asmara.
"eh suka hati akulah." jawab nabila.
"dah lah tu jangan gaduh. dah malam ni. esok nak kena bangun awal. nanti cikgu dengar korang bising bising ni dia marah." mencelah aku.
"benda kecik pun nak jadi hal." kata nabila. dia pun kemudiannya terus baring dan terus tidur.
Share this novel