Semua murid yang terlibat dalam perkhemahan sudah pun berkumpul di dewan untuk menunggu bas tiba. aku ternampak nabila sedang memandang aku dengan wajah yang kurang senang namun aku hanya mengabaikan apbila melihat asmara sudah tiba dan sedang menuju ke arah aku.
selepas semua murid cukup, cikgu zahirah membacakan senarai nama mengikut bas yang sudah dittetapkan aku dan asmara terpaksa berpisah kerana bas kami berdua tidak sama. aku pun naik bas setelah nama aku di sebut dan aku pun duduk di kerusi yang agak belakang. aku juga melihat nabila di dalam satu bas dengan aku.
dengan tiba tiba tengku dhanie terus duduk di sebelah aku yang kosong dan membuatkan murid yang lain memandang pelik sedangkan masih ada kerusi kosong yang boleh diduduki olehnya. "kenapa duduk sini?" soal aku yang agak terkejut apabila tengku dhanie tiba tiba duduk di sebelah aku.
"tak boleh ke." jawab tengku dhanie.
"kan banyak lagi tempat duduk yang lain tu. kenapa nak kena duduk sebelah saya pulak. semua dah pandang pandang kita ni." kata aku sambil menahan malu melihat orang sekeliling memandang.
"abang nak duduk sini dengan ara." jawab tengku dhanie di telinga aku. dia kemudiannya menyandarkan badanya dan mula menutup matanya.
aku tidak dapat berbuat apa dan hanya membiarkan saja tengku dhanie duduk di sebelah aku. perjalanan pun bermula. aku menikmati pemandangan dari luar tingkap sementara tengku dhanie merehatkan matanya. mata aku mulai sayu dan hampir saja kepala aku terhantuk di tingkap bas, mujur tangan tengku dhanie sempat menahan kepala aku dari terhantuk.
"buat apa?" tanya aku apabila aku sedar tangan tengku dhanie sedang menahan kepala aku.
"abang tahan kepala ara ni. dah nak terhantuk dekat tingkap." jawab tengku dhanie. dia kemudiannya menolak kepala aku untuk bersandar di bahunya.
"abang nak buat apa ni?" tanya aku dengan agak cemas.
"ara tidurlah. nanti dah sampai abang kejut ara." kata tengku dhanie.
"tak apalah abang, nanti orang nampak kang macam mana." tolak aku.
"tak payah fikir pasal orang, lagipun diorang semua dekat depan. kita berdua je dekat belakang ni." jawab tengku dhanie. namun dia lupa yang nabila juga duduk tidak jauh dari kami dan hanya bila bila masa saja dia boleh lihat apa yang aku dan tengku dhanie sedang lakukan di belakang. sepanjang perjalanan juga membuatkan aku dan tengku dhanie sama sama terlelap bersama sehinggakan tidak sedar apabila bas sudah pun sampai di gunung berembun.
semua murid pun turun dari bas manakala faizul dan beberapa rakan yang lain mula ke tempat duduk aku dan tengku dhanie. "amboi bukan main sweetnya dua orang ni tidur." kata faizul sambil tersenyum nakal.
"dah macam laki bini aku tengok diorang ni siap bersandar bahu lagi." kata farhan.
"oi dhanie!" kejut faizul. aku terdengar suara faizul terus terbangun dari tidur. aku agak terkejut apabila melihat faizul, farhan dan zaim berada di depan aku dan tengku dhanie.
"dah sampai dah ni." jawab farhan. aku pun terus bangun dan turun dari bas sambil menahan malu apabila faizul, farhan dan zaim melihat aku tifur bersandarkan bahu tengku dhanie. aku pun terus mencari asmara.
"sedap tidur dengan awek." usik faizul.
"ish kau ni." kata tengku dhanie sambil mengangkat barangnya. mereka semua pun terus berkumpul di hadapan cikgu nasir.
"baiklah semua, sebelum kita mulakan perjalanan kita. cikgu nak kenalkan kamu dengan seseorang yang akan tunjuk arah kita nanti." kata cikgu nasir sambil memperkenalkan orang yang berdiri di sebelahnya.
"okay semua. nama saya amir bin jahari. boleh panggil saya abang amir saja. hari ni saya akan jadi penunjuk arah kepada kamu semua. saya nak ingatkan dekat kamu semua jangan buat benda yang bukan bukan sepanjang kamu dekat sini. kita dari luar kena hormat apa saja yang ada di dalam. jaga tutur kata kamu dalam ni. saya tak nam ada sebarang masalah berlaku sepanjang kamu di dalam. insya allah kalau kamu semua berkelakuan baik, allah akan menjaga kamu semua dan kamu akan keluar dari sini dalam keadaan selamat." kata abang amir selaku penunjuk arah di gunung berembun ini.
"baik." balas semua murid dan cikgu cikgu sebagai tanda faham.
"baiklah, kalau macam tu kita boleh mulakan perjalanan." kata abang amir. kami semua pun mulakan perjalanan mendaki gunung berembun untuk sampai di tapak perkhemahan kami di kawasan air terjun. dalam pendaikian, semua mulai seronok melihat pemandangan alam yang sungguh indah. aku dan asmara pun tidak lepaskan peluang dengan merakam pemandangan di gunung berembun.
"ara!" panggil ashraf dari arah belakang. dia pun terus menuju ke arah aku.
"eh ash." sapa aku dengan perasaan kurang senang dengan kehadiran ashraf.
"cantiklah awak hari ni." puji ashraf.
"apa yang cantiknya. saya pakai macam orang lain jugak. berbaju tshirt biasa." kata aku.
"amboi puji ara je ke. aku tak puji pun." mencelah asmara.
"kau hari hari pun cantik as." kata ashraf.
"ha itu aku tahu." jawab berlagak asmara. sepanjang pendakian, ashraf masih berjalan bersama aku dan asmara. tengku dhanie yang melihatnya dari jauh mula terasa panas hati. nabila yang perasan akan sikap tengku dhanie itu terus mengambil peluang untuk mendekati tengku dhanie. dia pun berjalan ke arah tengku dhanie dan berpura pura tersandung sehinggakan dia terlanggar tengku dhanie.
"ups sorry dhanie." kata nabila dengan suara gediknya apabila tengku dhanie menahan tubuhnya dari jatuh.
"jalan tu hati hati. sini banyak akar kayu menjalar." kata tengku dhanie. hendak dia berdiri dengan tiba tiba dia berpura pura berasa sakit di kakinya.
"aduh, i rasa kaki i terseliuh lah dhanie. boleh tak you papah i." kata nabila dengan nada gedik. semua orang memandang ke arah tengku dhanie dan nabila.
"mengada ngada." kata faizul dengan nada yang sedikit menyampah. dia bukan tak tahu sikap nabila yang suka menarik perhatian tengku dhanie. nabila sempat menjeling ke arah faizul sebelum faizul dan yang lain meninggalkan tengku dhanie dan nabila.
tengku dhanie yang perasan akan faizul yang lain meninggalkanya terus panik. dia pun menarik seseorang murid tingkatan 4 yang berjalan berhampiran dengan untuk memapah nabila.
"tolong papah kakak ni. kaki dia sakit." kata tengku dhanie. dia kemudianya berlari ke arah faizul dan terus meninggalkan nabila.
"you.. you..!" jerit nabila namun tidak diendahkan oleh tengku dhanie membuatkan dia tidak puas hati dan marah.
"jom akak." panggil budak perempuan itu sambil memapah tangan nabila untuk meneruskan perjalanan.
"eh tak payahlah. jalan je sana." marah nabila sambil menepis tangan budak yang memegang tangannya. budak itu kemudianya pergi meninggalkan nabila. "tunggu kau dhanie. kau tak layan aku kan. kau tunggu apa yang akan aku buat nanti." kata nabila.
Share this novel