Chapter 15

Romance Series 6991

Sejak pergaduhan itu , tengku dhanie tidak lagi mesra dengan aku. setiap kali aku bercakap dengannya ada saja perkara yang akan membuatkan dia mengelak dengan aku. walaupun tingkah lakunya terhadap aku tidak pernah berubah namun aku tahu yang dia masih kecewa dengan aku.

puan safiyah turun ke bawah apabila dia melihat aku seorang diri di meja makan. "ara sorang je, mana dhanie?" tanya puan safiyah.

"abang dah keluar dari pagi. mungkin pergi latihan bola dekat sekolah. minggu depan sudah hari perlawanan." jawab aku dengan rasa sedih dan kecewa.

"ara kenapa ni sayang, ara okay ke?" tanya puan safiyah apabila melihat aku tidak seperti dulu. "mama tengok muka ara pucat je ni." kata puan safiyah lagi.

"ara rasa abang masih marahkan ara ma." jawab aku dengan agak sayu. nasi goreng yang di atas pinggan masih tidak terusik.

"ara sayang, jangan ambik hati dengan sikap dhanie tu. lama lama nanti dia akan okay. ara sabar ya. nanti mama akan cuba cakap dengan dhanie bila dia balik ya sayang." kata puan safiyah.

"terima kasih mama." ucap aku. "ma, ara nak naik atas dulu ya." pinta aku.

"dah nak naik ke, makanan tu tak terusik lagi. makanlah sikit ara." kata puan safiyah.

"tak apalah ma. nanti ara lapar ara makan." jawab aku. baru saja beberapa langkah aku berasa kepala aku sangat berat. mata aku mula melayang dan membuatkan aku pingsan di situ.

"ya allah ara!" jerit puan safiyah. dia kemudiannya terus medapatkan aku yang sudah terbaring di atas lantai. "ara kenapa ni sayang. bangun sayang." kata puan safiyah dengan panik. dia pun menjerit memanggil tengku khair dan pak abu untuk membantunya membawa aku ke hospital.

sampai di hospital, aku dirawat di wad kecemsan. puan safiyah dan tengku khair menunggu aku di luar sementara pak abu menunggu di parkir kereta. "dah bagitahu dhanie yang ara masuk hospital?" tanya tengku khair.

"mama dah bagitahu dhanie. rasanya dia dalam perjalanan ke sini." jawab puan safiyah. hampir 15 minit berlalu dan tengku dhanie pun datang dalam keadaan panik.

"ma, ara macam mana ma?" tanya tengku dhanie.

"doktor belum keluar lagi." jawab puan safiyah. tak lama selepas itu, doktor yang merawat aku pun keluar dari wad kecemasan. laju saja tengku dhanie menghampiri doktor untuk bertanya tentang keadaan aku.

"doktor, macam mana keadaan isteri saya?" tanya tengku dhanie.

"alhamdulillah, puan ara dah stabil. suhu badan puan ara sangat tinggi sehingga mencecah hampir 40 darjah selsius. nasib sempat bawa puan ara ke sini. cumanya kami terpaksa tahan puan ara untuk beberapa hari." kata doktor syifa.

"allah hu akbar." kata tengku dhanie. dia tidak perasan langsung yang aku demam teruk. sikapnya yang tidak mengendahkan aku dalam beberapa hari ni membuatkan dia rasa serba salah kerana mengabaikan aku.

"nanti nurse akan tukarkan puan ara ke wad biasa. boleh melawat puan ara tapi dengan gilir gilir ya." kata doktor syifa lagi.

"okay doktor." jawab tengku dhanie.

"kalau tidak ada apa lagi, saya nak mintak diri dulu." kata doktor syifa.

"iya, terima kasih doktor." ucap tengku khair.

"sama sama." balas doktor syifa sebelum dia beredar.

setelah aku dipindahkan di wad biasa, puan safiyah dan tengku khair menyuruh tengku dhanie masuk ke dalam untuk menemani aku sementara mereka berdua ke cafeteria untuk mencari makanan.
tengku dhanie pun kemudiannya duduk di kerusi yang ada di samping katil aku sambil memandang wajah aku yang masih belum sedarkan diri. dia pun menggenggam tapak tangan aku yang masih bersuhu hangat dengan rasa sayu. "maafkan abang ara, abang tak patut biarkan ara sampai ara sakit pun abang tak sedar." kata tengku dhanie. tak lama kemudian, aku dengan tiba tiba menjerit memanggil arwah ibu.

"ibu.. ibu.." panggil aku walaupun aku masih tidak sedarkan diri lagi.

"ara..!" panggil tengku dhanie apabila dia sedikit panik melihat aku memanggil ibu. dia cuba menyedarkan aku untuk bangun.

aku pun terus tersedar apabila mendengar tengku dhanie memanggil nama aku. nafas aku mulai tidak teratus dan jantungku berdegup dengan sangat kencang membuatkan aku sedikit terkejut. aku memandang sekeliling dan hanya melihat tengku dhanie di samping aku. "ara okay tak?" tanya tengku dhanie.

"ara dekat mana ni abang?" tanya aku dengan bingung.

"ara demam teruk, mama dengan papa bawak ara datang sini. sekarang ni ara dekat hospital. doktor suruh ara tinggal sini dalam beberapa hari." jawab tengku dhanie.

aku pun menarik nafas lega. aku tidak ingat apa yang terjadi sehinggakan puan safiyah dan tengku khair membawa aku ke hospital. tanpa sedari air mata aku terus mengalir membasahi pipi. aku tidak dapat menahan sebak apabila teringatkan arwah ibu yang tiba tiba muncul dalam fikiran aku.

"ara kenapa ni?" tanya sayu tengku dhanie. dia pun menyapu air mata aku yang mengalir di pipi dengan ibu jarinya.

"ara jumpa ibu, ara rindu sangat dengan ibu dan ayah. ara nak jumpa ibu dengan ayah." kata aku.

"ara.. nanti ada masa, abang bawak ara balik terengganu. kita pergi ziarah kubur arwah ibu dengan ayah ya." kata tengku dhanie.

"terima kasih abang." ucap aku.

"sekarang ni ara rehat ya." kata tengku dhanie sambil membetulkan selimut aku.

"abang.." panggil aku.

"ya." jawab tengku dhanie.

"ara nak mintak maaf dengan abang sebab ara buat abang marah sangat dengan ara. bila abang marah ara, ara jadi takut sangat. ara hanya ada abang sorang dalam hidup ni. ara dah tak ada sesiap dalam dunia ni selain abang." kata aku.

"jangan cakap macam tu ara, ara masih ada mama, papa, mak jah, pak abu yang ada sayangkan ara. ramai lagi yang ada dalam hidup ara jadi jangan ara rasa ara seorang diri dalam dunia ni. abang akan sentiasa ada dengan ara. abang tak patut marah ara. abang yang tak suka dengan ashraf tapi tak sepatutnya abang bawa kebencian abang terhadap ashraf tu dekat ara. abang mintak maaf ya." kata tengku dhanie.

"terima kasih abang." ucap aku sekali lagi.

"sekarang ni ara rehat. jangan fikir benda yang boleh buat ara stress. abang tak nak tengok ara sakit lagi." kata tengku dhanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience