Chapter 30

Romance Series 6991

Asmara masih tidak puas hati. dia pun menarik lengan faizul untuk ke tempat yang agak tidak ada orang yang boleh dia menanyakan apa yang dia lihat tadi kepada faizul.

"weh as kau nak buat apa ni?" tanya bingung faizul. apabila dia dia melihat asmara membawanya ketempat agak sunyi, dia sudah mula berfikir yang bukan bukan. "eh as, kau jangan macam macam. apa kau nak buat dengan aku ni." kata faizul yang mula ketakutan.

"eh kau jangan nak fikir bukan bukan boleh tak. tak kuasa aku nak perkosa kau pulak." kata asmara.

"huh, nasib baik." jawab faizul dengan menarik nafas lega." habis tu yang kau bawak aku kat tempat sunyi ni dah kenapa?" kata faizul.

"aku nak tanya kau sikit ni." kata asmara.

"ha apa dia. ni mesti pasal ara dengan dhanie kan." kata faizul.

"ha tahupun kau. kau nampak kan apa yang aku nampak tadi." kata asmara.

"aku nampak. dhanie dengan ara duduk dalam satu khemah." kata faizul.

"aku dari start ara hilang lagi aku dah pelik dengan diorang ni. aku adalah nak tanya ara tapi masa tu aku taknaklah serabutkan dia sebab dia pun mesti banyak fikir masa dia hilang tu." kata asmara.

"kau jangan fikir yang bukan bukan pasal diorang tu. apa yang diorang buat tu tak ada salah apa pun." kata faizul.

"gila kau tak salah. mana boleh lelaki dengan perempuan duduk berdua macam tu. bermesra pulak tu. dosa maksiat kau tahu tak." kata asmara dengan tegas.

"tak ada maksiat pun asmara." kata faizul.

"apa maksud kau?" soal bingung asmara.

"ara tu bini si dhanie." jawab jujur faizul.

"kau biar betul. bila masa pulak dhanie dengan ara kahwin." kata asmara yang kurang percaya dengan kata kata faizul.

"kalau kau tak percaya, nanti kau pergi tanya diorang sendiri. ini pun aku tanya dhanie dan dia sendiri cakap yang ara tu bini dia." kata faizul.

asmara masih kurang percaya dengan apa yang faizul katakan mengenai hubungan tengku dhanie dan aku. mereka pun kembali semula untuk mengangkat barang untuk sedia pulang. sampai di sekolah, semua dibenarkan pulang ke rumah masing masing. nabila pula dipanggil untuk diberikan surat amaran bagi hal yang berlaku antara aku dan dia tadi.

Di rumah, aku terus membersihkan diri sementara tengku dhanie duduk berehat di sofa sehingga dia terlelap akibat keletihan sepanjang kem perkhemahan. selepas beberapa minit membersihkan diri, aku pun terus ke arah tengku dhanie untuk mengejutkan dirinya memandangkan hari sudah masuk waktu asar. "abang.. bangun abang.. dah masuk asar ni." kejut aku. aku kemudiannya tidak sengaja terlihat pergelangan kaki tengku dhanie berbalut. tengku dhanie pun mula sedar dari tidurnya.

"pukul berapa ni?" tanya tengku dhanie.

"dah pukul 4 setengah abang." jawab aku. baru saja tengku dhanie ingin bangun, aku terus menahan tengku dhanie seketika. "abang kejap." tahan aku.

"kenapa sayang?" bingung tengku dhanie.

"kenapa dengan kaki abang ni?" tanya aku. tengku dhanie pun terus melihat kakinya dan dia baru teringat kakinya yang terseliuh semasa mencari aku hari tu.

"tak ada apalah sayang." jawab tengku dhanie.

"mesti pasal abang cari ara hari tu kan." kata aku dengan rasa serba salah.

"eh taklah sayang. sikit je ni nanti baiklah. sayang jangan risau ya." kata tengku dhanie.

"ara ni suka menyusahkan abang kan." kata aku.

"jangan cakap macam tu sayang. abang tak pernah fikir pun yang sayang susahkan abang." kata tengku dhanie. namun aku masih berasa serba salah dengan tengku dhanie. "sayang tolong abang buatkan kek batik boleh? abang rasa teringinlah nak makan." pinta tengku dhanie.

"boleh." jawab aku dengan senyuman.

"terima kasih sayang." ucap tengku dhanie.

"abang pergilah mandi dulu. nanti dah siap, ara panggil abang." kata aku.

"okay sayang." jawab tengku dhanie dengan nada lembut.

aku pun dengan senang hati turun ke dapur untuk membuat kek batik yang diminta oleh tengku dhanie. aku pun mengeluarkan bahan bahan untuk membuatk kek batik di atas meja. mak jah yang ternampak aku di dapur sedang sibuk membuat sesuatu terus datang menghampiri aku.

"puan nak buat apa ni?" tanya mak jah.

"saya nak buat kek batik. abang dhanie teringin nak makan." jawab aku.

"pelik mak jah. tak pernah pernah tengku nak makan kek waktu macam ni." kata mak jah.

"kenapa mak jah?" tanya aku.

"tengku sebenarnya tak suka makanan manis ni lagi lagi dessert. tengku jarang makan. kalau makan pun dia cuma jamah je." jawab mak jah.

"mungkin abang dhanie nak tukar selera kot mak jah." kata aku.

"mungkin kot.. sebelum mak jah lupa, mak jah nak bagitahu yang minggu depan hari lahir tengku." kata mak jah.

"yeke mak jah. kalau macam tu kita sambut birthday abang. nanti kek biar saya yang buat." kata aku dengan teruja.

"bagus jugak tu. nanti mak jah masak pulut kuning dengan rendang ayam. kebetulan jugak puan safiyah dengan tengku khair balik dari china. boleh lah kita sambut ramai ramai." kata mak jah.

aku pun terus membuat kek batik sambil ditemani oleh mak jah. banyak benda kami bualkan untuk membuat persiapan untuk menyambut hari kelahiran tengku dhanie. pelbagai rancangan kami fikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience