Aku sampai di sekolah aku melihat semua murid heboh bercerita mengenai tengku dhanie dan ashraf. mereka semua sudah tahu yang tengku dhanie dan ashraf bergaduh tempoh hari disebebkan hanya seorang perempuan.
"kenapa kecoh kecoh tu as?" tanya aku kepada asmara apabila melihat segelintir rakan sekelas aku bercerita sesama mereka di satu tempat duduk.
"diorang semua duk cerita pasal dhanie dengan ash." jawab asmara.
"kenapa dengan diorang?" soal aku bingung.
"kau tak tahu cerita pasal diorang ke." kata asmara.
"cerita apa?" soal aku lagi.
"diorang semalam gaduh berdua sebab tu tak datang." jawab asmara.
"gaduh? sebab apa pulak?" soal aku lagi. aku hanya pura pura tak tahu apa yang terjadi antara mereka sedangkan aku sudah pun tahu mereka berdua bergaduh disebabkan oleh aku.
"dengar cerita diorang gaduh sebab seorang perempuan tapi tak ada siapa yang tahu siapa perempuan yang diorang rebutkan sangat." kata asmara.
"fuh nasib baik." kata aku dengan perlahan sambil menarik nafas lega. nasib tidak ada siapa yang tahu aku adalah perempuan yang menjadi punca pergaduhan mereka.
"apa yang nasib baik?" soal asmara yang terdengar keluhan aku yang agak samar samar.
"tak ada apa. ni ha botol air saya nak terjatuh. nasib baik saya sempat alihkan kalau tak tumpah pulak nanti." kata tipu aku sambil meletakkan botol air aku ke tengah meja sedikit.
"ouh ingatkan apa tadi." kata asmara. tak lama kemudian, cikgu azman pun masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. waktu mengajarnya agak panjang apabila dia diberi tugas untuk mengambil alih kelas cikgu zahirah sehingga waktu rehat memandangkan cikgu zahirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana cuti.
waktu cikgu zahirah pun tiba, cikgu azman pun memberi arahan untuk menyambung semula kerjanya sehingga selesai dan boleh menyambung kerja yang diberi oleh cikgu zahirah kemarin. dalam leka membuat kerja, pemberar suara dengan tibanya berbunyi bagi menandakan ada ucapan yang akan disampaikan oleh cikgu.
"diminta perhatian kepada semua murid yang terlibat dalam perkemahan yang akan berlangsung pada awal bulan depan. kamu semua diminta berkumpul di dewan selepas waktu rehat. saya dan cikgu cikgu yang lain akan memberikan sedikit taklimat mengenai perkemahan tu nanti. terima kasih." ucap cikgu nasir.
selepas itu, lonceng rehat pun berbunyi. semua murid pun menyimpan semua buku dan alat tulis untuk keluar ke kantin. aku dan asmara pun turut ke kantin untuk membeli makanan sebelum pergi ke dewan untuk mendengar taklimat.
"agak agak kat mana kita camping kali ni?" soal asmara sambil menikmati nasi lemak ayam yang dibelinya.
"sini mana je yang best untuk camping?" soal aku.
"ada tapi tak banyak." jawab asmara. aku dan asmara pun menghabiskan makanan sebelum bergerak ke dewan.
masuk saja dalam dewan, aku melihat sudah ada beberapa orang cikgu dan pelajar sudah hadir. aku dan asmara pun mencari tempat untuk duduk sementara masih belum ramai murid yang hadir. dalam 15 minit, akhirnya semua murid yang terlibat sudah pun berada di dalam dewan. taklimat pun akan diberikan oleh cikgu nasir tidak lama lagi.
"baiklah semua, saya nak bagitahu beberapa perkara yang perlu kamu semua dengar dan fokus. saya tak nak ada sebarang masalah dalam camping kita tu nanti." kata cikgu nasir.
"baik cikgu." jawab semua murid di dalam dewan.
"yang pertama, saya nak bagitahu kamu semua yang kali ni pihak sekolah telah menetapkan tempat perkemahan kamu di Gunung Berembun, Negeri Sembilan." kata cikgu nasir. semua murid sudah mulai teruja dengan tempat perkhemahan yang akan dituju memandangkan tempat kali ini agak sedikit jauh di luar Kuala Lumpur.
"wah bestnya." kata asmara.
"setiap kumpulan perlulah membawa peralatan memasak atau segala keperluan yang kamu semua perlu sepanjang perkhemahan berlangsung. perkhemahan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dan pihak sekolah hanya akan menyediakan bahan bahan masakkan dan dua khemah untuk setiap kumpulan." sambung cikgu nasir lagi.
"tak sabarnya nak camping." kata murid yang lain.
"kamu semua hendaklah berkumpul di dewan ni sebelum kita memulakan perjalanan. saya nak kamu semua ikut dan dengar arahan dari kami dan ketua kumpulan masing masing bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah. kerjasama kamu semua sangat diperlukan untuk menjayakan camping ini." sambung cikgu rahayu.
dalam setengah jam akhirnya taklimat pun tamat. semua pelajar berjalan masuk ke dalam kelas masing masing untuk menyambung sesi pembelajaran.
Share this novel