Chapter 18

Romance Series 6991

Tengku dhanie sedar dari tidurnya, dia melihat aku sudah tidak ada di sebelahnya. dia terus bangun dan menyarungkan semula pakaian di tubuhnya. dia kemudiannya keluar untuk mencari aku. merata rumah dia mencari aku namun tidak dijumpai.

"mak jah ada nampak ara tak?" tanya tengku dhanie.

"mak jah tak ada nampak pun puan, bukan tadi puan balik dengan tuan ke." kata mak jah yang sedang menghidangkan makan malam di meja.

"mana pulak ara pergi ni." bebel tengku dhanie. dia yang agak panik terus mengambil kunci kereta dan mencari aku di luar. hampir seluruh taman perumahan dia mencari aku namun tidak jumpa sehinggakan dia terus menelefon asmara untuk bertanyakan aku kepadanya. "hello as." panggil tengku dhanie. dia memandu sambil menghubungi asmara.

"ha dhanie, asal call aku malam malam ni?" tanya asmara.

"ara ada dengan kau tak?" tanya tengku dhanie.

"tak ada pulak. asal kau cari dia. kau nak jumpa dia ke?" tanya asmara lagi.

"erm tak ada apalah." kata tengku dhanie sebelum meletakkan panggilan. dia mula fokus mencari aku di sekeliling namun masih tidak nampak kelibat aku. hampir setengah jam tengku dhanie mencari aku dan akhirnya ada seseorang menghubunginya dan mengatakan aku bersama dengan seorang makcik di gerai yang terletak agak jauh dari kawasan rumah. tengku dhanie pun terus memandu laju ke arah gerai tersebut. dia pun memakirkan kereta di tepi dan terus datang ke arah aku. "kenapa dengan ara ni. dari tadi ara asyik buat hal dengan abang kenapa?" marah tengku dhanie namun aku hanya mempu diam membisu.

"sabar bang, jangan marah kak ara." kata faiz, anak pemilik gerai yang menjumpai aku seorang diri di tepi jalan.

"adik ni siapa?" tanya tengku dhanie.

"saya faiz, ayah dengan mak saya yang jumpa kak ara seorang diri dekat tepi jalan." kata faiz.

"mak dengan ayah mana. abang nak ucapkan terima kasih dekat mereka sebab dah jumpa kak ara." kata tengku dhanie.

"mak dengan ayah saya dah balik bang, saya pun dah nak tutup gerai. mak mintak tolong saya teman kak ara sampai abang datang." kata faiz.

"kalau macam tu faiz tolong sampaikan terima kasih abang dekat mak dengan ayah faiz ya." pesan tengku dhanie.

"baik bang." balas faiz sebelum dia kembali menyambung mengemas.

"ara, jom balik." kata tengku dhanie. aku yang memandang tengku dhanie dengan wajah sayu terus bangun dan mengikutnya masuk ke dalam kereta tanpa berkata sepatah pun kepadanya. tengku dhanie pun menghidupan enjin kereta dan memandu pulang. dalam perjalanan, tengku dhanie agar serba salah dengan apa yang dia lakukan terhadap aku petang tadi. "abang mintak maaf atas apa yang abang buat dekat ara petang tadi. abang tak patut buat macam tu tanpa kerelaan ara. abang mintak maaf ara." kata tengku dhanie.

"tak apalah abang. benda pun dah jadi. lagipun tu memang hak abang. ara tak boleh nak halang." kata aku tanpa memandang ke arahnya.

"abang tahu ara marahkan abang." kata tengku dhanie.

"dah lah abang. ara dah tak nak cakap lagi pasal hal ni. ara nak balik." kata aku. tengku dhanie pun tidak lagi mengatakan perkara itu, dia pun memberikan aku ruang untuk menenagkan diri. sampai di parkir rumah, tengku dhanie terus mematikan enjin keretanya dan dia memadang ke arah aku yang sudah terlelap. dia kemudiannya mengangkat aku naik ke atas. dia membaringkan tubuh aku di atas katil.

4.35 pagi, aku tersedar dari tidur aku dan melihat aku sudah berada di atas katil. aku memandang sebelah namun tidak melihat tengku dhanie dan akhirnya aku terlihat tengku dhanie sedang tidur di sofa dengan sedikit kedinginan. aku pun tidak sampai hati membiarkan tengku dhanie kesejukkan, aku terus membawa selimut dan menyelimutkan tubuh tengku dhanie yang kedinginan dan aku pun terus menyambung semula tidur.

aku pun bangun dari tidur apabila mendengar azab subuh berkumandang. aku melihat tengku dhanie sudah tidak ada di sofa. aku pun terus menyiapkan diri untuk solat subuh dan untuk ke sekolah. turun ke bawah, aku masih tidak nampak kelibat tengku dhanie dan hanya mak jah sahaja yang ada di meja makan.

"selamat pagi mak jah." sapa aku.

"selamat pagi puan." balas mak jah sambil menghidangkan sarapan di atas meja. "mana tengku?" tanya mak jah.

"abang tak ada ke mak jah?" soal aku pula.

"manalah mak jah tahu. tengkukan suami puan, patutnya mak jah yang tanya puan." kata mak jah.

"saya bangun je tengok abang dah tak ada. saya ingatkan abang dah turun bawah." kata aku.

"pelik, mungkin tengku dah pergi sekolah dulu agaknya " kata mak jah. aku pun cepat cepat menghabiskan makanan dan terus berangkat ke sekolah. sepanjabg di sekolah, aku masih tidak melihat kelibat tengku dhanie. hal ini membuatkan aku sikit kerisauan.

"weh ara." tegur asmara.

"ya as." jawab aku.

"malam tadi dhanie call aku tanya pasal kau. kenapa eh?" tanya asmara.

"dhanie call awak tanya pasal saya." bingung aku.

"dengan suara yang panik semacam je. dia belum pernah macam tu tau dengan orang lain. ni mesti kau dengan dia ada apa apa ni. kalau tak, takkan lah dia cari kau malam malam buta macam orang gila malam tadi." kata asmara.

"saya tak ada hubungan apa pun dengan dialah. mungkin ada benda yang dia nak cakap dengan saya kot malam tadi." tipu aku. aku sempat memandang ke arah tempat duduk tengku dhanie yang kosong tidak berpenghuni itu.

"kau cari dia ke?" tanya asmara yang perasan aku sedang melihat tempat duduk tengku dhanie.

"eh tak adalah." jawab aku laju sambil mengubah pandangan ke arah lain.

"dia tak ada hari ni." jawab asmara.

"tak ada? dia pergi mana?" soal aku.

"entah, dia tak bagitahu pulak. aku tanya faizul pun dia cakap tak tahu mana dhanie pergi." kata asmara. aku sedikit mengeluh apabila masih tidak tahu kemana tengku dhanie menghilang sehinggakan sekolah pun dia tidak hadir. "abang merajuk dengan aku ke?" soal hati aku dengan sedikit gelisah.

"kau dengan dhanie mesti ada sesuatu yang kau berdua sorokkan dari kita semua ni." kata hati asmara. dia sudah mulai curiga tentang hubungan aku dan tengku dhanie.

lonceng sekolah telah pun berbunyi, semua murid yang terlibat dengan camping diminta berkumpul di dewan sebelum pulang. aku dan asmara pun turut ke dewan untuk mendengar taklimat yang akan diucap oleh cikgu azman.

"baiklah semua, ingat pesan saya sebelum mulakan perkemahan. saya taknak sebarang perkara buruk berlaku. jangan ada sesiapa cuba buat perkara yang tidak betul yang boleh menyusahkan semua orang." kata cikgu azman.

"baik cikgu." balas semua murid.

"kalau tak ada apa lagi, kamu semua dah boleh bersurai." kata cikgu azman.

semua murid pun bersurai. aku cepat cepat masuk ke dalam kereta selepas asmara pulang. "awal pak abu sampai." kata aku.

"puan safiyah mintak pak abu ambik puan awal hari ni " kata pak abu.

"kenapa?" binggung aku.

"ni ada kaitan dengan tengku dhanie." kata pak abu.

"kenapa dengan abang pak abu, abang ada dekat rumah ke?" tanya aku dengan agak gelisah.

"kita balik dulu ya puan. nanti puan tahu apa yang dah terjadi." kata pak abu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience