Tiba tiba aku berada di sebuah taman yang tidak aku ketahui. aku melihat sekeliling tidak ada sesiapa pun yang berada di taman kecuai aku seorang. aku agak kehairanan sambil memikir bila aku ke taman sedangkan tadi baru saja aku siap membuat kek coklat moist di dapur. tidak lama selepas itu, aku terdengar suara memanggil nama aku dari arah belakang.
"ara sayang." panggil seorang perempuan berpakaian serba putih bersama dengan seorang lelaki. aku pun menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya aku melihat ibu dan ayah.
"ibu, ayah!" panggil aku. air mata kau terus mengalir deras apabila melihat ibu dan ayah berada di depan mata aku. aku cuba datang untuk menghampiri ibu dan ayah namun setiap langkah aku mahu mendekati, ibu dan ayah semakin menjauh dari aku.
ibu dan ayah memandang aku dengan senyuman. "jaga diri baik baik ya sayang, ara jangan risau pasal ibu dengan ayah. ara kena ingat yang ibu dengan ayah akan selalu ada dengan ara. ibu dengan ayah sayang ara sangat." kata ibu. makin aku mengejar makin ibu dan ayah menjauh dan akhirnya ibu dan ayah menghilang.
"ibu, ayah. jangan tinggalkan ara. ibu, ayah jangan tinggalkan ara!" kata aku dalam tidur. air mata aku masih mengalir walaupun aku masih dalam tidur. tengku dhanie yang baru keluar dari tandas terus datang kepada aku apabila mendengar suaraku. dia terus mengejutkan aku bangun dari tidur.
"ara.. bangun ara." kejut tengku dhanie. dia mula risau apabila melihat aku menangis di dalam tidur sambil memanggil ibu dan ayah.
aku tersedar dari tidur aku dengan agak terkejut. jantung aku berdegup dengan kencang. dia terus memandang le arah tengku dhanie dengan air mata yang masih membasahi pipi. aku memandang sekeliling dan ternyata aku sudah berada di dalam bilik.
"awak okay tak ni ara?" tanya tengku dhanie.
"saya okay." jawab aku.
"saya nak awak bangun mandi, kejap lagi dah nak masuk waktu maghrib. kita solat sama sama." kata tengku dhanie.
"ha okay." jawab aku dengan fikiran yang masih keliru. aku pun bangun dan terus mengambil tuala untuk mandi. selesai mandi, aku pun melilitkan tuala di badan aku untuk keluar dari tab mandi. aku melihat ke arah ampai yang selalu aku meletakkan pakaian aku, tidak terlihat satu pun baju yang ada. aku ingat kembali yang aku terlupa membawa pakaian aku. "aduh, ni mesti tertinggal dekat atas meja ni." kata aku. aku buntu bagaimana ingin mengambil baju di luar. akhirnya aku terpaksa meminta tolong tengku dhanie.
aku membuka pintu sedikit untuk mencari tengku dhanie. aku melihat tengku dhanie masih menunggu aku di katil. "awak!" panggil aku dengan agak segan.
"ya." jawab tengku dhanie sambil memandang tepat ke arah aku.
"boleh tolong saya ambikkan baju dekat atas meja sana tu. saya lupa nak bawak sekali." pinta aku dengan senyuman segan. tengku dhanie pun terus bangun dan mengambil baju aku yang tertinggal di atas meja. dia pun terus menyerahkan kepada aku. "terima kasih." ucap aku.
selesai solat maghrib, tengku dhanie pun terus membaca doa. setelah itu, aku terus mencium tangan tengku dhanie dan tanpa diduga tengku dhanie terus mencium dahi aku dan membuatkan aku berasa agak janggal. tengku dhanie pun terus melipat sejadahnya untuk di simpan kembali di almari namun langkahnya terhenti seketika.
"abang!" panggil aku secara tiba tiba. tengku dhanie terus memandang ke arah aku. "boleh saya panggil awak abang?" tanya aku dengan agak malu.
"kenapa?" tanya tengku dhanie.
"saja, tapi kalau tak boleh tak apa." jawab aku.
"boleh." jawab tengku dhanie dengan senyuman. dia sempat mengusap lembut pipi kiri aku dan membuatkan jantung aku berdegup kencang seperti baru saja terkena renjatan elektrik. tengku dhanie pun meletakkan sejadah di dalam almari. "tadi petang mak jah cakap awak ada buat kek coklat. awak ambikkan untuk abang boleh?" kata tengku dhanie yang duduk di atas sofa sambil mengulangkaji subjek sains.
"oh boleh." jawab aku. aku terus membuka kain telekung dan terus menyimpan kembali. aku terus turun ke dapur untuk mengambil kek coklat yang aku buat petang tadi.
"terima kasih." ucap tengku dhanie.
"puan ara nak makan. kalau nak makan mak jah hidangkan sekarang?" tanya mak jah yang baru siap masak makan malam.
"erm tak apa dulu mak jah. saya nak ambikkan kek coklat untuk abang dhanie." jawab aku.
"ha yelah. nak mak jah tolong ambikkan?" tanya mak jah.
"tak apa mak jah. saya boleh ambik." jawab aku. aku terus mengambil kek coklat di dalam peti ais dan melihat kek sudah tinggal separuh.
"sedap kek coklat puan buat. puan safiyah dengan tengku besar suka makan kek coklat puan. pak abu pun suka makan." puji mak jah.
"ye ke mak jah, alhamdulillah. kalau semua dah suka nanti saya buat lagi." kata aku dengan genbira.
"iya puan. ni pun tengku besar siap mintak tapaukan lagi kek coklat puan sebab nak bawak pergi kedah." kata mak jah lagi.
"papa pergi kedah?" soal aku.
"puan safiyah dengan tengku besar pergi kedah sebab ada urusan kerja. katanya dalam seminggu ni diorang tak balik." jawab mak jah.
"oh yeke. patutlah senyap je rumah. saya naik atas dulu lah mak jah." pinta aku setelah siap hidang kek coklat di dalam pinggan untuk dibawa kepada tengku dhanie.
"baiklah puan." balas mak jah sebelum dia menyambung kerjanya.
kek coklat yang aku bawa terus aku beri kepada tengku dhanie yang fokus dalam mengulangkaji pelajarannya. " nah kek coklat yang abang mintak." kata aku.
tengku dhanie terus makan kek coklat yang aku buat dengan penuh nikmat. "sedap. pandai awak buat kek coklat ni." puji tengku dhanie.
"arwah ibu yang ajar saya buat kek coklat ni." kata aku.
"arwah ibu kerja kedai kek ke dulu, ke arwah ibu ada bukak kedai kek?" tanya tengku dhanie.
"arwah ibu dulu kerja sebagai jururawat dekat hospital pertahanan. setiap kali cuti, arwah ibu selalu ambik tempahan buat kek. macam macam kek yang arwah ibu pandai buat, sebab tu ramai suka ambik tempahan kek dengan arwah ibu dulu." kata aku.
"patutlah awak pun pandai buat kek. sama macam arwah ibu." puji tengku dhanie. "tapi sayang sebab abang tak dapat nak rasa air tangan arwah ibu." kata tengku dhanie.
Share this novel