Sedang kami berjalan pulang ke khemah, kami terserempak dengan faizul yang ingin mencari tengku dhanie.
"hi ara." sapa faizul.
"hi zul." balas aku.
"kau okay dah ke?" tanya faizul.
"saya okay dah. terima kasih ya tolong cari saya semalam." ucap aku.
"tak ada hal lah. ni dhanie mana?" tanya faizul.
"ada tu dekat khemah cikgu zuraidah. tak bangun lagi kot." jawab aku.
"ha tak apalah, aku pergi tengok dia." kata faizul. asmara dan yana sudah memandang pelik kepada aku.
"ara kau ada kau ada benda ke tak bagitahu aku?" soal asmara.
"tak ada." jawab aku.
"habis tu kenapa zul tanya kau pasal dhanie pulak." kata asmara.
"haahlah. bukan ke awak dari khemah cikgu zuraidah jugak." kata yana pula.
"baik kau cerita apa semua ni. kenapa kau dengan dhanie boleh ada dekat khemah cikgu zuraidah pulak." kata asmara. dia dah mula syak ada benda yang aku dan tengku dhanie sedang sembunyikan sesuatu.
aku jadi semakin bingung, fikiran aku bercelaru sama ada aku patut bagitahu perkara sebenar atau pun tidak pada yana dan asmara. namun aku tidak mahu memandai mandai membuka cerita tanpa keizinan dari tengku dhanie.
"okay korang, macam ni. saya tak boleh nak cerita tapi apa kata awak tanya dhanie sendiri." kata aku.
"kenapa bukan kau sendiri yang cakap je. kan senang." kata asmara.
"tak bolehlah as. saya taknak pandai pandai cerita." jawab aku.
"okay. nanti aku tanya dhanie sendiri." kata asmara. hati aku kembali tenang.
faizul yang ke khemah cikgu zuraidah terus mencari tengku dhanie di dalam khemah namun tengku dhanie sudah tiada. dia kemudiannya menahan seseorang yang lalu di situ.
"shah, ada nampak dhanie tak?" tanya faizul.
"ada tadi aku nampak dia dekat sebelah sana. aku tengok dia macam tengah cari sesuatu." jawab shahir.
"okay thank." balas faizul sebelum shahir beredar. dia kemudiannya ke tempat yang shahir katakan tadi untuk mencari tengku dhanie. "wey dhanie!" panggil faizul. dia kemudiannya menghampiri tengku dhanie. " kau cari apa?" tanya faizul.
"aku cari ara. kau ada nampak dia tak?" tanya tengku dhanie.
"oh, dia ada dengan as dekat khemah sana." jawab faizul.
"ish dia ni. nak pergi sana sini bukan nak bagitahu. buat orang risau je." bebel tengku dhanie. dia kemudiannya ingin ke khemah untuk berjumpa dengan ara namun langkahnya terhenti.
"eh kejap. kau nak pergi mana ni?" tanya faizul.
"aku nak jumpa ara." jawab tengku dhanie.
"sabar jap. aku ada banyak benda nak tanya kau." kata faizul.
"alah lain kalilah. aku nak kena jumpa ara ni." kata tengku dhanie.
"kejaplah. dia okay je dengan as tu. jangan lah risau." kata faizul.
"ha yelah. apa yang kau nak tanya sangat tu?" kata tengku dhanie.
"kau dengan ara ada sesuatu ke kau sorokkan?" tanya faizul.
"mana ada apa." jawab laju tengku dhanie. dia sudah pasti yang faizul sudah mulai syak ada hubungan antara aku dan tengku dhanie.
"come onlah dhanie. kita bukan kawan sehari dua tau. dah lama. lagipun apa yang kau buat dekat ara semalam tu bukan benda biasa dhanie." kata faizul.
"okay aku bagitahu. tapi aku tak cerita sekarang sebab panjang. aku bagitahu kau ringkas je." kata tengku dhanie.
"tak kesahlah. yang penting aku nak tahu." kata faizul.
"okay, secara ringkasnya ara tu bini aku." jawab tengku dhanie dengan tenang. faizul tergelak kecil dengan kata tengku dhanie.
"kau buat lawak apa ni. bila masa pulak kau khawin dengan dia pulak." kata faizul yang kurang percaya dengan kata kata tengku dhanie.
"aku tak buat lawak zul. dia memang isteri aku." jawab tengku dhanie dengan agak serius. faizul yang mula melihat wajah tengku dhanie yang mula serius dan dia terus percaya yang tengku dhanie tidak menipu.
"sejak bila?" tanya faizul yang mula serius.
"sebelum masuk sekolah. dalam akhir bulan tahun lepas." jawab tengku dhanie.
"sampai hati kau tak bagitahu aku. benda ni serius weh. kau memang tak anggap aku ni kawan kau kan." kata faizul yang mula kesal dengan tengku dhanie.
"kau jangan cakap macam tu weh. benda jadi sekelip mata. kalau kau jadi aku, kau pun akan buat benda yang sama macam apa yang aku buat " kata tengku dhanie.
"habis tu sekarang macam mana?" tanya faizul.
"macam mana apa?" tanya tengku dhanie.
"kau cintakan ara ke tak?" tanya faizul.
"okay aku jujur dengan kau. masa firt kita orang khawin memang aku tak ada apa apa perasaan pun dekat dia. dia tak pernah buat benda bukan bukan dekat aku. dia jalankan tanggunjawab dia sebagai seorang isteri dengan baik walaupun dia tahu yang aku ni tak cintakan dia. dan sekarang ni bila dapat tahu dia hilang semalam tu aku rasa jantung aku macam nak gugur je. baru aku sedar yang aku tak boleh kehilangan dia." kata tengku dhanie.
"sekarang ni kau nak cakap yang kau dah jatuh cinta dengan dia." kata faizul.
"ya aku mengaku memang aku dah jatuh cinta dengan dia. dalam hidup dia sekarang ni dah tak ada sesiapa dah. dia hanya ada aku je zul. kalau bukan aku siapa lagi nak sayang dia." jawab tengku dhanie dengan ikhlas.
Share this novel