Chapter 5

Romance Series 6991

Pak abu membawa aku dan tengku dhanie ke rumah mak ngah ila untuk mengambil semua barang barang aku yang masih ada di rumah makngah ila.

"saya ikut awak sekali." kata tengku dhanie.

"its okay, saya boleh pergi sendiri. awak tunggu je dekat dalam kereta." kata aku.

"kalau makngah awak apa apakan awak macam mana?" kata tengku dhanie.

"insya allah, makngah tak akan apa apakan saya. lagipun saya datang cuma nak ambik barang je." kata aku.

"okay, kalau ada apa apa terus bagitahu saya." pesan tengku dhanie. dia agak risau melihat aku seorang diri ke rumah makngah ila.

"iya." jawab aku. aku pun turun dari kereta dan terus ke rumah makngah ila. aku menekan lonceng rumah makngah ila berkali kali. makngah pun keluar dari rumah dengan wajah yang kurang senang.

"kau nak apa datang rumah aku ni?" tanya makngah ila.

"ara datang nak ambik barang ara." jawab aku.

"ha baguslah kau datang. ambik semua barang barang kau. naik semak rumah aku dengan barang barang kau ni." kata makngah ila.

aku pun terus masuk ke dalam rumah dan mengambil semua barang barang aku di dalam rumah makngah ila. aku pun terus keluar tanpa memandang ke arah makngah ila. mujur nabila tidak ada di rumah kalau tidak makin akan ada masalah akan berlaku antara aku dan nabila nanti.

pak abu pun menolong aku meletakkan barang di dalam kereta. aku pun terus berjalan meninggalkan rumah makngah ila. dalam perjalanan aku hanya mendiamkan diri sahaja sambil melihat keluar tingkap. pak abu pun membawa kami ke sebuah mall yang berhampiran dengan rumah tengku khair.

"nak balik nanti bagitahu pak abu ya. nanti pak abu ambik dekat sini." pesan pak abu setelah dia turunkan aku dan tengku dhanie di hadapan pintu utama mall.

"okay pak abu." jawab tengku dhanie.

"kita buat apa dekat sini?" tanya aku.

"nak cari barang keperluan awak." jawab tengku dhanie.

"nak buat apa? kan barang saya masih elok lagi." kata aku.

"saya tahu. tapi awak tak ada barang sekolah kan. lagi beberapa hari je kita dah nak masuk sekolah." jawab tengku dhanie.

"tak payahlah susah susah." kata aku dengan segan silu.

"ara, awak beli je barang yang awak rasa awak perlu. awak jangan risau saya yang akan bayar semua." kata tengku dhanie.

"okay tapi nanti saya bayar balik dekat awak." kata aku.

"Its okay, this is all my responsibility to you. dont worry about that." kata tengku dhanie dengan senyuman.

aku dan tengku dhanie pun terus mencari beberapa helai pakaian sekolah dan beberapa barangan sekolah. tanpa diduga, aku dan tengku dhanie pun terserempak dengan salah seorang kawan kelas tengku dhanie yang sedang bekerja di kedai alat tulis.

"wei dhanie!" tegur asmara. dia yang tadinya sedang menyusun barang di rak terus datang menghampiri aku dan tengku dhanie.

"eh, as. apa kau buat dekat sini?" tanya tengku dhanie.

"aku kerja part time dekat sini." jawab asmara.

"dah nak masuk sekolah pun kau masih kerja lagi ke." kata tengku dhanie.

"kau pun tahu kan aku mana reti nak duduk diam. dari aku tak buat apa dekat rumah baik aku kerja. sekurang kurangnya aku dapat duit." jawab asmara. kebetulan dia melihat aku di sebelah tengku dhanie. "siapa ni?" awek baru ke?" tanya asmara.

"ish kau ni. mana ada awek barulah. ni bini aku." kata tengku dhanie dengan selamba. aku agak terkejut apabila tengku dhanie betul betul mengatakan yang aku ini isterinya.

"hahahahaha, kau ni buat lawak apa dhanie. sejak bila pulak kau kahwin ni. jangan nak tipu aku lah." kata asmara. dia tidak percaya dengan kata kata tengku dhanie dan hanya menganggap tengku dhanie bergurau denganya.

"aku dah cakap kau tak percaya sudah." kata tengku dhanie. dia sudah tahu yang asmara tidak akan percaya aku ini isteri tengku dhanie dan asmara hanya menganggap tengku dhanie hanya bergurau denganya.

"eh dahlah dhanie. dari aku layan kau baik aku sambung buat kerja aku." kata asmara. dia pun beredar dan terus menyambung semula kerjanya dengan perasaan geli hati dengan tengku dhanie.

"dah siap pilih?" tanya tengku dhanie kepada aku.

"dah." jawab aku.

"jom bayar, lepas tu kita pergi makan. saya laparlah." kata tengku dhanie.

"oh, okay." jawab aku. aku pun membawa barang yang hendak dibeli ke kaunter untuk sesi membayar. setelah itu, aku dan tengku dhanie pun singgah makan di sebuah restorent nasi ayam sebelum pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience